Sabtu, 19 Mac 2011

sambungan perbahasan berkaitan dengan wahabi- sumber ;http://www.kalamnurani.com/2010/06/30/wahabi-salafi-vs-ahli-sunnah-wal-jamaah-dimanakah-kesudahannya/


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ketahuilah bahawa saya berpegang kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah berdasarkan aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Itulah ilmu tauhid yang sampai kepada saya. Ada yang bertanya apa perlunya saya isytihar pegangan saya? Menurut keyakinan saya inilah zamannya, zaman  fitnah yang getir bermula dn pecahnya golongan umat Islam kepada 73 firqah itu menjadi nyata. 72 golongan yang sesat dan hanya 1 yang selamat – golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Sudah tiba masanya anda menyemak susur galur kefahaman (ilmu) dan pegangan akidah anda. Apakah kita boleh berhujah atas keyakinan kita? Inilah ketikanya kita perlu mengambil pendirian atau memilih jalan.
Tulisan ini menyahut cabaran sahabat saya yang berasa bahawa sengketa Wahabi-Ahli Sunnah wal Jammah menjadi semakin sengit sejak akhir-akhir ini. Kritik-kritik balas  semakin pedas dan hangat. Boleh jadi inilah yang dihadapi oleh generasi awal – golongan pondok termasuk arwah ayah dan datuk saya ketika menghadapi kerenah kaum Muda dulu. Satu siri kemelut ilmiah Alam Melayu yang panjang. Sudah kita maklum pegangan akidah di Alam Melayu adalah Ahli Sunnah wal Jammah dari aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Ia dibawa oleh pendakwah dari Hadhramaut yang antaranya dari keturunan Ahlul Bait. Sementara Wahabi-Salafi dinisbahkan pada gerakan ulama’ dari Najd  al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab . Pada asalnya adalah kesinambungan daripada aliran salaf dari jalur pegangan fiqh Imam Ahmad dan tauhid aliran Ibnu Taimiyah. Gerakan ini yang membasmi bidaah dan khurafat secara keras menguasai Tanah Arab dan kini disebarluaskan atas gerakan tajdid. Tanpa mempedulikan adab khilaf serta tenggelam dalam bicara mujadalah maka kembali berlaku pertembungan sengit ini.
Ketika perbalahan Syiah-Sunni masih belum reda sengketa Wahabiyah-Ahli Sunnah wal Jamaah pula bermula (awal dulu pertikaian hanya berkisar pada ibadah amali seperti bacaan qunut dan bacaan ‘usali’ namun kini sudah mula masuk ke persoalan pegangan aqidah). Kini sengketa ini semakin sengit. Ramai yang akan menjadi ‘korban’ – menjadi pongos dan bengis. Ustaz dan pengikut mencerca ikut sedap mulut. Sehinggalah mereka tidak tahu dan kenal batas sempadan adab berkhilaf. Mereka belajar tauhid, mereka belajar feqah tapi seolah-olah tidak pernah belajar akhlak. Hilang adab dan sopan.  Tuduh melulu, kata nista dan menghina. Sungguh ini tidak pernah dianjurkan Nabi saw yang tercinta.
wahabi
Ketahuilah awal segala perbalahan bermula dengan perkara khilafiyyah (perkara ranting bukan pokok) – bacaan Qunut, tahlil, tawassul, talkin, cara solat nabi dan beberapa isu lain lagi. Semua perkara ini sudah dibahas ‘habis’ oleh ulama terdahulu yang muktabar lagi mutjahid termasuklah diantara mereka Imam Mazhab yang Empat. Perkara asas dan pokok tidak diperselisihkan sementara dalam hal cabang mereka berlapang dada. Sehinggalah timbul ulama’ mutakhirin yang datang kemudian (yang tidak mujtahid) membangkitkan ia semula.  Dengan hujah atau kalam perbandingan yang kurang sedap – “siapa lebih benar nabi atau tuan guru awak? Awak nak ikut siapa nabi atau tok sheikh itu? Satu kalimah generalisasi hukum yang berat. Satu perbandingan yang salah dan diluar konteks. Seumpama si anak kecil membandingkan buah epal dengan durian. Sedangkan yang dibahas pada awalnya adalah perkara khilafiyyah bukan pokok. Meletakkan tangan sama ada di dada atau di atas pusat takkanlah sampai dituduh sesat. Belajar dan memahami Sifat 20 dianggap keliru apakah perlu dianggap kolot dan bidaah. Apakah perlu semua ini dihukum bidaah dan tidak sunnah! Diborong sekali dalam satu bakul sampah?
Barangkali ada kesilapan tafsiran serta huraian para ustaz kini dalam memahami teks turath yang digelar kitab kuning;  dari jalur ulama’ kitab kuning itulah yang telah membawa keluar orang melayu Hindu kepada Islam. Kini jalur ilmu baru dari jalur Ibnu Taimiyyah mahu dijuarai dengan alasan jalur ilmu tauhid Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah kolot dan ketinggalan zaman. Benarkah kenyataan dengan mempelajari jalur tauhid Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah umat Islam jadi lemah, keliru dan bengong. Apakah bukti, fakta dan dalilnya?Persoalannya apakah perlu dirombak dan ditukar ganti dari pengajian Sifat 20 kepada tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat, sedangkan kedua-dua jalur ilmu ini tidak disebut secara qaite (putus) dan khusus nama dan istilahnya oleh Nabi dan para sahabat. Apakah mahu dibuat kesimpulan Ibnu Taimiyyah lebih baik dari Imam Hasan Asya’air dan Imam Maturidi. Apakah itu motif disebalik gerakan tajdid?
Topik perbincangan yang asalnya duduk dalam perkara khilaf akhirnya dilonggokkan oleh mereka yang tak beradab dalam kategori bidaah; maka cenderonglah mereka yang melihat orang yang bertahlil itu sebagai sesat.  Menghukum sebagai perkara khilaf sebagai bidaah adalah punca sengketa ini. Di sinilah segala-galanya bermula. Mempertikaikan dengan bongkaknya ‘mana ada nas” “tunjukkan pada saya hadis yang nabi membenarkan majlis tahlil!” Sedangkan telah ada kaedah fekah yang disepakati bahawa dalam perkara baru jika tidak ada nas yang melarang maka hukumnya adalah harus.  Ketahuilah dikalangan ulama’ muktabar telah mengeluarkan pendapat dan sudah ada keputusan, memang ada perbezaan pendapat tetapi ulama’ dahulu menerimanya dengan berlapang dada.
Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman sebagai pendakwah, juga sebagai kadi. Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan sabdanya :
“Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?” Jawab Muaz ,”Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran.” Tanya Rasulullah lagi; “Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?” Kata Muaz; “Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah(Al-Hadith). “Rasulullah bersabda lagi : “Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?”, Jawabnya; “Aku akan berijtihad.” Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah ( Muaz ) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya.”
Bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Akan keluar suatu kaum di akhir zaman, orang-orang muda berfaham jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan “Khairil Bariyah” (Maksudnya dalil atau firman-firman Allah yang di bawa oleh nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya.Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu, lawanlah mereka.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari, lihat kitab Fathul Bari juzu 15, awalsurat 315) Sangat jelas bahwa dalam hadis ini akan ada -menurut Nabi- sekumpulan orang-orang muda yang gemar mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasar dalil Quran dan Hadis, tetapi keimanan mereka tipis sekali dan bahkan keimanan keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya
Menempelak ulama’ silam adalah biadab dan tidak berakhlak. Apa lagi merasakan ilmu mereka lebih hebat dari ulama’ terdahulu itu lebih keji. Merasakan diri lebih baik dari orang lain ada sifat awal kajahatan Iblis. Ketika Iblis merasakan dia lebih baik dari Adam. Menyebut  Iblis teringat saya akan sebutan Iblis dalam hadis ini;
Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman : Mereka berkata : Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman . Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Kemudian Rasulullah bersabda di sanalah berlaku : Zalazilu wal fitan ( malapetaka dan fitnah ) dan di sana juga munculnya tanduk syaitan “ Janganlah kita menyuburkan sifat Iblis dalam diri. Moga Allah melindungi saya dan saudara juga.
Bermula tuduhan apabila pelaku ASWJ dituduh bidaah maka bermulalah serangan hujah balas yang tak sanggup didengar kita. Maka seolah-olah Wahabi -Salfi pula yang diserang sedangkan sengekta ini mereka yang mulakan. Mereka yang ‘draw the first bullet’.
Ada dakwaan tidak enak kaum Wahabi-Salafi terhadap golongan ASWJ yang menerima pakai jalan ilmu tauhid yang dikenal dengan nama Sifat 20 . Sifat 20 adalah hujah dan ijtihad Ulama silam yang muktabar bagi mendepani fitnah dan bidaah dan  Muktazilah, Mujassimah dan lain-lain fahaman. Menerima susunan ilmu Tauhid mengiktu susunan yang betul dari jalur ilmu dan ulama sehingga bertali sampai ke sahabat dan akhirnya Rasulullah itulah jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman dan aliran ilmu yang terputus sanad hanya memetik kitab bukanlah salah tetapi tidak boleh dijadikan hujah ia sebagai bnar dan juara bagi semua ilmu tauhid. Perhatikan hujah ulama yang bersanad lebih cermat dan teliti ASWJ . Berbanding hujah dan kalam membidaahkan orang lain apatah lagi menyesatkan mereka bukan dari akhlak dan adab Nabi saw. Kalam yang merendahkan ulama’ sehingga jatuh setaraf cikgu sekolah  ulama’ tradisional .
Hentikanlah segala perbalahan atas nama kasih sayang dan persaudaran Islam.  Perlukah kita  ber’tegang urat’  atas perkara Kilafiyyah. Tidak tahukah kita berlapang dada. Perlukah kita yang jahil terlibat sama, tidak mengetahui asal punca hujah menjadi jaguh mempertahankan- sehinggalah ahli kariah pecahbelah, sanak saudara bermasam muka, solat sudah tidak sama; maka hentikan perbalahan ini sebelum terlambat! Kita sudah masuk dalam jaring fitnah Iblis yang suka melihat umat Islam beradu domba bercakar sesama.
Bagi wahabi-salafi yang dulunya adalah jejak kaum Muda janganlah mudah menuduh bidaah dan sesat; dan ahli haraki-sufi janganlah pula mudah melatah, peliharalah adab dalam berbalah. Carilah Allah dengan jalan ilmu dan mujahadah bukan dengan jalan mujadalah (berbalah). Inilah pesan indah dari Guru saya Sheikh Ibrahim Mohammad. Dengarkan titipan kisah sejarah pejuang haraki ini yang saya petik dari blog beliau, wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan