Khamis, 19 Ogos 2010

Mencari erti perjalanan hidup

Waktu kecil pernah saya terfikir, kenapa saya dilahirkan,bagaimana saya dilahirkan,macam mana saya dijadikan.Kadang terasa ganjil dan hairan sebab apa dilahirkan. Tetapi soalan-soalan itu tidak pernah saya bertanyakan kepada kedua orang tua. Pernah sekali saya bertanya kepada ibu,namun jawapannya menghampakan. Saya langsung tidak mengerti jawapan yang diberikan olehnya.

Ketika saya dihantar oleh ayah ke taska, saya tertanya kenapa ke taska? Ayah menjawab,supaya saya menjadi pandai. Saya bertanya lagi,kenapa perlu jadi pandai? Ayah tersenyum dan menjawab, supaya jadi orang yang berguna. Saya masih juga tidak mengerti,tetapi diamkan sahaja. 
Sampai di taska, kami disambut oleh seorang yang berpakaian hitam,seluruh tubuhnya dilitupi oleh pakaian kecuali matanya. Saya hairan,kenapa orang itu berpakaian seperti itu? Saya mengajukan soalan kepada ayah,dia tertawa tanpa menjawab soalan itu. 


Sepanjang berada di taska,saya berkenalan dengan beberapa orang kawan sekelas,boleh dikatakan setiap masa kami bermain dengan huruf-huruf jawi dan rumi. Guru yang mengajar pula sentiasa membuatkan kami tertawa riang.seronok untuk belajar. Suatu hari,guru kami bertanya,siapa Tuhan? Siapa yang menjadikan alam ini? Siapa yang menjadikan manusia,haiwan,tumbuhan dan semua yang ada di alam ini? Kami diam tidak mengerti. Seorang sahabatku bernama Ridhuan berdiri dan menjawab, Allah. Guru itu bertanya lagi, siapa Allah? sekali lagi kami diam. Guru kami tu pun menjawab, Allah SWT ialah nama Tuhan yangn menjadikan Alam ini,menjadikan manusia,haiwan dan tumbuhan. Saya bertanya,apa itu Tuhan,guru itu menjawab, Tuhan ialah Pencipta alam ini. 
Saya menganguk,tetapi masih kurang mengerti.


Hari-hari berlalu tanpa disedari,mungkin kerana merasa seronok dengan suasana kanak- kanak riang,ceria dan penuh dengan penerokaan perkara baru dalam hidup membuatkan lupa pada penghujung zaman taska. 


"umi,mau pi skolah,"
    "ya, memang pi sekolah pun,tapi sekolah baru"
"sekolah baru?
    "ya,sekolah baru...ni baju skolah yang baru"
"hmmm....tidak mau sekolah baru.."
   "napa tidak mau pi skolah baru?"
" sebab tidak siok...teda kawan..''
   '' eh?..da kawan ramai ba di sekolah..''
'' ada tei dorang si salwa? dorang si mamad?ada tei kawan-kawan yang lain?
   '' hm,ni sekolah baru dekat ja rumah,tidak jauh mau naik kereta..''
''hm...tidak siok kalau begitu..''
   ''siok juga be...mari dulu pigi tengok tu sekolah,klu tidak siok,tidak payah pigi laa,''
''ohwbah...abah hantar tei?''
   ''tidak..umi yang hantar''
''mmmbah,marilah jalan pigi sekolah''