Ahad, 9 Januari 2011

Kesatuan Manusia,Kesatuan Bangsa- perdebatan mazhab dan sejarah islam.

salam Ukhwah kepada semua..
Perbahasan demi perbahasan berlaku dalam hukum- hukum syariah islamiah.. pada pendapat semua orang, mazhab itu salah,mazhab aku benar. Aku ja masuk syurga,yang lain masuk neraka.
rata-ratanya berpegang pada hadis ;
     ....umat islam akan terbahagi kepada 73 golongan, cuma 1 golongan sahaja yang diterima oleh Allah SWT, iaitu Ahlsunnahwaljamaah..
  hadis ini amat mempengaruhi umat islam..dalam jemaah ahlsunnahwaljamaah pula terbahagi kepada 4 mazhab, iaitu AS-SYAFIE,MALIKI,HAMBALI,HANAFI..
 Maaf kalau tersalah kata atau mengejutkan, rasanya 4 mazhab ini pun tergolong juga sebagai 73 golongan, kerana masing-masing dengan bentuk fahaman dalam hal- hal hukum agama. Tetapi masih mengaku sebagai golongan ahlsunnahwaljamaah. Namun ada satu lagi golongan yang mengelar diri mereka sebagai Wahabi ataupun juga dikenali sebagai Salafi yang juga mengaku sebagai ahlsunnahwaljamaah yang sebenar.
Hujah demi hujah memperkuatkan kebenaran firkah masing-masing dan tak kurang juga menentang fahaman mazhab yang lain. Memperdebatkan kebenaran dalam agama dan juga menentang perkara yang berlaku dalam agama. Yang lagi sadis ialah mengatakan bahawa Imam-Imam besar islam itu tidak benar dan ijtihad mereka itu tidak boleh diikuti kerana percanggahan dengan pendapat-pendapat imam-imam yang lain. Sedangkan perkara yang bersangkut-paut dalam agama dari segi kemaslahatan dan keperluan dalam kehidupan jarang diperdebatkan.
   Dalam soal Ibadah sepanjang masa misalnya, ramai tokoh ilmuan islam moden masih belum dapat merungkai hal yang berkaitan dengan ikhlas,takwa,tanggungjawab sebagai khalifah,bagaimana untuk menyebarkah dakwah di zaman moden ini,memperbaiki akhlak umat islam yang rosak akibat fahaman liberal dan sekular,ukhwah umat islam yang kian hancur dek perkara firkah yang melanda umat,dan pelbagai lagi hal yang berkaitan dengan bab hati. Ilmu Allah itu luas,ramai yang tertipu dengan ilmu yang dipelajari akibat tidak dapat berdisiplin dengan ilmu. Tingkat-tingkat ilmu dan iman itu ada. tingkat ilmu yang sedang  diperbahaskan oleh tokoh ilmuan islam moden ialah ilmu Syariah, belum lagi mampu untuk memahami ilmu Ghaib,ilmu hakikat,ilmu Makrifat dan juga ilmu Syahadah.
   Telah saya selidiki sedikit sebanyak hal yang menjadi masalah firkah umat islam iaitu, taksub tanpa ilmu(bertaklid secara membuta tuli),dan juga memakukan diri dengan firkah yang dianggap benar tanpa menyelidiki sejarah. Bahkan ramai yang berbolak balik dengan firkah kerana bingung dengan penambahan ilmu dalam agama kerana selama ini tidak pernah belajar tentang bab hadis dan juga disiplin ilmu hadis dan Al-Quran.
   Titik utama dalam islam ialah sejarah,dalam Hadis juga adalah berdasarkan sejarah,dalam AlQuran juga ada sejarah, dan setiap sejarah ada disiplin. Maka perkara yang perlu kita pelajari selari dengan ilmu Al Quran dan Hadis ialah SEJARAH, kerana perkara utama menguatkan kefahaman adalah melalui sejarah penurunan ayat-ayat Al Quran dan juga sejarah sunnah Nabi Muhammad. Malangnya pengkajian sejarah islam itu terlalu kurang dan ada pun hanya berkaitan dengan sejarah kehidupan nabi,sejarah revolusi islam dan juga sejarah tamadun islam.Terlalu kurang pengkajian mengenai cara hidup Baginda Nabi Muhammad SAW, yang ada cuma hadis-hadis yang menceritakan kehidupan Rasulullah. Pasti anda akan berkata MUSTAHIL kerana jarak tempoh masa terlalu jauh dan tidak ada bukti seperti gambar,dan tulisan-tulisan hadis yang asal.
   Para imam-imam besar seperti imam As-Syafie,Maliki,Hambali dan Hanafi telah Allah kurniakan kelebihan dalam pengajian Ilmu, satu kelebihan kenabian yang tidak akan diberikan kepada umat islam lain kerana mereka menjaga diri mereka dengan disiplin akhlak,keikhlasan,ketakwaan,kecintaan,jihad fisabilillah yang padu,membuang sifat mazmumah,dan sentiasa takut dengan murka Allah. Di hati mereka cuma ada keikhlasan dalam menyebarkan islam keseluruh dunia tanpa perasaan riak. Bandingkan mereka dengan ilmuan islam yang moden,Ilmuan moden masih gagal dalam bab keikhlasan,kesucian hati,dan juga ketakwaan kepada Allah. Saya tidak mengatakan mereka tidak bertakwa,tidak ikhlas,tidak suci hatinya,tetapi cuma bermaksud mereka masih belum mendapat ciri kenabian,iaitu belum mampu untuk menandingi kesungguhan dan ketakwaan kepada Allah. Sekiranya mereka sudah benar-benar memiliki sifat kenabian itu, mereka tidak akan berani mengkafirkan saudara islam yang lain,tidak mendesak dalam membuat keputusan selain meminta petunjuk kepada Allah,sentiasa menjaga solat sunat tahajjud setiap malam,menjaga  kekhusyukkan solat,menepati waktu solat diawal waktu,sentiasa bersolat di masjid secara berjemaah dan tidak pernah solat dalam rumah,sentiasa menangis memikirkan saudara islam yang lain,dan kecintaan mereka kepada Allah dan Nabi melebihi kecintaan kepada perkara lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan