Isnin, 14 Mac 2011

Perjalanan Dunia Menuju Kiamat

assalamualaikum para pembaca sekalian.
berdasarkan tajuk di atas,sudah pasti ramai yang akan berfikir usia bumi ini akan tiba di penghujungnya(kiamat).
Setiap yang beragama mempercayai kiamat,dan kita sebagai umat islam juga wajib mempercayai kiamat kerana ianya rukun iman yang wajib diimani oleh setiap umat islam. Gambaran kiamat itu sangat dahsyat sekali,apatah lagi kita sudah dibayangi oleh filem- filem daripada Hollywood( the armagaddon,2012,dll) yang mengambarkan kiamat,bahkan sudah jelas termaktub dalam kitab AlQuran bahawa kiamat itu pasti akan terjadi.
Berdasarkan hadis-hadis sahih Rasulullah SAW dan Ayat Al Quran telah memberitakan tentang kejadian kiamat secara terperinci;



“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”
(Al-Qaari’ah : 4-5)
Pada hari itu penduduk bumi ada yang terpelanting berselerak ke udara. Gunung-ganang juga tercabut dan terpelanting ke langit lalu terpecah-pecah. Keadaan gunung-ganang itu samalah seperti pertunjukan bunga api yang biasa kita lihat sempena pesta-pesta.

Ayat 3: Kejadian (hari kiamat) yang merendahkan dan meninggikan.
Ayat 4: Semasa bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya.
Ayat 5: Dan gunung-ganang dileburkan dengan selebur-leburnya.
Ayat 6: Lalu jadilah ia debu yang berterbangan.”
(Al-Waaqi’ah: 3-6)

Ada ulama mentafsirkan “Kejadian yang merendahkan dan meninggikan” itu sebagai merendahkan (menghinakan) orang-orang yang engkar dan meninggikan (memuliakan) orang-orang yang soleh. Maksudnya ayat itu mengisahkan kiamat selepas hari kehancuran iaitu HARI KEBANGKITAN. Memanglah pada hari kebangkitan makhluk-makhluk yang engkar akan dihina manakala yang taat akan dimuliakan.


Ayat 10: “Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.”
Ayat 11: “Dan apabila langit ditanggalkan.”
(At-Takwiir: 10-11)

Ayat ke-10 menceritakan HARI KEBANGKITAN kerana surat-surat amal dibentangkan pada hari kebangkitan manakala ayat ke-11 menceritakan keruntuhan langit iaitu pada hari kemusnahan. 

Apa yang pasti, peristiwa yang berlaku pada hari kehancuran itu ada MERENDAHKAN SESUATU dan MENINGGIKAN SESUATU. Boleh jadi ia menceritakan keadaan alam semesta yang menjadi tidak seimbang, ada bahagian yang terperosok dan ada bahagian yang meledak.
Wallahualam.

Pada hari itu bumi bergoncang dengan sangat kuat, goncangan yang membuatkan gunung-ganang hancur lebur hingga menjadi debu yang berterbangan. Bayangkanlah, gunung-ganang yang besar lagi teguh pun hancur menjadi debu. Gunung-ganang ini bukan terhambur setakat ruang angkasa bumi, tetapi hingga ke angkasa lepas.

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”
(Al-Zalzalah: 1-2)

Pada hari kehancuran itu bumi bergegar dengan gegaran yang sangat dahsyat. Bumi juga pecah lalu terhamburlah segala yang ada di dalam perut bumi.

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)

Hal ini memang sangat mengerikan. Bayangkan kita melihat langit terbelah dari timur ke barat. Bumi menjadi rata kerana apa saja yang ada di atas permukaannya termasuklah gunung-ganang sudah terhambur ke angkasa. Selepas itu barulah isi perut bumi meledak dan mengeluarkan segala kandungannya. Akhirnya bumi pun turut hancur-lebur, kosong...

“Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.”
(Al-Infitaar: 1-3)

Pada mulanya langit terbelah. Kemudian ada bintang-bintang dan planet-planet jatuh berguguran ke bumi (melanggar bumi). Ketika itu lautan pun bergelodak dengan hebatnya akibat gangguan graviti dan hentaman bintang-bintang.

“Apabila matahari dilingkari cahayanya. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa.”
(At-Takwir: 1-3)

Boleh jadi ia bersangkutan dengan fenomena Red Giant & Supernova (akan kita bincangkan kemudian). Namun kita ada sedikit gambaran berpandukan ayat berikut:

"(Dia) menjadikan malam MELINGKARI siang dan menjadikan siang MELINGKARI malam..."
(Az-Zumar: 5)

'MELINGKARI' pada ayat ini lebih kepada MENUTUP ataupun MENGALAHKAN. Wallahualam. 

Pada hari itu ada bintang-bintang (termasuklah planet-planet) gugur berselerak dan menimpa bumi menyebabkan gunung-ganang tercabut lalu terpelanting ke angkasa.

Begitulah antara gambaran hari yang amat dahsyat itu menurut al-Quran.

Menurut hadis Rasulullah SAW;

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman
Kini bumi berada dalam keadaan nazak seperti mana yang telah diceritakan Baginda SAW tentang usia Dunia(Bumi) ketika peristiwa israk mikraj.
"Nabi menjumpai seorang perempuan yang sangat tua dan bertongkat. Perempuan itu berkata kepada Nabi, “Aku adalah dunia, lihatlah betapa tuanya aku sekarang. Usiaku akan habis tidak lama lagi”. Ketika itu usia bumi tersangat tua. "
Bayangkan usia dunia(bumi) pada ketika ini yang sudah terlalu nazak berdasarkan gambaran usia dunia pada zaman Baginda SAW yang sudah berlalu 1,432 tahun yang lalu,
Rasanya ramai yang tahu keadaan itu,tetapi perbincangan sebenarnya ialah tanda2 kiamat yang sudah berlaku agar kita lebih bersedia menghadapi kiamat kecil(mati) dan Kiamat besar( kehancuran semesta). 


Tanda besar kiamat itu sudah pun dalam proses untuk terjadi(akan berlaku)
1. Gempa bumi di barat,
2. Gempa bumi di semenanjung arab
3. Gempa bumi di timur


Gempa bumi yang telah berlaku di Jakarta, China dan Jepun membuktikan bahawa petanda gempa bumi yang akan berlaku di Timur sudah pun berlaku.
Manakala gempa bumi yang berlaku di Iran pula seakan menyamai maksud gempa bumi di semenanjung arab,tetapi sebenarnya ia bukan seperti yang disangka kerana kedudukan negara iran dalam peta dunia ialah Timur Tengah ( Iran (atau Persia) (bahasa Persia: ایران) adalah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di Asia Barat Daya. Meski di dalam negeri negara ini telah dikenal sebagai Iran sejak zaman kuno, hingga tahun 1935 Iran masih dipanggil Persia di dunia Barat.
Iran berbatasan dengan Azerbaijan (500 km) dan Armenia (35 km) di barat laut dan Laut Kaspia di utara, Turkmenistan (1000 km) di timur laut, Pakistan(909 km) dan Afganistan (936 km) di timur, Turki (500 km) dan Irak (1.458 km) di barat, dan perairan Teluk Persia dan Teluk Oman di selatan.-sumber wikipedia)  


Maka dengan berlakunya gempa bumi di Timur, tinggal lagi gempa bumi yang akan berlaku di Semenanjung Arab, dan di Barat. Bila akan berlaku? mungkin dalam tempoh terdekat ini juga..kerana hadis nabi itu bukan dusta..beruntunglah kita kerana telah diberitakan AMARAN Tuhan sebelum berlakunya bala Tuhan itu...  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan