Ahad, 17 Oktober 2010

huraian dan jawapan kepada Welas Eric Samson October 15 at 4:44pm Report

  Saya mendapat satu masej daripada adik sepupu mengenai satu risalah mengenai makalah kristian yang menyebabkan dia tidak mampu untuk menjawab bahagian permasalahan kehidupan dalam beragama. Saya dimaklumkan bahawa makalah tersebut menyebabkan ramai pelajar islam bingung dan keliru dengan ilmu agama yang dipelajari. Sebenarnya masalah ini sudah lama dan ia merupakan sebahagian daripada agenda untuk memesongkan fahaman agama pelajar islam yang kurang ilmu syariat islamiah dan tauhid.
  Saya pun sebenarnya masih belajar dan masih mendalami ilmu agama yang dianuti. Sepanjang penglibatan dalam dunia dakwah islamiah, sudah menjadi kebiasaan untuk membuat perbandingan agama dengan agama-agama yang lain. Alhamdulillah,berdasarkan pengalaman dan ilmu agama yang dipelajari sejak daripada bangku sekolah dan sepanjang perjalanan hidup, saya akan menjawab persoalan perbandingan agama sebaik yang boleh dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Adil, dan Yang Maha Bijaksana. 

Ini merupakan makalah yang saya terima daripada adik sepupu saya yang belajar di UPSI.
 -: Welas Eric Samson October 15 at 4:44pm Report
Mari kita lihat dalam negara kita DAHULU sebelum kita melihat ditempat lain, mari kita berpijak dibumi yang nyata. Kalau kita mahu membandingkan dengan kejadian seumpama itu, di tempat lain banyak lagi orang kristian mati dibunuh oleh saudara2 muslim,kan? Pernah kamu dengar kejadian Gereja orang asli yang dirobohkan di Pahang? Bagaimana dengan Gereja yang dibakar? “Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang" (Roma 12:17). Adakah agama anda menuntut anda berjuang dengan cara itu? Betulkan saya sekiranya saya silap. Saya tidak bermaksud anda, tapi segelintir daripada anda yang mahu bertindak membabi buta, seperti tindakan itu yang dituntut oleh agama kamu. Jadi, saya berhenti mengambil contoh yang hanya akan membuatkan keadaan bertambah tegang, bukan itu yang kita mahukan.

Perumpamaan anda tentang orang baik dan orang benar saya terima, Dan sikap memberi perumpamaan itu juga diteladani daripada Tuhan Yesus sendiri. Daripada melantik manusia menjadi pesuruh, Dia sendiri turun untuk memberitakan kebenaran dan diteruskan ialah murid2Nya@pengikut2Nya. Bukankah perbuatanNya itu lebih menampakkan kasihNya terhadap manusia? Jadi, siapa yang menjadikan anda orang benar?Bagaimana anda tahu apa yang anda percaya itu benar jika tuhan anda tidak turun ke bumi dan mengatakan seperti yang Tuhan Yesus katakan? "Akulah JALAN dan KEBENARAN dan HIDUP. " (Yoh14:6a). Kamu telah tahu jawapannya, kamu melakukan perkara yang baik tapi tidak tahu samada adakah kamu berada dipihak yang benar, adakah kamu akan mendapat upah? Renungkanlah…
Mengenai perkara Nabi Nuh, baca Bible dalam buku Kejadian. Anda akan tahu mengapa saya cakap yang ALLAH BAPA berjanji yang Dia tidak akan memusnahkan manusia lagi. Dalam Kejadian9:11(Maka Kuadakan perjanjian-Ku dengan kamu, bahwa sejak ini tidak ada yang hidup yang akan dilenyapkan oleh air bah lagi, dan tidak akan ada lagi air bah untuk memusnahkan bumi.). Itulah janji Tuhan yang saya maksudkan, namun Dia sentiasa memberi peringatan dan Dia sabar dalam segala peringatan yang Dia berikan kepada manusia. Malah, Dia sentiasa membuka jalan bagi orang yang mahu berbalik kepada Dia, yang mahu PERCAYA kepada DIA.

Berhubung dengan kenyataan kamu “adakah bible itu turun daripada mulut tuhan terus dan adakah erik nampak bagaimanakan rupa tuhan erik?? sedangkan jesus dari pandangan erik hanya menyampaikan ajaran tersbut tetapi apakah ada bukti anda mengatakan anda juga berada pada waktu itu dan melihat sendiri fizikal tuhan???..”

Kamu menjerat diri sendiri dalam soalan kamu jika kamu mengatakan saya sedemikian. Thanks to you, kamu percaya bahawa Tuhan Yesus ada menyampaikan ajaran tersebut tetapi kerana kita belum lahir pada masa itu kamu ingin mencari bukti sekiranya saya ada melihat fizikal Yesus. SAYA BERBOHONG JIKA SAYA BERKATA, “Ya! Saya ada pada ketika Yesus menyebarkan injil”. Tapi, bagaimana pula dengan anda? Adakah anda berada disana ketika muhammad menyebarkan ajaran yang diterimanya? Satu perkara yang saya syorkan, miliki bible dengan translation yang anda fahami, Jika anda ingin mencari kebenaran. God Bless You!.Iman bukan sekadar daripada PENGLIHATAN, namun dengan PERCAYA. Unless, you say your religion is based on sight.

Anda berkata Tuhan Yesus tidak pernah declare bible ini lengkap. Kehidupan kami tidak bersandarkan Bible semata-mata, tapi Tuhan Yesus yang melengkapkan kami. Muhammad berkata al-quran itu lengkap, namun Tuhan Yesus yang melengkapkan kami. Kelahiran, Kematian dan Kebangkitan Tuhan Yesus, itulah yang menjadi pelengkap kami. Bukan hanya dengan kata-kata, tapi dengan perbuatan. Cakap tanpa tindakan? Bagaimana itu membuat kamu percaya?

Saya tidak mahu mengulas tentang Old testament dan new testament. Mari kita ikut Bible Study jika anda mahu tahu mengapa wujudnya Old and New. Pasti anda puas hati jika anda mendengar daripada individu yang lebih bertauliah daripada saya. Saya juga masih belajar, jadi maafkan saya jika saya menafsir apa2 yang salah tentang kamu.

Jika saya masih belum menerima hidayah, bagaimana saya tahu saudara saya yang telah memeluk islam telah mendapat hidayah? Bagaimana jika saya katakan ada diantara mereka yang terpaksa masuk islam kerana terpaksa mengikut teman hidup? Bagaimana jika saya katakan ada rakan muslim yang ingin convert kristian tetapi mereka takut akan hukuman yang akan mereka hadapi jika mereka convert.? Bagaimana jika saya katakan terlalu ramai mualaf yang ingin kembali kepada Tuhan Yesus tetapi mereka takut kerana hukuman yang mereka bakal terima? Saya merahsiakan identity rakan2 saya itu. Kerana saya mengasihi mereka. Ido, sebenarnya bukan ALLAH BAPA yang tidak memiliki sikap manusia, tetapi manusia yang tidak mempunyai sikap ALLAH BAPA. Sekiranya manusia ada sikap seperti ALLAH BAPA, maka aman damailah dunia ini, kan?

Bagaimana juga anda dengan yakin berkata anda percaya akan islam sekiranya anda tidak tahu peribadi Tuhan anda? Adakah anda percaya dengan peribadi yang anda tidak kenali? Iklan di tv, jangan ikut orang yang anda tidak kenal, kan? Tapi dalam Kejadian 1:26 (Berfirmanlah Allah: “ Baiklah kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi”.)

So, mungkin jika ada perkara yang anda tidak faham mungkin anda boleh rujuk terus dengan Pastor atau guru-guru agama yang lebih bertauliah. Sekali lagi, saya masih dalam proses pembelajaran dan tidak sempurna. Hanya Tuhan yang sempurna.
Mari kita berbicara secara aman, dan peribadi dalam keadaan yang tertutup namun dengan hati yang lebih terbuka.

Saya mengasihi kamu, Tuhan Yesus juga mengasihi kamu! Tuhan memberkati kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan, baik dalam pelajaran, keluarga dan masa depan! Amen!

 JAWAPAN DAN HURAIAAN :-
Sebenarnya kejadian merobohkan gereja di perkampungan orang asli di Pahang tu disebabkan pembinaan bangunan tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negeri di atas tanah milik kerajaan negeri Pahang(rujuk berita perobohan gereja yang dibina secara haram di Pahang).
Kejadian gereja dibakar adalah akibat daripada beberapa orang pelampau kristian yang membuang kepala babi,najis babi dan darah babi di masjid serta kejadian masjid dibakar menyebabkan masyarakat islam kampung tersebut merasa maruah agama dan mencemar kesucian agama islam. Jadi hukum wajib untuk menegakkan kebenaran dan menjaga kesucian agama islam kepada masyarakat tersebut berdasarkan syarat ishtihar perang dalam undang- undang islam yang menyeru umat islam mempertahankan hak, maruah dan kesucian agama apabila diserang oleh musuh (Rujuk undang- undang peperangan mengikut hukum islam).

  Tentang perumpamaan orang baik dan orang benar,dalam setiap agama ialah sesiapa sahaja yang tidak pernah berdusta sejak kecil adalah orang yang benar(bukan pembohong)dan diakui oleh orangramai,
  Orang yang baik ialah orang yang menegakkan kebenaran daripada perkara dusta dan maksiat serta tidak akan melakukan sebarang perkara yang menjerumus ke arah dosa.

Mengenai hal TUHAN YESUS SENDIRI turun ke bumi untuk menyampaikan kebenaran ajarannya kepada murid2nya @ para pengikutnya, persoalannya disini:
 1- siapa sebenarnya TUHAN YESUS?
 2- siapa sebenarnya Allah?
 3- siapa sebenarnya Isa al-masih?
 4- kalau benar TUHAN YESUS SENDIRI yang turun untuk menyampaikan ajarannya, kenapa dia berdoa kepada Allah untuk meminta petunjuk?
 Rujuk dalam bible perjanjian baru:
 -Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman Ia berdoa kepada Allah.-Lukas 6:12
 -Kami selalu mengucap syukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, setiap kali kami berdoa untuk kamu,- kolose 1:3
 -Salam dari Epafras kepada kamu; ia seorang dari antaramu, hamba Kristus Yesus, yang selalu bergumul dalam doanya untuk kamu, supaya kamu berdiri teguh, sebagai orang-orang yang dewasa dan yang berkeyakinan penuh dengan segala hal yang dikehendaki Allah.-kolose 4:12
3 ayat diatas jelas menunjukkan yang YESUS meminta bantuan daripada Allah.
Kalau benar YESUS itu TUHAN,sudah pasti dia tidak akan meminta bantuan daripada sesiapa pun lagi.
Dan sebagai TUHAN, kenapa tidak sahaja YESUS memberi hidayah kepada musuh agama? Sedangkan kuasa SEBAGAI TUHAN,tidak ada perkara yang mustahil bagi DIA.

Mengenai kisah Nabi Nuh A.S, bagi sesiapa yang belajar mengenai sejarah hidup Nabi Nuh pasti akan tahu sebenarnya kisah Nabi Nuh adalah sebagai teladan dan tauladan buat kita semua mengenai murka Tuhan kepada manusia yang ingkar dengan perintahnya.

Mengenai hal kesaksian penyampaian ajaran Tuhan kepada manusia, dalam bible sendiri ada menjawab bahawa :
-  Agar Tuhan mendatangkan waktu kelegaan, dan mengutus Yesus, yang dari semula diuntukkan bagimu sebagai Kristus.- kisah para rasul 3:20 
- Tetapi dengan jalan demikian Allah telah menggenapi apa yang telah difirmankan-Nya dahulu dengan perantaraan nabi-nabi-Nya, yaitu bahwa Mesias yang diutus-Nya harus menderita.- kisah para rasul 3:18
- Kristus itu harus tinggal di sorga sampai waktu pemulihan segala sesuatu, seperti yang difirmankan Allah dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang kudus di zaman dahulu.-kisah para rasul -3:21
- Bukankah telah dikatakan Musa: Tuhan Allah akan membangkitkan bagimu(yesus) seorang nabi dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku(musa): Dengarkanlah dia dalam segala sesuatu yang akan dikatakannya kepadamu.- kisah para rasul 3:22
-Jawab Yesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."-matius 15:24
- Jawab malaikat itu kepadanya: "Akulah Gabriel yang melayani Allah dan aku telah diutus untuk berbicara dengan engkau(yesus) dan untuk menyampaikan kabar baik ini kepadamu.- Lucas 1:19
-Ketika hari siang, Yesus berangkat dan pergi ke suatu tempat yang sunyi. Tetapi orang banyak mencari Dia(Yesus), lalu menemukan-Nya dan berusaha menahan Dia(Yesus) supaya jangan meninggalkan mereka. Tetapi Ia berkata kepada mereka: "Juga di kota-kota lain Aku(Yesus) harus memberitakan Injil Kerajaan Allah sebab untuk itulah Aku(Yesus) diutus. Dan Ia memberitakan Injil dalam rumah-rumah ibadat di Yudea."- Lucas 4:42-44 = Yesus mengajar di kota-kota lain

Jelas ayat diatas sudah menjawab bahawa penyampaian ajaran Tuhan kepada umat manusia adalah melalui rasul-rasul yang diutus oleh Tuhan,bukannya Tuhan sendiri turun ke dunia untuk mengajar umat manusia dan Yesus sendiri mengaku bahawa dia telah diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajaran Injil.

Mengenai lengkapnya injil dan persandaran melengkapkan injil kepada Tuhan sebenarnya bermaksud keyakinan kepada Tuhan.
Dalam ajaran Islam pun tidak sempurna iman dan agama jika tidak yakin kepada Tuhan.
Memang benar, keyakinan bukan sahaja dengan kata-kata,tetapi juga dengan perbuatan. Dalam ajaran Islam, 2 perkara itu penting dan penambahan keyakinan kepada Tuhan,adalah dengan melihat sendiri kekuasaan Tuhan.  

Mengenai mengapa wujudnya old testament dan new testament, kita akan membuka kembali sejarah perjalanan para ahli kitab selepas penyaliban Yesus. Sila rujuk dalam blog ; http://renung2fikir2.blogspot.com/search/label/Sejarah%20agama%20Kristian
Seluruh isi kandungan blog ini banyak menceritakan sejarah- sejarah lama kristian bersumberkan sumber yang diyakini dan kukuh oleh tokoh-tokoh sejarah barat,tokoh orang kristian sendiri.

Hidayah Tuhan adalah suatu perkara yang ghaib dan hanya boleh dirasakan kehadiranya melalui rasa hati seorang yang mahu hidup beragama. Contohnya seperti menampar muka sendiri. Apabila menampar pipi sendiri, kita akan merasa sakit pada pipi. Apabila merasa sakit,dapatkah anda melihat rasa sakit itu? Melainkan anda hanya dapat merasa sahaja. Begitulah Hidayah Tuhan kepada manusia. Huraian mengenai hidayah Tuhan itu hanya boleh dilihat dengan kesanggupan manusia itu mentaati agama yang dianutinya dan menjadi pilihan hidupnya hasil daripada rasa hati yang jujur pada diri sendiri dan sedar akan kebenaran dalam agama itu.

Berkaitan dengan convert kerana berkahwin dengan teman hidup yang beragama islam, sebenarnya ia adalah pilihan sendiri. Keterpaksaan itu sudah pasti,kerana pilihan untuk bersama dengan teman hidup itu memaksa untuk dia memilih meninggalkan agama yang dianuti. Cuma bezanya ialah dia tidak akan merasa nikmat beragama dan tidak taat pada perintah agama.

Memang sudah menjadi hukum dalam agama islam bahawa sesiapa sahaja yang keluar daripada agama islam(murtad) akan mendapat hukuman sama ada di dunia lagi mahupun di akhirat sebagaimana firman Allah SWT:
        “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
,         “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)
“Mereka itu , balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang (yang beriman).”- Surah Ali Imran, 3:87
“Mereka kekal di dalamnya(neraka), tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian”.(Surah Ali Imran, 3:88)

Mengenali Tuhan mengikut ajaran islam ialah dengan mempelajari ilmu Tauhid(ilmu untuk mengenal Tuhan). Ilmu Tauhid menghuraikan secara jelas bagaimana untuk mengenali Tuhan,mengetahui sifat- sifat Tuhan,peribadi Tuhan dan sikap Tuhan kepada hamba-hambanya.
Untuk membuktikan kekuasaan Tuhan dan menguatkan lagi keyakinan terhadap Tuhan ialah dengan melihat sendiri ciptaanNya yang Maha Agung.

Antara bukti Kekuasaan Allah SubhanaWaTa’ala(SWT):
1.   Lihat gambar-gambar berikut:

Api yang membentuk kalimah Allah.


Gambar dari satelit-Bentuk ombak tsunami yang melanda Aceh membentuk kalimah Allah.

Kalimah Allah pada pasir pantai ketika air laut surut.

Kalimah Allah pada kulit ketam.

Kalimah Allah pada corak bulu kucing.

Kalimah Allah pada buah jambu batu.

Kalimah Allah pada seketul batu cincin.

Kalimah pada Tomato

Cahaya di langit ketika senja membentuk kalimah Allah

Pokok yang membentuk perkataan dalam tulisan bahasa arab yang bermaksud : tiada Tuhan selain Allah.

Kalimah pada sarang madu lebah

Gambar satelit : awan membentuk kalimah Allah

Batu tergantung tanpa tali dan tidak bertiang: sejarah batu ini merupakan sejarah Nabi Muhammad naik ke langit dengan menaiki buraq bersama malaikat Jibrail a.s(dalam bible Gabriel) untuk berjumpa dengan Allah di langit tertinggi yang dinamakan Luh Mahfuz. Batu itu tergantung kerana Jibrail a.s melarang batu tersebut daripada mengikuti mereka naik ke langit.

Parit panjang yang mengelilingi bulan dengan garis lurus merupakan bekas belahan bulan pada peristiwa kaum Quraish(arab) mahu melihat bukti mukzizat Nabi Muhammad sebagai Rasul dan Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Bekas belahan itu telah dilihat sendiri Neil Armstrong ketika menjejaki kaki ke bulan dan dia sendiri mengatakan bahawa parit itu seperti bekas belahan pedang besar.

Nota ; Gambar-gambar ini merupakan gambar asli dengan menggunakan kamera filem bukan kamera digital kecuali gambar yang diambil melalui satelit tanpa diubah menggunakan sebarang software.

Firman Allah SWT mengenai kekuasaannya;
-      Surah Al Fathir
(1)        Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(2)        Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(3)        Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?
(4)        Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad), maka sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu sebelummu telah juga didustakan (oleh kaumnya masing-masing). Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
(9)        Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati).
(11)     Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina) dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
(13)     Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.

Nota: Banyak lagi bukti kekuasaan Allah dalam Kitab Al-Qur’an yang membolehkan kita lihat sendiri di bumi dan langit untuk mengakui kekuasaan-Nya.

Insyaallah, sekiranya diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa, saya akan membuat perbandingan agama Islam dan Kristian dari segi masalah ketuhanan(Tauhid), Aqidah(iman),dan Ajaran Agama itu sendiri.
 Buat saudara –saudara seagama dengan saya (Islam), terutamanya golongan ustaz, ustazah dan ulamak islam, marilah bersama- sama membongkar pendustaan dalam Agama Kristian danperkuatkan lagi dakwah islamiah kepada saudara - saudara seagama kita yang masih kurang ilmu agamanya agar tidak terpesong dalam aqidah,dan umat manusia yang masih belum mengenali islam dan indahnya islam.
Hanya dengan islam manusia selamat dunia dan akhirat.


    





Tiada ulasan:

Catat Ulasan