Jumaat, 25 Mac 2011

urus jenazah dan talkin menginsafkan diri untuk bersiap sedia ke liang lahad

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,program kem ibadah kg Lukapon berjalan dengan lancar..
Menakjubkan, para peserta memberi komitmen dan perhatian penuh untuk mempelajari ilmu fardhu kifayah dalam bab pengurusan jenazah. Bukan senang dapat tengok peserta amik perhatian penuh dalam program,apa lagi kalau sudah berstatus atuk n nenek...
ni gambar-gambar ketika aktiviti praktikal pengurusan jenazah

 


















Sabtu, 19 Mac 2011

sambungan perbahasan berkaitan dengan wahabi- sumber ;http://www.kalamnurani.com/2010/06/30/wahabi-salafi-vs-ahli-sunnah-wal-jamaah-dimanakah-kesudahannya/


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ketahuilah bahawa saya berpegang kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah berdasarkan aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Itulah ilmu tauhid yang sampai kepada saya. Ada yang bertanya apa perlunya saya isytihar pegangan saya? Menurut keyakinan saya inilah zamannya, zaman  fitnah yang getir bermula dn pecahnya golongan umat Islam kepada 73 firqah itu menjadi nyata. 72 golongan yang sesat dan hanya 1 yang selamat – golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Sudah tiba masanya anda menyemak susur galur kefahaman (ilmu) dan pegangan akidah anda. Apakah kita boleh berhujah atas keyakinan kita? Inilah ketikanya kita perlu mengambil pendirian atau memilih jalan.
Tulisan ini menyahut cabaran sahabat saya yang berasa bahawa sengketa Wahabi-Ahli Sunnah wal Jammah menjadi semakin sengit sejak akhir-akhir ini. Kritik-kritik balas  semakin pedas dan hangat. Boleh jadi inilah yang dihadapi oleh generasi awal – golongan pondok termasuk arwah ayah dan datuk saya ketika menghadapi kerenah kaum Muda dulu. Satu siri kemelut ilmiah Alam Melayu yang panjang. Sudah kita maklum pegangan akidah di Alam Melayu adalah Ahli Sunnah wal Jammah dari aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Ia dibawa oleh pendakwah dari Hadhramaut yang antaranya dari keturunan Ahlul Bait. Sementara Wahabi-Salafi dinisbahkan pada gerakan ulama’ dari Najd  al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab . Pada asalnya adalah kesinambungan daripada aliran salaf dari jalur pegangan fiqh Imam Ahmad dan tauhid aliran Ibnu Taimiyah. Gerakan ini yang membasmi bidaah dan khurafat secara keras menguasai Tanah Arab dan kini disebarluaskan atas gerakan tajdid. Tanpa mempedulikan adab khilaf serta tenggelam dalam bicara mujadalah maka kembali berlaku pertembungan sengit ini.
Ketika perbalahan Syiah-Sunni masih belum reda sengketa Wahabiyah-Ahli Sunnah wal Jamaah pula bermula (awal dulu pertikaian hanya berkisar pada ibadah amali seperti bacaan qunut dan bacaan ‘usali’ namun kini sudah mula masuk ke persoalan pegangan aqidah). Kini sengketa ini semakin sengit. Ramai yang akan menjadi ‘korban’ – menjadi pongos dan bengis. Ustaz dan pengikut mencerca ikut sedap mulut. Sehinggalah mereka tidak tahu dan kenal batas sempadan adab berkhilaf. Mereka belajar tauhid, mereka belajar feqah tapi seolah-olah tidak pernah belajar akhlak. Hilang adab dan sopan.  Tuduh melulu, kata nista dan menghina. Sungguh ini tidak pernah dianjurkan Nabi saw yang tercinta.
wahabi
Ketahuilah awal segala perbalahan bermula dengan perkara khilafiyyah (perkara ranting bukan pokok) – bacaan Qunut, tahlil, tawassul, talkin, cara solat nabi dan beberapa isu lain lagi. Semua perkara ini sudah dibahas ‘habis’ oleh ulama terdahulu yang muktabar lagi mutjahid termasuklah diantara mereka Imam Mazhab yang Empat. Perkara asas dan pokok tidak diperselisihkan sementara dalam hal cabang mereka berlapang dada. Sehinggalah timbul ulama’ mutakhirin yang datang kemudian (yang tidak mujtahid) membangkitkan ia semula.  Dengan hujah atau kalam perbandingan yang kurang sedap – “siapa lebih benar nabi atau tuan guru awak? Awak nak ikut siapa nabi atau tok sheikh itu? Satu kalimah generalisasi hukum yang berat. Satu perbandingan yang salah dan diluar konteks. Seumpama si anak kecil membandingkan buah epal dengan durian. Sedangkan yang dibahas pada awalnya adalah perkara khilafiyyah bukan pokok. Meletakkan tangan sama ada di dada atau di atas pusat takkanlah sampai dituduh sesat. Belajar dan memahami Sifat 20 dianggap keliru apakah perlu dianggap kolot dan bidaah. Apakah perlu semua ini dihukum bidaah dan tidak sunnah! Diborong sekali dalam satu bakul sampah?
Barangkali ada kesilapan tafsiran serta huraian para ustaz kini dalam memahami teks turath yang digelar kitab kuning;  dari jalur ulama’ kitab kuning itulah yang telah membawa keluar orang melayu Hindu kepada Islam. Kini jalur ilmu baru dari jalur Ibnu Taimiyyah mahu dijuarai dengan alasan jalur ilmu tauhid Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah kolot dan ketinggalan zaman. Benarkah kenyataan dengan mempelajari jalur tauhid Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah umat Islam jadi lemah, keliru dan bengong. Apakah bukti, fakta dan dalilnya?Persoalannya apakah perlu dirombak dan ditukar ganti dari pengajian Sifat 20 kepada tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat, sedangkan kedua-dua jalur ilmu ini tidak disebut secara qaite (putus) dan khusus nama dan istilahnya oleh Nabi dan para sahabat. Apakah mahu dibuat kesimpulan Ibnu Taimiyyah lebih baik dari Imam Hasan Asya’air dan Imam Maturidi. Apakah itu motif disebalik gerakan tajdid?
Topik perbincangan yang asalnya duduk dalam perkara khilaf akhirnya dilonggokkan oleh mereka yang tak beradab dalam kategori bidaah; maka cenderonglah mereka yang melihat orang yang bertahlil itu sebagai sesat.  Menghukum sebagai perkara khilaf sebagai bidaah adalah punca sengketa ini. Di sinilah segala-galanya bermula. Mempertikaikan dengan bongkaknya ‘mana ada nas” “tunjukkan pada saya hadis yang nabi membenarkan majlis tahlil!” Sedangkan telah ada kaedah fekah yang disepakati bahawa dalam perkara baru jika tidak ada nas yang melarang maka hukumnya adalah harus.  Ketahuilah dikalangan ulama’ muktabar telah mengeluarkan pendapat dan sudah ada keputusan, memang ada perbezaan pendapat tetapi ulama’ dahulu menerimanya dengan berlapang dada.
Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman sebagai pendakwah, juga sebagai kadi. Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan sabdanya :
“Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?” Jawab Muaz ,”Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran.” Tanya Rasulullah lagi; “Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?” Kata Muaz; “Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah(Al-Hadith). “Rasulullah bersabda lagi : “Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?”, Jawabnya; “Aku akan berijtihad.” Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah ( Muaz ) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya.”
Bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Akan keluar suatu kaum di akhir zaman, orang-orang muda berfaham jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan “Khairil Bariyah” (Maksudnya dalil atau firman-firman Allah yang di bawa oleh nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya.Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu, lawanlah mereka.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari, lihat kitab Fathul Bari juzu 15, awalsurat 315) Sangat jelas bahwa dalam hadis ini akan ada -menurut Nabi- sekumpulan orang-orang muda yang gemar mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasar dalil Quran dan Hadis, tetapi keimanan mereka tipis sekali dan bahkan keimanan keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya
Menempelak ulama’ silam adalah biadab dan tidak berakhlak. Apa lagi merasakan ilmu mereka lebih hebat dari ulama’ terdahulu itu lebih keji. Merasakan diri lebih baik dari orang lain ada sifat awal kajahatan Iblis. Ketika Iblis merasakan dia lebih baik dari Adam. Menyebut  Iblis teringat saya akan sebutan Iblis dalam hadis ini;
Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman : Mereka berkata : Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman . Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Kemudian Rasulullah bersabda di sanalah berlaku : Zalazilu wal fitan ( malapetaka dan fitnah ) dan di sana juga munculnya tanduk syaitan “ Janganlah kita menyuburkan sifat Iblis dalam diri. Moga Allah melindungi saya dan saudara juga.
Bermula tuduhan apabila pelaku ASWJ dituduh bidaah maka bermulalah serangan hujah balas yang tak sanggup didengar kita. Maka seolah-olah Wahabi -Salfi pula yang diserang sedangkan sengekta ini mereka yang mulakan. Mereka yang ‘draw the first bullet’.
Ada dakwaan tidak enak kaum Wahabi-Salafi terhadap golongan ASWJ yang menerima pakai jalan ilmu tauhid yang dikenal dengan nama Sifat 20 . Sifat 20 adalah hujah dan ijtihad Ulama silam yang muktabar bagi mendepani fitnah dan bidaah dan  Muktazilah, Mujassimah dan lain-lain fahaman. Menerima susunan ilmu Tauhid mengiktu susunan yang betul dari jalur ilmu dan ulama sehingga bertali sampai ke sahabat dan akhirnya Rasulullah itulah jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman dan aliran ilmu yang terputus sanad hanya memetik kitab bukanlah salah tetapi tidak boleh dijadikan hujah ia sebagai bnar dan juara bagi semua ilmu tauhid. Perhatikan hujah ulama yang bersanad lebih cermat dan teliti ASWJ . Berbanding hujah dan kalam membidaahkan orang lain apatah lagi menyesatkan mereka bukan dari akhlak dan adab Nabi saw. Kalam yang merendahkan ulama’ sehingga jatuh setaraf cikgu sekolah  ulama’ tradisional .
Hentikanlah segala perbalahan atas nama kasih sayang dan persaudaran Islam.  Perlukah kita  ber’tegang urat’  atas perkara Kilafiyyah. Tidak tahukah kita berlapang dada. Perlukah kita yang jahil terlibat sama, tidak mengetahui asal punca hujah menjadi jaguh mempertahankan- sehinggalah ahli kariah pecahbelah, sanak saudara bermasam muka, solat sudah tidak sama; maka hentikan perbalahan ini sebelum terlambat! Kita sudah masuk dalam jaring fitnah Iblis yang suka melihat umat Islam beradu domba bercakar sesama.
Bagi wahabi-salafi yang dulunya adalah jejak kaum Muda janganlah mudah menuduh bidaah dan sesat; dan ahli haraki-sufi janganlah pula mudah melatah, peliharalah adab dalam berbalah. Carilah Allah dengan jalan ilmu dan mujahadah bukan dengan jalan mujadalah (berbalah). Inilah pesan indah dari Guru saya Sheikh Ibrahim Mohammad. Dengarkan titipan kisah sejarah pejuang haraki ini yang saya petik dari blog beliau, wallahu’alam.

Wahabi??? semoga kita tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan yang merosakkan aqidah kita

WAHHABI SUATU MESTERI?
Oleh Abu Nur al-Dununiyy al-Ash^ari
(1)
WAHHABI ITU MAZHAB HANBALI?
Ada pihak menyangka bahawa puak Wahhabi itu adalah lanjutan daripada mazhab Hanbali. Soalnya, kenapa ada di kalangan ulama besar dalam mazhab Hanbali sendiri turut menyanggah puak Wahhabi dan tokoh-tokoh rujukan mereka? Jawabnya, kerana tokoh-tokoh tersebut menganut fahaman kufur tajsim dan tashbih dan kerana mereka menyalahi beberapa perkara ijmak. Oleh itu, sebelum kemunculan Ibn Taymiyyah (w. 728 H) dan pergerakan Wahhabi lagi mereka secara umumnya telah digelar sebagai mujassimah mushabbihah.
Antara tokoh mujassimah mushabbihah yang bermazhab fiqh Hanbali atau yang mendakwa bermazhab fiqh Hanbali ialah Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la, Ibn al-Zaghuni, Ibn Taymiyyah al-Harrani, Ibnul-Qayyim al-Jawziyyah, pentaqlid Ibn Taymiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas ajaran Wahhabi dan pengikutnya yang digelar al-Wahhabiyyah atau al-Qarniyyah.
Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Hanbali Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah
1. Al-Imam al-Hafiz al-Mufassir Abul-Farj ^Abdr-Rahman ibn al-Jawzi al-Hanbali (w. 597 H) menyanggah mujassimah mushabbihah seperti Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la dan Ibn al-Zaghuni yang menyelinap dalam institusi mazhab Hanbali melalui kitab beliau:
• Daf^ Shubahit-Tashbih bi-Akuffit-Tanzih fir-Radd ^alal-Mujassimah wal-Mushabbihah
• Al-Bazul-Ashhab al-Munqid ^ala Mukhalifil-Madhhab.
2. Al-Qadi Ahmad ibn ^Umar al-Maqdisi al-Hanbali. Penglibatan beliau dalam menyanggah Ibn Taymiyyah dapat dilihat dalam kitab ^Uyunut-Tawarikh oleh al-Mu’arrikh Ibn Shakir al-Kutbi (w. 764 H) dan Najmul-Muhtadi wa Rajamul-Mu^tadi oleh al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi (w. 725 H).
3. Qadi Qudah al-Madinah al-Munawwarah Abu ^AbdiLlah Muhammad ibn Musallam ibn Malik al-Salihi al-Hanbali (w. 726 H)
4. Al-Hafiz ^Abdur-Rahman ibn Ahmad yang dikenali dengan nama Ibn Rajab al-Hanbali (w. 795 H) menyanggah pendapat Ibn Taymiyyah menyalahi ijmak berkenaan talak tiga sekaligus melalui kitab beliau:
• Bayan Mushkilil-Ahadith al-Waridah fi annat-Talaqath-Thalath Wahidah
5. Al-Shaykh Sulayman ibn ^Abdil-Wahhab al-Hanbali saudara Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas al-Wahhabiyyah menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Sawa^iq al-Ilahiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
• Faslul-Khitab fir-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
6. Al-Shaykh Abul-^Awn Shamsud-Din Muhammad ibn Ahmad ibn Salim yang dikenali sebagai Ibn Safarini al-Nabulusi al-Hanbali (w. 1188 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Ajwibatun-Najdiyyah ^an al-As’ilatin-Najdiyyah
7. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Awdah yang digelar sebagai Sufan al-Qadumi al-Hanbali (w. 1331 H) seorang alim bermazhab Hanbali di Hijaz dan Syam. Beliau menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Rihlatul-Hijaziyyah war-Riyad al-Unsiyyah fil-Hawadith wal-Masa’il
• Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
8. Al-Mufti Mustafa ibn al-Shaykh Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali yang pernah menjawat sebagai Qadi di Dawma (w. 1348 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
• Al-Nuqulush-Shar^iyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
9. Al-Mufti Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
10. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdir-Rahman al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Tahakkumul-Muqallidin bi-man Idd^a Tajdidad-Din
11. Al-Shaykh Ibn ^Abdir-Razzaq al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah kubur Nabi Muhammad melalui kitab beliau:
• Al-Jawabat fiz-Ziyarah
12. Al-Shaykh ^Abdul-Muhsin al-Ashqiri al-Hanbali Mufti di al-Zubayr, Basrah menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah dan tawasul dengan para nabi dan solihin melalui kitab beliau:
• Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
13. Al-Shaykh ^Afifud-Din ibn ^Abdillah ibn Dawud al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• al-Sawa^iq war-Ru^ud
(2)
WAHHABI ITU BENAR TETAPI TIDAK SESUAI DI MALAYSIA?
Ada pihak yang mendakwa bahawa ajaran dan fahaman Wahhabi tidak sesuai di Malaysia meskipun ajaran Wahhabi itu benar. Soalnya, adakah benar ajaran Wahhabi itu hanya tidak sesuai di Malaysia? Adakah betul ajaran Wahhabi itu suatu ajaran yang benar? Jawabnya, ajaran Wahhabi itu bukan tidak sesuai di mana-mana tempat pun di dunia ini dan bukan suatu ajaran yang benar kerana seluruh tokoh besar ulama empat mazhab menolak aqidah kufur tajsim yang merupakan salah satu ajaran dan fahaman sesat Wahhabi.
Setelah senarai ulama mazhab Hanbali di atas, berikut adalah senarai ulama mazhab Shafi^i, Maliki dan Hanafi yang menolak aqidah tajsim dan tashbih serta beberapa fahaman sesat yang lain yang dibawa oleh puak mujassimah mushabbihah sebelum zaman al-Mujassim Ibn Taymiyyah sehingga zaman kewujudan al-Mujassimah al-Wahhabiyyah.
Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Shafi^i Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah
1. Sultanul-^Ulama’ ^Izzud-Din ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdis-Salam al-Sulami (w. 660 H) menyanggah puak mujassimah yang berselindung di sebalik slogan aqidah Salaf dan aqidah al-Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab beliau:
• Al-Milhah fi I^tiqad Ahlil-Haqq
• Al-Radd ^alal-Mubtadi^ah wal-Hashwiyyah
2. Al-Qadi al-Mufassir Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama^ah al-Shafi^i (w. 733 H)
3. Al-Shaykh al-Faqih Nurud-Din ^Ali ibn Ya^qub al-Bakri al-Shafi^i (w. 724 H)
4. Al-Shaykh Kamalud-Din Muhammad ibn Abil-Hasan ^Ali al-Siraj al-Rifa^i al-Qurashi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
• Tuffahul-Arwah wa Fattahul-Arbah
5. Al-Shaykh al-Faqih Shamsud-Din Muhammad ibn ^Adlan al-Shafi^i (w. 749 H). Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya Ibn Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya Allah di atas Arasy dengan sifat atas yang hakiki dan sesungguhnya Allah berkata-kata dengan suatu huruf dan suatu suara”.”.
6. Al-Imam al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyyud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 756 H) menyanggah al-Mujassim Ibn Taymiyyah al-Harrani dalam pelbagai masalah melalui kitab-kitab beliau:
• Al-I^tibar bi-Baqa’il-Jannah wan-Nar
• Al-Durratul-Madiyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
• Shifa’us-Saqam fi Ziyarah Khayril-Anam
• Al-Nazarul-Muhaqqaq fil-Halaf bit-Talaqil-Mu^allaq
• Naqdul-Ijtima^ wal-Iftiraq fi masa’ilil-Ayman wat-Talaq
• Al-Tahqiq fi Mas’alatit-Ta^liq
• Raf^ush-Shiqaq ^an Mas’alatit-Talaq
7. Al-Qadi Safiyud-Din al-Hindi al-Shafi^i (w. 715 H)
8. Al-Muhaddith al-Mufassir al-Usuli al-Faqih Muhammad ibn ^Umar ibn Makki yang dikenali sebagai Ibn al-Murahhil al-Shafi^i (w. 716 H)
9. Al-Faqih al-Muhaddith ^Ali ibn Muhammad al-Baji al-Shafi^i (w. 714 H) pernah berdebat dengan Ibn Taymiyyah di empat belas tempat dan beliau mengalahkannya.
10. Al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi al-Shafi^i (w. 725 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitabnya:
• Najmul-Muhtadi wa Rajmul-Mu^tadi
11. Al-Qadi al-Shaykh Kamalud-Din ibn al-Zamlakani al-Shafi^i (w. 727 H) berdebat dengan Ibn Taymiyyah dengan dua risalah iaitu pertama dalam masalah talak tiga sekaligus dan kedua dalam masalah ziarah.
12. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Yahya al-Kilabi al-Halabi yang dikenali sebagai Ibn Jahbal al-Shafi^i (w. 733 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam tulisan beliau:
• Risalatun fi Nafyil-Jihah
13. Al-Faqih al-Muhaddith Jalalud-Din Muhammad al-Qazwini al-Shafi^i (w. 739 H)
14. Al-Hafiz al-Dhahabi al-Shafi^i (w. 748 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam dua tulisan beliau:
• Bayan Zaghlil-^Ilm wat-Talab
• Al-Nasihat al-Dhahabiyyah
15. Al-Hafiz al-Faqih al-Usuli Abu Sa^id Khalil Salahud-Din al-^Ala’i al-Shafi^i (w. 761 H) mencela Ibn Taymiyyah dalam kitab Dhakh’irul-Qasr fi Tarajum Nubala’il-^Asr oleh Ibn Tulun di halaman 32 – 33. Al-Hafiz al-^Ala’I juga menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Ahadith Ziayarah Qabrin-Nabi
16. Al-Faqih al-Shaykh Tajud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 771 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Tabaqatush-Shafi^iyyatil-Kubra
17. Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i (w. 852 H) mendedahkan pandangan ulama terhadap kesesatan Ibn Taymiyyah dan beliau sendiri menyanggah pendapat Ibn Taymiyyan melalui kitab-kitab beliau:
• Al-Durarul-Kaminah fi A^yanil-Mi’atith-Thaminah
• Lisanul-Mizan
• Fathul-Bari Sharh Sahih al-Bukhari
• Al-Isharah bi-Turuq Hadithiz-Ziyarah
• Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
18. Al-Faqih al-Mu’arrikh Ibn Qadi Shuhbah al-Shafi^i (w. 851 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Tarikh Ibn Qadi Shuhbah
19. Al-Faqih al-Shaykh Taqiyyud-Din Abu Bakr al-Hisni al-Shafi^i (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan mendedahkan kesepakatan ulama empat mazhab sezaman di atas kekufuran Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
• Daf^ Shubah Man Shabbaha wa Tamarrad wa Nasaba Dhalika ilal-Imam Ahmad
20. Al-Hafiz al-Sakhawi al-Shafi^i (w. 902 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
• Al-I^lan bit-Tawbikh li-man Zhammat-Tarikh
21. Al-Shaykh Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi^i (w. 974 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Fatawal-Hadithiyyah
• Al-Jawharul-Munazzam fi Ziyaratil-Qabril-Mu^azzam
22. Al-Shaykh ^Abdur-Ra’uf al-Munawi al-Shafi^i (w. 1031 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Sharhush-Shama’il lit-Tirmidhi
23. Al-Muhaddith Muhammad ibn ^Ali ibn ^Illan al-Siddiqi al-Makki al-Shafi^i (w. 1057 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Mubarridul-Mubki fi Raddis-Sarimil-Munki
24. Al-Shaykh ^Abdullah ibn ^Abdul-Latif al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau telah menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab melalui kitab beliau:
• Tajrid Sayfil-Jihad li-Muda^il-Ijtihad
25. Al-Shaykh Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab dalam kitab beliau:
• Al-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
26. Al-Mufti al-Sayyid Ahmad ibn Zayni Dahlan al-Shafi^i (w. 1304 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam melalui kitab beliau:
• Al-Durarus-Sunniyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
• Fitnatul-Wahhabiyyah
27. Al-^Allamah Barakat al-Ahmadi al-Makki al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Raddun ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
28. Al-Shaykh Muhammad Salih al-Zamzami al-Shafi^i imam di Maqam Ibrahim di Mekah
• Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
29. Al-^Allamah al-Sayyid Yusuf al-Batah al-Ahdal al-Zabidi al-Makki al-Shafi^i (w. 1246 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Risalatun fi Jawazil-Istighathah wat-Tawassul
30. Al-Shaykh Zaynul-^Abidin ibn Muhammad al-Fatani mendedahkan dan menolak kesesatan puak mujassimah di zaman beliau dalam kitab beliau:
• Irshadul-^Ibad ila Sabilir-Rashad
31. Al-Shaykh Ahmad Khatib ibn ^Abdul-Latif al-Minankabawi imam mazhab Shafi^i di Masjidil-Haram menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Khattul-Mardiyyah fi Radd Shubhah Man Qal bi-Bid^atit-Talaffiz bin-Niyyah
32. Al-Shaykh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali al-Jawi al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Qutufatus-Sunniyyah li-Man^ Ba^d ma fil-Fawa’idil-^Aliyyah
33. Al-Musnid al-Habib al-Sayyid Abul-Ashbal Salim ibn Husayn ibn Jindan al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1389 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Khulasatul-Kafiyah fil-Asanidil-^Aliyah
34. Al-Faqih al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir al-Haddad al-Hadrami al-Shafi^i Mufti Negeri Johor mendedahkan kesesatan puak al-Wahhabiyyah yang digelar Kaum Muda dalam kitab beliau:
• Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor
35. Al-^Allamah al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Ahmad al-Haddad al-Shafi^i (w. 1222 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Sayful-Batir li-^Unuqil-Munkir ^alal-Akabir
• Misbahul-Anam wa Jila’uz-Zalam fi Radd Shubahil-Bid^iyyil-Najdiyyillati Adalla bi-hal-^Awam
36. Al-Shaykh Salamah al-^Azami al-Quda^i al-Misri al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Furqanul-Qur’an bayn Sifatil-Khaliq wa Sifatil-Akwan. Dalam kitab ini beliau menyanggah aqidah tajsim Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah.
• Al-Barahinus-Sati^ah fi Radd Ba^dil-Bida^ish-Sha’i^ah
• Maqalat fi Jaridatil-Muslim (al-Misriyyah)
• Risalatun fi Ta’yid Madhhabis-Sufiyyah war-Radd ^alal-Mu^taridin ^alayhim
37. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Ali al-Basri al-Qabbani al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
• Faslul-Khitab fi Radd Dalalat Ibn ^Abdil-Wahhab
38. Al-Shaykh ^Uthman ibn al-^Umari al-^Aqili al-Shafi^I menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
• Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
39. Al-Shaykh al-Kiyahi Ihsan ibn Muhammad Dahlan al-Jamfasi al-Kadiri al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Sirajut-Talibin ^ala Minhajil-^Abidin ila Jannah Rabbil-^Alamin
40. Al-Shaykh al-Kiyahi Sirajud-Din ^Abbas al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1401 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• I^tiqad Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
• Arba^inil-Masa’il-Diniyyah: Empat Puluh Masalah Agama
41. Al-Shaykh al-Kiyahi ^Ali Ma^sum al-Jukjawi al-Shafi^i (w. 1410 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Hujjah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
42. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad ^Abdul-Halim al-Qindili al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
43. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad Makki ^Abdullah Mahfuz al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Hisnus-Sunnah wal-Jama^ah fi Ma^rifah Firaq Ahlil-Bida^
44. Al-Shaykh al-Kiyahi Muhammad Shafi^I Hadhami ibn Muhammad Salih Ra’idi al-Indunisi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Jakarta (1990 – 2000 R) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Tawdihul-Adillah
45. Al-Hafiz al-Muhaddith al-Zahid al-Shaykh ^Abdullah ibn Muhammad al-Harari al-Abdari al-Shaybi al-Rifa^i al-Shafi^i (w. 1429 H) mufti di Harar, Habsyah menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab-kitab beliau:
• Al-Maqalatus-Sunniyyah fi Kashf Dalalat Ahmad ibn Taymiyyah
• Sarihul-Bayan fir-Radd ^ala Man Khalafal-Qur’an
• Al-Tahdhirush-Shar^iyyil-Wajib
Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Maliki Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah
1. Al-Qadi Muhammad ibn Abi Bakr al-Maliki
2. Al-Faqih al-Mutakallim al-Sufi al-Shaykh Tajud-Din Ahmad ibn ^Ata’iLlah al-Iskandari al-Shadhili (w. 709 H)
3. Qadi Qudah al-Malikiyyah ^Ali ibn Makhluf (w. 718 H). Beliau pernah berkata: “Ibn Taymiyyah berkata dengan aqidah tajsim dan di sisi kami barangsiapa yang berpegang dengan iktikad ini telah kafir dan wajib dibunuh”.
4. Al-Faqih al-Rahhalah Ibn Battutah (w. 779 H) mendedahkan kesesatan Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Rihlah Ibn Battutah
5. Al-Hafiz Waliyyud-Din Abu Zur^ah Ahmad ibn ^Abdur-Rahim al-^Iraqi al-Maliki (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
6. Al-Shaykh ^Umar ibn Abil-Yaman al-Lakhmi al-Fakihi al-Maliki (w. 734 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
• Al-Tuhfatul-Mukhtarah fir-Radd ^ala Munkiriz-Ziyarah
7. Al-Shaykh ^Isa al-Zawawi al-Maliki (w. 743 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
• Risalatun fi Mas’alatit-Talaq
8. Shaykh Ifriqiya Abu ^Abdullah ibn ^Arafah al-Tunisi al-Maliki (w. 803 H)
9. Al-Shaykh Ahmad Zaruq al-Fasi al-Maliki (w. 899 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
• Sharh Hizbil-Bahr
10. Al-Shaykh Muhammad al-Razqani al-Maliki (w. 1122 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Sharhul-Mawahibil-Laduniyyah
11. Al-Shaykh Idris ibn Ahmad al-Wazani al-Fasi al-Maliki (dilahirkan pada 1272 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Nashrut-Tayyib ^ala Sharhish-Shaykh al-Tayyib
12. Mufti al-Madinah al-Munawwarah al-Shaykh al-Muhaddith Muhammad al-Khadir al-Shanqiti al-Maliki (w. 1353 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Luzumut-Talaqith-Thalath Daf^ahu bi-ma la Yastati^ul-^Alim Daf^ahu
• Qam^ Ahllz-Zaygh wal-Ilhad ^anit-Ta^n fi Taqlid A’immatil-Ijtihad
13. ^Alim Makkah Muhammad al-^Arabi al-Tabban al-Maliki (w. 1390 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Bara’atul-Ash^ariyyin min ^Aqa’idil-Mukhalifin
14. Al-Hafiz al-Mujtahid al-Shaykh al-Sayyid Ahmad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1380 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam ktab beliau:
• Hidayatus-Sughara’
• Al-Qawlul-Jali
• Ihya’ul-Maqbur min Adillah Istihbab Bina’il-Masajid wal-Qubab ^alal-Qubur
15. Al-Muhaddith al-Shaykh al-Sayyid ^Abdullah ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1413 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau:
• Itqanus-Sin^ah fi Tahqiq Ma^nal-Bid^ah
• Al-Subhus-Safir fi Tahqiq Salatil-Musafir
• Al-Rasa’ilul-Ghumariyyah
16. Al-Shaykh al-Mashraqi al-Jaza’iri al-Maliki menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Izharul-^Uquq min-man Mana^at-Tawassul bin-Nabi wal-Waliyyis-Saduq
17. Shaykhul-Islam di Tunisia al-Shaykh Isma^il al-Tamimi al-Maliki (w. 1248 H) menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Radd ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
18. Al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Hashiyatus-Sawi ^ala Tafsiril-Jalalayn
19. Al-Shaykh Ibrahim ibn ^Abdil-Qadir al-Tarabulusi al-Riyahi al-Tunisi al-Maliki (w. 1266 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
20. Al-Shaykh Muhammad al-Sa^di al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Risalatul-Mardiyyah fir-Radd ^ala Man Munkiriz-Ziyaratil-Muhammadiyyah
21. Al-Shaykh Yusuf ibn Ahmad al-Dijwi al-Azhari al-Maliki (w. 1365 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau:
• Risalatun fi Tasarrufil-Awliya’
• Al-Maqalat
22. Al-Shaykh ^Ali ibn Muhammad al-Mayli al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki menyanggah aqidah tajsim puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Suyuful-Mashraqiyyah li-Qat^ A^naqil-Qa’ilin bil-Jihah wal-Jismiyyah
23. Al-Shaykh ^Abdul-^Aziz al-Qurashi al-^Alji al-Ahsa’i al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui tulisan beliau:
• Qasidatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
Senarai Ulama Mazhab Hanafi Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah
1. Al-Qadi Muhammad ibn al-Hariri al-Ansari al-Hanafi
2. Qadil-Qudah di Mesir al-Shaykh Ahmad ibn Ibrahim al-Saruji al-Hanafi (w. 710 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
• I^tiradat ^ala Ibn Taymiyyah fi ^Ilmil-Kalam
3. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Uthman al-Turkamani al-Juzjani al-Hanafi (w. 744 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Abhathul-Jaliyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
4. Al-^Allamah al-Shaykh ^Ala’ud-Din al-Bukhari al-Hanafi (w. 841 H) mengkafirkan Ibn Taymiyyah dan mengkafirkan sesiapa yang menamakannya sebagai Shaykhul-Islam dalam keadaan mengetahui kekufurannya. Ini telah disebut oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitab beliau al-Daw’ul-Lami^.
5. Al-Shaykh Muhammad ibn Ahmad Hamidid-Din al-Farghani al-Dimashqi al-Hanafi (w. 867 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
• Al-Radd ^ala Ibn Taymiyyah fil-I^tiqad
6. Al-Qadi al-Bayadi al-Hanafi (w. 1098 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
• Isharatul-Maram min ^Ibaratil-Imam
7. Al-Shaykh al-Mulla ^Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
• Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
8. Al-Shaykh Ahmad al-Khafaji al-Misri al-Hanafi (w. 1069 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
• Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
9. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi (w. 1143 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam banyak kitab beliau.
10. Al-Shaykh Muhammad Bakhit al-Muti^i al-Hanafi pernah menjadi mufti di Mesir (w. 1354 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
• Tathirul-Fu’ad min Danasil-I^tiqad
11. Al-^Allamh al-Shaykh Muhammad Zahid al-Kawthari al-Hanafi (w. 1371 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Kitab Maqalatil-Kawthari
• Al-Ta^aqqubul-Hathith li-ma Yanfi-hi Ibn Taymiyyah minal-Hadith
• Al-Buhuthul-Wafiyyah fi Mufradat Ibn Taymiyyah
• Al-Ishfaq ^ala Ahkamit-Talaq
• Tahdhirul-Khalaf min Makhazi Ad^iya’is-Salaf
• Muhiqqul-Taqawwul fi Mas’alatit-Tawassul
12. Al-Shaykh Nu^man ibn Mahmud Khayrid-Din yang dikenali sebagai Ibn al-Alusi al-Baghdadi al-Hanafi (w. 1317 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Ajwibatun-Nu^maniyyah ^anil-As’ilah al-Hindiyyah fil-^Aqa’id
13. Al-Faqih al-Shaykh ^Ata al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Aqwalul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
14. Al-Muhaddith al-Shaykh Tahir Sunbul al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Al-Intisar lil-Awliya’il-Abrar
15. Al-Shaykh Muhammad al-Nafilati al-Hanafi mufti di al-Quds al-Sharif (masih hidup pada tahun 1315 H) menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:

16. Al-Shaykh HamduLlah al-Dajiwi al-Hindi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-Basa’ir li-Munkiri al-Tawassul bi-Ahlil-Maqabir
17. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Ibrahim al-Miraghni al-Hanafi yang mendiami Ta’if menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
• Tahridul-Aghniya’ ^alal-Istighathah bil-Anbiya’ wal-Awliya’
18. Al-Shaykh Dawud ibn Sulayman al-Baghdadi al-Naqshabandi al-Hanafi (w. 1299 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Sulhul-Ikhwan fir-Radd ^ala Man Qal ^alal-Muslimin bish-Shirk wal-Kufran
• Al-Mihnatul-Wahbiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
19. Al-Shaykh Muhammad Amin yang lebih dikenali sebagai Ibn ^Abidin al-Dimashqi al-Hanafi menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
• Raddul-Muhtar ^alad-Durril-Mukhtar
20. Al-Shaykh ^Abdur-Rahman al-Hindi al-Dilhi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
• Rawdul-Majal fir-Radd ^ala Ahlid-Dalal
21. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Abdil-Ahad al-Faruqi al-Naqshabandi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
• Al-^Aqa’idut-Tis^
(3)
WAHHABI SUATU PERKARA KHILAFIYYAH?
Perkara khilafiyyah ialah perkara yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama mujtahidin seperti perselisihan di antara empat imam mazhab yang utama. Khilafiyyah seperti ini suatu yang dibenarkan kerana berlaku dalam lingkungan perkara furu^iyyah (cabangan) dan ¬ijtihad ulama mujtahidin. Manakala tiada seorang tokoh pun di kalangan Wahhabiyyah yang bertaraf mujtahid. Oleh itu, jika ada yang mendakwa bahawa Wahhabi ialah puak yang tidak bermazhab Shafi^i seperti tidak membaca qunut solat Subuh dan menghukum amalan tersebut sebagai bidaah, maka takrifan ini tidak tepat. Kenapa? Kerana seluruh tokoh besar selain mazhab Shafi^i iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali yang tidak mengamalkan qunut itu pun turut menolak puak Wahhabi seperti senarai di atas. Ini menunjukkan bahawa perselisihan Wahhabi bukan setakat dengan mazhab Shafi^i sahaja. Malah, mereka berselisih pendapat dengan empat mazhab yang muktabar. Bahkan, sebenarnya puak Wahhabi menyalahi ijmak ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dalam perkara aqidah dan syariat. Maknanya, persoalan Wahhabi tidak wajar dianggap perkara khilafiyyah, bahkan, sewajarnya Wahhabi ini dianggap telah mencarik ijmak.
Antara perkara aqidah yang telah diijmakkan dan puak Wahhabi menyalahinya ialah aqidah bahawa Allah ada tanpa bertempat. Puak Wahhabi beranggapan bahawa kewujudan Allah mesti bertempat kerana bagi mereka sesuatu yang tidak bertempat ada suatu yang tiada. Maha suci Allah… Ini suatu kesesatan dan kekufuran yang nyata!!!
(4)
WAHHABI SUATU MISTERI?
Tulisan ini tidak mampu menyenaraikan semua tokoh yang menyanggah puak mujassimah kerana sangat ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang menyanggah puak mujassimah mushabbihah terutama daripada kalangan empat mazhab Hanafi, Maliki, Shafi^i dan Hanbali sedari kemunculan bidaah aqidah tajsim sehingga kini yang digelar al-Wahhabiyyah.
Aqidah tajsim dan tashbih yang dibawa oleh Wahhabiyyah dengan dicanangkan bahawa mereka membawa aqidah al-salaf al-salih telah pun dibuat oleh beberapa tokoh mujassimah sebelum ini. Mereka menyelinap masuk ke dalam empat institusi mazhab fiqh muktabar. Institusi mazhab fiqh yang paling ramai dimasuki puak mujassimah ini ialah institusi mazhab Hanbali sedangkan al-Imam Ahmad ibn Hanbal berlepas diri dari kesesatan mereka.
Selain label aqidah salaf, pada zaman sekarang puak mujassimah ini selalu berselindung di sebalik slogan yang baik yang lain seperti menolak bid^ah, kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, Darul-Sunnah, ijtihad, tajdid, Mazhab Shafi^i tulin dan lain-lain lagi.
Selayaknya untuk ditegaskan di sini ialah aqidah tajsim dan tashbih suatu aqidah kufur yang sangat berbahaya kepada umat Islam. Oleh kerana seluruh tokoh utama mazhab sepanjang zaman menolak aqidah sesat dan kufur ini, maka anda jangan terpengaruh dengan dakwaan dan sangkaan bahawa Wahhabi suatu ajaran yang benar cuma tidak sesuai di Malaysia serta mendakwa polemik Wahhabi ini hanya melibatkan masalah khilaf mazhab sahaja.
Akhirnya, jauhilah sesiapa yang berkata: “Wahhabi suatu istilah misteri”, atau “Saya tidak tahu apa itu Wahhabi”, atau “Jika pandangan saya sedikit berbeza dengan JAIS atau mazhab Shafi^i itu dianggap Wahhabi, maka ramailah orang Wahhabi!”, atau “Wahhabi suatu label yang direka oleh penjajah untuk memecahbelahkan umat Islam” sedangkan dia beraqidah tajsim (seperti mereka yang berpegang dengan zahir nas-nas mutashabihat bahawa Allah ada anggota tangan, kaki dan muka dan bahawa Allah duduk di atas Arasy atau bertempat di atas Arasy dan langit). Sebenarnya kata-kata seumpama itu adalah suatu pembohongan yang bertujuan untuk memisterikan kewujudan al-Wahhabiyyah di pandangan orang ramai, sedangkan sedari awal kemunculan al-Wahhabiyyah sehingga kini ramai ulama empat mazhab telah pun mendedahkan sejarah kesesatan mereka.

