Jumaat, 15 Oktober 2010

Bahana Pengaruh Filem,Kartun, dan Drama..

  ''aik? mana budak-budak ni?''
  ''hm,senang ja mau panggil,bagi tau ja rancangan ultraman sudah mau mula''..
''Oboi, Utak, Angah, mula sudah tu crita ultraman kamu!!!!''
  ''yahuuu....mula sudah ultraman..''
Mungkin ramai yang fikir tentang cara memanggil dan kontrol anak-anak supaya tidak bermain jauh dari rumah seperti di atas adalah perkara yang  mudah dan senang mengawal mereka. Sedangkan cara itu sebenarnya mengakibatkan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi bahaya, bahasa, dialek, kelakuan dan fikiran.
 Ya...benar,dan tidak salah pun mereka menonton filem,kartun,dan drama asalkan mereka boleh duduk diam dan tidak bising ketika dalam rumah serta mengelakkan mereka keluar dari rumah. Tetapi sedarkah kita dengan tingkah laku mereka sedikit demi sedikit berubah mengikut watak dalam filem,kartun dan drama?

Mari berkongsi bersama pengalaman saya dengan kawan-kawan ketika mengadakan satu program keluarga bahagia di beberapa kampung di sekitar daerah Ranau, Sabah.
  Program yang kami anjurkan itu berupa ceramah, sukaneka, perbincangan keluarga, ibadah dan motivasi. Ketika aktiviti perbincangan keluarga, sukaneka, ibadah dan motivasi, perbualan dan tingkah laku peserta menjadi perhatian kami kerana pelbagai reaksi dan perkara boleh diselami dalam diri individu, kumpulan dan masyarakat. Beberapa dialog antara kami dengan beberapa orang kanak-kanak menunjukkan mereka banyak terpengaruh dengan bahasa luar, dialek luar dan tingkah laku yang meniru gaya watak dalam beberapa filem, drama, dan kartun.
  "Abang,kami tidak 'bisa' bermain dengan orang lain."
  " Kakak, 'emangnya' kamu dari universiti?''
Kata-kata diatas menunjukkan pengaruh bahasa daripada drama indonisia. Apabila kami bertanya kepada mereka(kumpulan kanak-kanak) adakah mereka selalu menonton drama 'Bawang Merah Bawang Putih','Hikmah','Jelita',dan drama - drama indonisia? Mereka menjawab YA.
 Ada seorang budak lelaki yang sedang memanjat dinding balai raya kampung seperti gaya spiderman, aksi budak itu telah menyebabkan seorang fasilitator perempuan menjerit.
   "Turun! Nanti jatuh!"
 "Hehehehe,spiderman bah." budak itu menjawab dengan tersengih- sengih.
   " Kau ingat kau tu spidermankah? Jatuh nanti baru menangis kesakitan!"
 Ni baru aksi di kampung, tetapi lain pula ceritanya di Semenanjung. Si anak terlalu minat kepada watak spiderman sampaikan ibunya membelikan baju ala kostum spiderman. Ketika menunggu komuter di stesen, si anak bermain-main di sekitar stesen dengan melakonkan watak spiderman dalam babak spiderman berlawan di kawasan keretapi. Si ibu yang sedang keberatan barang-barang 'shopping' hanya melihat anaknya bermain tanpa menjangka sesuatu perkara yang buruk. Ketika siren berbunyi menandakan komuter akan melalui rel sekejap lagi, si anak berlari - lari ke sana ke mari berdekatan dengan si ibu.Tiba- tiba si anak berlari ke arah rel dan terjun ke rel dengan menjerit " saya spiderman!"
    BAMM!!! hancur berkecai tubuh si anak dihentam dan dilanyak oleh komuter. Si ibu terkedu,dan terus pengsan melihat kejadian yang berlaku di depan matanya(cerita ini berdasarkan berita di kaca tv dan akhbar).
Lawak juga bila fikir pengaruh kartun turut mempengaruhi orang dewasa yang sudah dikira matang untuk berfikir. Contohnya seperti gambar di atas, kesian si anak membesar dengan nama charakter hero batman. Bahkan ketika animasi Dragon Ball ditayangkan di saluran RTM2(TV2),tepat pukul 9 pagi pada setiap hari sabtu, pejabat dan ladang menjadi lengang gara-gara semua pekerja duduk depan tv menonton animasi Dragon Ball sampaikan perbualan di pejabat dan ladang berkisar tentang animasi tersebut.
Best juga cerita kartun di tv,apatah lagi tv sekarang ada channel khas kartun. Kalau zaman era 90an,tv cuma ada 2 channel sahaja,tetapi sekarang ni era 2000, sudah ada beratus channel. Sekarang ini bukan di tv sahaja boleh tengok tv,drama dan filem,tetapi juga di komputer dan laptop.Lagi hebat dalam telefon bimbit.

 Budak-budak sekolah menengah sekarang ni pun sudah terlalu terpengaruh dengan filem,drama dan kartun.Budaya gaduh gengster dan cinta monyet sudah menjadi perkara lumrah di sekolah- sekolah menengah.
 Ketika mengendalikan program motivasi dan jati diri remaja, banyak perkara yang selama ini terlepas pandang mengenai golongan remaja. Kebiasaannya selepas program,ramai peserta akan rajin bersama kami untuk berprogram dan membuat aktiviti bersama ketika cuti sekolah. Bahkan hampir setiap minggu kami akan bersama dengan peserta melalui program usrah dan aktiviti hujung minggu. Para peserta masing-masing dengan latar belakang yang berlainan dan mempunyai masalah disiplin yang tersendiri. Ada seorang peserta meluahkan masalah yang sedang dihadapi ketika di sekolah dan di luar sekolah.Dia merupakan pelajar paling bermasalah dan ketua kepada kumpulan samseng remaja.Saya bertanya kepadanya, bagaimana dia boleh terpengaruh dengan budaya samseng dan kaki gaduh dalam usia remaja ini. Dia menjawab, terpengaruh dengan satu filem Jepun yang bertajuk 'crows zero'. Filem 'crows zero' menceritakan kehidupan pelajar sekolah tinggi di Jepun beraliran yakuza.Filem itu penuh dengan aksi ganas seperti gaduh, buli dan memberontak.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan