Rabu, 13 Oktober 2010

Kesatuan Manusia,Kesatuan Bangsa

Terfikir kesatuan ummah apabila melihat satu dokumentari islam di US melalui channel astro Oasis. Saudara- saudara islam di sana terlalu ghairah dan seronok hidup sebagi muslim,bahkan mereka berkempen dan mempromosikan islam dengan penuh semangat dan bangga dengan kempen islam. Ada yang membuat 'airbrush' kalimah "i love islam'',proud to be muslim'',fisabilillah'',dan banyak lagi perkataan yang menunjukkan mereka sangat cintakan islam pada baju T-shirt, ada yang menjual buku-buku agama, tulisan seni khat islam, dan bermacam aneka cara mereka berkempen tentang islam di bumi barat. Melalui satu temubual bersama 2 orang muslim oleh wartawan AstroOasis, mereka menyatakan bahawa mereka sangat cintakan islam dan tidak takut pada ancaman kafir laknattullah di bumi barat kerana mereka sedar akan kebenaran islam. Mereka di sana telah membuat kesatuan ummah bagi menjaga kebajikan saudara seagama dan mereka tidak mengira bulu kerana mereka tahu islam itu universal,islam itu bersaudara tidak kira dia berkulit hitam,putih,kuning,dan sebagainya. Bagi mereka, islam itu merupakan satu keluarga yang besar dan hanya islam dapat meyatukan manusia tanpa mengira bangsa. Betullah seperti mana yang Rasulullah anjurkan dalam islam,islam itu bersaudara.

     "Tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu tidak mengasihani(mencintai) saudara kamu seperti mana kamu mengasihani(mencintai) diri kamu sendiri",
    " Apabila paha kanan dicubit,seluruh badan merasan sakit"...
Hadis nabi dan pepatah di atas menunjukkan betapa hebatnya dan tinggi nilainya, sebuah ukhwah muslimun yang mesti kita fahami dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Tetapi lain pula keadaanya di negara Islam, perpecahan ummah dan kaum berleluasa tanpa mengira soal adab dan nilai agama yang dianuti. Masyarakat arab dengan sikap assabiah pada kaum,pada khafilah dan fahaman. begitu juga yang berlaku di Malaysia dan Indonisia.
   Masalah fahaman ataupun masalah khilafian menjadi sebab paling utama berlakunya perpecahan ummah. Sikap "saya berada dipihak yang benar" tanpa merujuk kembali kepada kesilapan diri dari segi akhlak hablumminallah dan hablumminannas menyebabkan isu mengkafirkan saudara seagama dengan mudah tanpa sebarang sekatan dan kesedaran. Inilah yang berlaku dalam Islam masakini. Di Timur Tengah,masyarakat Arab terbahagi kepada 73 golongan, puak Sunnah,Syiah,Badariah,Qadariah,Jabariah,Khawarrij,dan bermacam lagi puak(rujuk kepada hadis dan sejarah islam). Masing- masing dengan fahaman mereka, dan masalah khilafiah ini bukan sahaja berlaku di negara Timur Tengah,tetapi juga berlaku di Malaysia dan Indonisia. Cetekkah ilmu islam didada masyarakat islam di negara islam berbanding mereka yang tinggal di negara kafir? Inilah para ilmuan akhir zaman,membolehkan perkara yang dilarang,mengharamkan dan menghalang perkara yang wajib dan mesti dilaksanakan dalam agama. Tuntutan agama menjadi permainan, senario merosakkan agama menjadi pegangan.

  Kasihan masyarakat islam di negara islam kerana islam yang ada pada mereka bukan islam sejati.Kenapa bukan islam yang sejati? sebab mereka belum merasa nikmat islam bersaudara. Bukan semua,tetapi mejoritinya islam liberal,islam nafsi-nafsi.hanya sebahagian kecil sahaja golongan yang merasa nikmat islam sejati, iaitu mereka yang hidup sebagai pejuang agama,dakwah menjadi tanggungjawab sampai mati.
  Lihatlah masyarakat islam sekarang,hidup berjiran seumpama hidup seorang kerana sikap tidak menjaga tepi kain orang dan tidak peduli pada kehidupan orang lain menjadi bentuk amalan hidup berjiran. Rumah hanya bersebelahan dinding, tetapi tidak dengar esak tagisan si kecil yang kelaparan.

  Kebanyakan golongan bijak pandai agama hanya duduk di bandar, jarang dan bahkan tidak pernah sekali memijak tanah lumpur dan hanya memijak tanah simen untuk berdakwah dan yang lebih parah lagi, golongan bijak pandai agama di kampung-kampung seperti tok imam dan qariah  hanya melaksanakan tugas agama apabila dibayar, dan diupah. Tiada langsung rasa dakwah fisabilillah dan tanggungjawab agama pada ilmu yang dipelajari. Alasan pada segalanya memerlukan duit dan kerja untuk duit.Bahkan ada diantara golongn pandai agama ini(tok imam) tidak mahu menguruskan jenazah saudara islam dan sanggup melihat jenazah tersebut ditanam seperti bangkai kerana keluarga si mati tidak mampu untuk membayar tok imam tersebut.
  Fikirkanlah dan lihatlah sekeliling kita, hidup mati saudara seagama pun langsung tidak dipedulikan apatah lagi  kebajikan saudara seagama.Tnya pada diri sendiri:
Adakah kita ini(islam)yang tergolong sebagai ahli syurga?
Adakah kita ini layak masuk syurga?
Adakah kita ini benar-benar ISLAM?
  Kalau jawapan anda YA,:
Adakan anda melaksanakan sepenuhnya ajaran islam?
Adakah anda menjaga hablumminallah dan hablumminannas sepenuhnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan