Ahad, 31 Oktober 2010

Marcellow...

Geli gelaman,
tetapi mengasyikkan,
Menakutkan,
tetapi tenang,
Bahaya,
tetapi selamat,
Ganas,
tetapi lembut,
Pemarah,
tetapi penyayang,
Sang Penyendiri,
tetapi sang perindu,
Payah dibelai,
tetapi suka dibelai,

TETAPI KASIHAN
sentiasa diburu,
dibunuh,
disiat-siat,
kerana kulit mu.

Senyap dan pantas kelebihan mu,
Manja bila dibelai,
Sisik berkilauan,
Hikmah penciptaan Tuhan,
Tanpa kaki dan tangan,
Mampu membunuh dengan senyap,
Menelan mangsa sebesar badak,
Sekali dibelit,
Sukar dirungkai.

kerana kilauan sisikmu,
corak si batik,
memukau mata memandang,
MARCELLOW
Namamu ku beri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan