Ahad, 12 Ogos 2012

Ruginya Ramadhanku Pada Tahun ini....

tinggal beberapa hari lagi syawal menjelang...
Alangkah ruginya Ramadhanku tahun ni sebab tidak terisi dengan perkara yang sepatutnya kerana terlalai dengan kesibukan dunia..
insyaAllah,jika berpeluang ramadhan tahun depan, aku tidak akan mensia-siakan ramadhan itu..cukuplah dengan kerugian amat pada tahun ni..dan amat kesal kerana tidak dapat menziarahi saudara2 baru di pedalaman Ranau Sabah kerana berada di semenanjung malaysia...insyaAllah,selesai segalanya tahun ini, segala janji ku kepada saudara2ku di sana akan kulaksanakan...
Demi Allah, jika usahaku sekarang ini tidak ada hasil dan cuma sia2, aku akan beralih melaksanakan perancangan ke 11 dalam usaha ekonomi dakwah...sudah sekian kalinya gagal, dengan perancangan2 orang lain dan mengikut dek kata hebat orang lain, maka inilah masanya merubah dengan usaha sendiri dengan menterbalikkan keadaan...
Cukup sudah dibawah kawalan dan ikatan orang lain... jika peralihan ini gagal, pelan ke 11 akan bergerak... padulilah, yang penting aku mampu untuk bantu orang lain bukan tipu orang lain, dan tidak sesekali akan terlalai lagi daripada melaksanakan perintah dan tanggungjawabku kepada Tuhanku dek kesibukan melaksanakan tugas arahan manusia biasa siapa pun dia... ingatlah  jangan sampai ditelan balik...