Sabtu, 6 Oktober 2012

Jadual Kian Padat,memadatkan Fikiran dan Pengalaman,Memberi Pengajaran dan Motivasi.

Allahhuakhbar!!!!!!...
Tidak sedar sudah berada di bulan ke-5 tahun 2011...
Rupanya sudah 5 bulan tidak duduk diam dalam rumah akibat terlalu banyak berjalan melunaskan urusan perintah Tuhan dalam meringankan beban Amanah yang dipikul sejak mula diberi tanggungjawab oleh Allah SWT( tersedar daripada kelalaian dunia akibat hasutan syaitan dan nafsu )...leganya bila TERrehat selama 3 hari 2 malam...lelah dan kelesuan tubuh yang seringkali dipaksa melampaui batas kudrat manusia dalam menyelesaikan tugas sebagai Da'ie,sebagai seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam melunaskan tuntutan hablumminallah dan hablumminannas...
Alhamdulillah sebab sudah dapat memulakan satu tugasan yang besar dimana ianya berangkaian seperti sebuah jala yang ditenun daripada beratus-ratus untaian tali tangsi untuk menjadi sebuah jala yang besar..

Kadang-kadang ada juga rakan- rakan yang bertanya,apa sebenarnya kesebokkan saya sehingga selalu kelihatan lesu setiap hari?
Bahkan tidak kurang juga yang bertanya,apa sebenarnya yang saya tengah buat sampaikan sukar untuk bersama - sama dengan mereka dalam majlis-majlis penting(majlis perkahwinan sahabat-sahabat zaman sekolah sehinggalah sekarang)
Begitu juga dengan soalan-soalan lazim rakan yang masih menuntut di universiti dan juga yang sudah habis belajar(bercuti sebentar) dan juga mereka yang sudah berkerja ;
- masih lagi study? study di mana?
- sudah kerjakah? Kerja di mana? Apa jenis kerja?
hehehe, mulut ini terasa berat untuk menjawab dan hati ini merasa tidak selesa kerana apa yang tengah dibuat dan dikerjakan itu tidak sama seperti mereka...terlalu ganjil,terlalu bermimpi, terlalu besar,mungkin juga terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka...
tetapi semuanya yang tengah dilakukan dan dikerjakan itu sebenarnya bukan untuk diri ini melainkan untuk saudara-saudaraku yang berada disana, yang memerlukan bantuan dan pendidikan yang sewajarnya supaya mereka tidak buta dan kenal siapa Allah,siapa diri mereka yang sebenarnya dan apa tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sejak berada dialam roh lagi...

Ada seorang sahabat kesayangan yang sentiasa menjadi tempat untuk berbincang,bercerita, meminta sedikit nasihat dan juga sering membantu ketika diri ini memerlukan sedikit bantuan... syukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang sahabat yang sejati dan disayangi...mungkin pembaca merasakan ayat ini ganjil dan seolah-olah ada kisah cinta diantara kami berdua..tetapi sebenarnya tidak..lumrah setiap makhluk itu selesa dengan adanya seorang teman yang berlainan jantina untuk berkongsi cerita yang dirahsiakan daripada orang lain..benar,dia seorang wanita dan saya seorang lelaki, ramai yang pasti menyangka kami bercinta..tetapi sebenarnya tidak..hubungan kami cukup sekadar teman rapat dan berkasih sayang sebagai seorang rakan..tidak lebih dari itu... bukan tidak mengadu kepada Tuhan, cuma memerlukan teman untuk berbicara supaya ada satu komunikasi jelas dalam audio,visual sebagaimana keperluan seorang manusia dalam komunikasi logik..
hahahaha..takut meleret cerita hati, kita noktahkan dan jawab soalan yang bermain di minda  kalian, dia merupakan tempat untuk saya menceritakan perjalanan hidup ini kerana saya percaya dan yakin akan kejujuran dia berbanding sahabat-sahabat yang lain...dan seringkali dia menarik 'tangan" saya ketika saya hampir jatuh ke dalam gaung yang penuh dengan kekufuran,kelalainan, dan lembah kemungkaran... dan bukan sekadar penarik tangan, dia juga sering menjadi penasihat hati dan fikiran ini yang selalu runsing dan bingung..
Antara nasihatnya yang sering berada diingatan, "susun jadual,buat list rancangan, buat ikut jadual,..baru tidak lupa dan tersusun jadual kamu..''
kini kami masing-masing membawa haluan seiring dengan impian dan juga cita-cita.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan