Sabtu, 6 Oktober 2012

Salah kefahaman atau tidak belajar sejarah Ilmu?

Assalamualaikum WBT....
Sudah lama tidak update artikel dalam blog ni... terlalu sebok dalam urusan perniagaan emas hitam..sedar tak sedar sudah setahun lebih blog ni sunyi daripada sebarang artikel...
ok lah artikel kali ni berkaitan dengan masalah kefahaman terhadap ilmu-ilmu dan juga sejarah Imam AsSyafie. Terkilan dengan kenyataan kenyataan para ustaz-ustaz muda yang memiliki ilmu agama dan belajar sehingga ke luar negara tetapi tidak mengerti dengan ilmu-ilmu Imam Syafie. Mereka kenal siapa Imam Syafie tetapi tidak memahami segala bentuk ilmu Imam Syafie. Salah satunya syair-syair Imam Syafie dalam bait-bait sufi yang amat popular iaitu
'' Wahai Tuhanku, 
   Aku tidak layak untuk masuk syurgaMu, 
   Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu. 
   Oleh itu kurniakanllah,
   Ampunan kepada ku,
   Ampunkanlah Dosaku, 
   Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.''

kini ianya menjadi doa yang biasa disebut dalam doa selepas solat dan menjadi satu muhasabah diri setiap kali melafazkan bait-bait itu. Bahkan ia disalah ertikan menjadi zikir harian.
Oleh kerana masalah disalah ertikan menjadi zikir, maka ia menjadi bida'ah.
Sebenarnya pada asal bait-bait sufi itu adalah untuk dijadikan satu muhasabah diri agar sentiasa sedar akan kesilapan lalu dan melembutkan hati yang keruh agar segera memohon keampunan kepada Allah SWT.
Imam Syafie terkenal dengan sifat tawadduknya dan juga sifat kehambaan yang terlalu kuat sehinggakan kesusahan dan juga segala ujian-ujian yang Allah SWT berikan kepada beliau ditempuhi dengan zikrullah dan penyerahan diri 100% kepada Allah SWT. Maka kerana itulah sudah menjadi kebiasaan kepada Imam Syafie untuk merintih kepada Allah SWT dengan lafaz bait-bait syair sufi yang mana sesiapa sahaja mendengarnya pasti akan merasa hiba,malu bahkan mengalirkan airmata kerana tersentuh dengan bait-bait syair indah daripada Imam AsSyafie. insyaAllah, kita akan sama-sama belajar sejarah kehidupan Imam Syafie untuk menghindarkan fitnah-fitnah akhir zaman agar kita dapat kembali kepada sejarah kegemilangan islam yang kita impikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan