Isnin, 27 Disember 2010

Kesatuan Manusia,Kesatuan Bangsa 2- isu syiah

Assalamualaikum w.b.t...
   Bermacam ragam reaksi golongan bijak agama dan jabatan agama NEGARA KITA MALAYSIA mengenai isu  SYIAH, DAN JUGA AJARAN SESAT. Ada yang merasakan tindakan pihak JAIS(jabatan agama islam selangor) betul, ada yang merasakan tindakan itu salah, dan ada juga yang merasakan tindakan itu biadap, bahkan ada yang merasakan perlu.
   Jika difikirkan secara jelas tanpa emosi dan mengikut-ikut cakap2 orang lain, hal ini amat membimbangkan umat islam dari segi penyelewengan akidah dan juga kefahaman agama. Maka dengan itu tindakan Pihak JAIS betul dan wajar untuk mengelakkan ajaran agama islam tidak diselewengkan dan dirosakkan oleh golongan jahiliah.
   Tetapi jika difikirkan secara akhlak dan adab, tindakan pegawai- pegawai yang terlibat dalam penyerbuan pusat atau pun markas Jemaah Syiah di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Cave ianya satu tindakan yang biadab kerana tidak menghormati tempat ibadah dan majlis ilmu yang sedang dilangsungkan tanpa menyelidik apa yang sedang jemaah itu lakukan. Buktinya, para pegawai yang terlibat itu masuk ke tempat ibadah jemaah itu dengan memakai kasut,sedangkan apabila menteri- menteri muslim kita masuk ke rumah ibadat orang bukan muslim,mereka membuka kasut untuk menghormati rumah ibadat bukan muslim.
Contohnya, ketika lawatan menteri MELAYU ISLAM ke kuil india, sama seperti ketika kita masuk ke masjid, mesti membuka kasut dahulu sebelum masuk ke dalam masjid. Tindakan biadap pegawai - pegawai agama ketika menyerbu itu jelas mereka langsung tidak menghormati hak beragama seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan yang termaktub dalam perundangan negara.
   Walaupun AhlusSunnahWaljamaah mengatakan ajaran ataupun fahaman Syiah ini menyimpang daripada ajaran daripada Baginda Nabi Muhammad SAW, mereka tetap sebahagian daripada islam.
Bahkan ketika persidangan OIC dan juga keahlian dalam OIC, negara yang ditakluki fahaman Syiah ini juga diiktiraf sebagai negara Islam. Jadi mengapa JAIS melakukan tindakan yang biadap untuk menangani jemaah Syiah di Malaysia? Tetapi JAIS tidak pernah mengambil tindakan drastik untuk menangani masalah sosial melayu islam yang kian busuk dan bernanah di Malaysia?
    Malunya kita sebagai umat islam kerana GAGAL untuk bersatu padu menentang fahaman KAFIR LAKNATTULLAH yang bukan Islam. Ketika ini mereka(orang kafir) tersenyum dan tergelak kerana berjaya melaga - lagakan umat islam supaya umat islam lemah dan tidak mampu menentang mereka(orang kafir) yang jelas musuh islam.
    Betapa baikya kalau semua umat islam bersatu padu tanpa memikirkan masalah fahaman dan firkah. Lihatlah sendiri kesatuan Kristian di dunia ini, mereka tidak berlaga sesama sendiri bahkan bersatu padu menyebarkan dakyah agama mereka. Bahkan dana untuk mendakyah ke negara- negara islam disalurkan ke gereja- gereja dan membantu mereka yang miskin. Tetapi berlainan halnya dengan kita umat islam, pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku hanya disebabkan fahaman dan firkah masing -masing tanpa memikirkan akibat serangan psikologi dan juga keadaan kehidupan.
    Lihat sendiri negara yang bermazhab syiah (Iran) lantang menentang Barat dari semua sudut,bahkan pemimpin Iran sendiri bukan bersifat berlebih - lebihan seperti pemimpin - pemimpin islam di Malaysia. Beliau melaksanakan sepenuhnya perintah Allah SWT sebagai khalifah dari semua sudut kehidupan sebagai umat islam dan sebagai hamba Tuhan. Sedangkan kita,pemimpin kita yang beragama islam,dengan mudah mengikut telunjuk musuh islam sehinggakan tidak sedar ditunjuk untuk menghancurkan agama sendiri.
    Bangunlah,fikirkanlah,dan lihat dengan jelas apa yang telah berlaku akibat sikap kita yang mengkafirkan saudara islam kita sendiri. umpama 2 ekor kerbau berlaga kepala sehingga mati sambil diperhatikan oleh sang Harimau yang duduk tersenyum menanti kedua - duanya tumbang tanpa berpenat lelah menerkam mangsa yang masih kuat dan sihat kerana lauk sudah tersedia di depan mata.
    Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dalam page beliau http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=15 ;

........Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.
Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang sebenarnya.

   Jelaslah bahawa,yang paling penting dalam Islam ialah kesatuan Ummah Islamiah,selagi mereka beragama islam dan tidak mengancam keselamatan negara,bahkan menentang musuh- musuh islam, kita mesti bersatu padu menegakkan syiar islam dan menjaga ukhwah islamiah walaupun berlainan mazhab dan juga fahaman. Biarlah mereka dengan fahaman mereka,kita dengan fahaman kita,asalkan kita bersatu padu untuk mengembalikan kegemilangan islam dan menyebarkan syiar islam.
 Ingatlah, musuh sebenar islam ada pada diri kita dan juga orang kafir yang jelas menentang ajaran islam. Mereka(orang kafir) sudah bersiap sedia untuk menghapuskan islam dalam pelbagai sudut,bermula daripada  memecah belahkan orang islam,fahaman,budaya,pakaian,keseronokkan,kemajuan,keperluan dan bermacam lagi untuk menghancurkan islam