sejarah Salafiah dan Wahabiah

Salafiah
Selepas lahir pelbagai teori mengenai akidah, lahir fahaman-fahaman yang bukan sahaja berhujah dengan logik tetapi juga menggunakan falsafah. Maka lahir pula dalam masyarakat Islam orang-orang yang mahu supaya kembali pada sumber asal sahaja. Mereka muncul pada zaman terkini iaitu pada kurun ke tujuh Hijrah. Sebenarnya, mereka adalah daripada aliran Imam Ahmad bin Hanbal dan teori itu dihidupkan semula. Tokoh yang terkemuka adalah Imam Ibnu Taimiyah. Beliau dan pengikut-pengikut menentang keras golongan yang cuba menghurai ayat-ayat yang mutashabihat. Golongan ini mahu supaya ayat-ayat yang mutashabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks yang jelas dalam al-Quran dan hadis. Antara ayat-ayat yang mutashabihat seperti nuzul (turun), istiwak (bersemanyam), al-dhahaq (ketawa) dan lain-lain dengan tidak menyamakan Allah dengan makhluk. Selain itu, mereka membangkitkan kembali isu amalan masyarakat dengan huraian-huraian yang panjang mengenai dengan perkara-perkara yang membawa kepada syirik, seperti kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam perkara tawassul (mohon perantaraan), ziarah kubur dan sebagainya.
Mereka juga tegas menentang penggunaan ilmu logik menyebabkan golongan salaf yang baru ini bergeser dengan fahaman Asya’irah dan Maturidiah yang menjadikan ilmu logik sebagai sebahagian daripada perbincangan akidah. Golongan salaf ini menolak huraian ayat-ayat mutashabihat yang dilakukan oleh Asya’irah dan Maturidiah. Ibnu Taimiyah yang hidup pada abad yang ketujuh Hijrah menjadi tokoh terkemuka dengan mengemukakan hujah-hujah melalui buku-buku yang karangannya.
Oleh kerana aliran ini dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal, mereka hanya meneruskan aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad. Beliau ingin perbincangan dan pengajian akidah dikembalikan seperti zaman Nabi Muhammad, para sahabat dan tabi’in. Walaupun ada cabaran baru yang tidak ada pada zaman mereka, kadang-kadang hujah logik dan falsafah perlu digunakan bagi menolak hujah golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariah dan sebagainya.

Wahabiah
Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud. Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.
Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Semasa mereka menguasai Mekah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.
Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah. Fahaman ini disokong oleh gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmad di Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

Kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
10 November 2006

Isnin, 14 Mac 2011

Perjalanan Dunia Menuju Kiamat

assalamualaikum para pembaca sekalian.
berdasarkan tajuk di atas,sudah pasti ramai yang akan berfikir usia bumi ini akan tiba di penghujungnya(kiamat).
Setiap yang beragama mempercayai kiamat,dan kita sebagai umat islam juga wajib mempercayai kiamat kerana ianya rukun iman yang wajib diimani oleh setiap umat islam. Gambaran kiamat itu sangat dahsyat sekali,apatah lagi kita sudah dibayangi oleh filem- filem daripada Hollywood( the armagaddon,2012,dll) yang mengambarkan kiamat,bahkan sudah jelas termaktub dalam kitab AlQuran bahawa kiamat itu pasti akan terjadi.
Berdasarkan hadis-hadis sahih Rasulullah SAW dan Ayat Al Quran telah memberitakan tentang kejadian kiamat secara terperinci;



“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”
(Al-Qaari’ah : 4-5)
Pada hari itu penduduk bumi ada yang terpelanting berselerak ke udara. Gunung-ganang juga tercabut dan terpelanting ke langit lalu terpecah-pecah. Keadaan gunung-ganang itu samalah seperti pertunjukan bunga api yang biasa kita lihat sempena pesta-pesta.

Ayat 3: Kejadian (hari kiamat) yang merendahkan dan meninggikan.
Ayat 4: Semasa bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya.
Ayat 5: Dan gunung-ganang dileburkan dengan selebur-leburnya.
Ayat 6: Lalu jadilah ia debu yang berterbangan.”
(Al-Waaqi’ah: 3-6)

Ada ulama mentafsirkan “Kejadian yang merendahkan dan meninggikan” itu sebagai merendahkan (menghinakan) orang-orang yang engkar dan meninggikan (memuliakan) orang-orang yang soleh. Maksudnya ayat itu mengisahkan kiamat selepas hari kehancuran iaitu HARI KEBANGKITAN. Memanglah pada hari kebangkitan makhluk-makhluk yang engkar akan dihina manakala yang taat akan dimuliakan.


Ayat 10: “Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.”
Ayat 11: “Dan apabila langit ditanggalkan.”
(At-Takwiir: 10-11)

Ayat ke-10 menceritakan HARI KEBANGKITAN kerana surat-surat amal dibentangkan pada hari kebangkitan manakala ayat ke-11 menceritakan keruntuhan langit iaitu pada hari kemusnahan. 

Apa yang pasti, peristiwa yang berlaku pada hari kehancuran itu ada MERENDAHKAN SESUATU dan MENINGGIKAN SESUATU. Boleh jadi ia menceritakan keadaan alam semesta yang menjadi tidak seimbang, ada bahagian yang terperosok dan ada bahagian yang meledak.
Wallahualam.

Pada hari itu bumi bergoncang dengan sangat kuat, goncangan yang membuatkan gunung-ganang hancur lebur hingga menjadi debu yang berterbangan. Bayangkanlah, gunung-ganang yang besar lagi teguh pun hancur menjadi debu. Gunung-ganang ini bukan terhambur setakat ruang angkasa bumi, tetapi hingga ke angkasa lepas.

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”
(Al-Zalzalah: 1-2)

Pada hari kehancuran itu bumi bergegar dengan gegaran yang sangat dahsyat. Bumi juga pecah lalu terhamburlah segala yang ada di dalam perut bumi.

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)

Hal ini memang sangat mengerikan. Bayangkan kita melihat langit terbelah dari timur ke barat. Bumi menjadi rata kerana apa saja yang ada di atas permukaannya termasuklah gunung-ganang sudah terhambur ke angkasa. Selepas itu barulah isi perut bumi meledak dan mengeluarkan segala kandungannya. Akhirnya bumi pun turut hancur-lebur, kosong...

“Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.”
(Al-Infitaar: 1-3)

Pada mulanya langit terbelah. Kemudian ada bintang-bintang dan planet-planet jatuh berguguran ke bumi (melanggar bumi). Ketika itu lautan pun bergelodak dengan hebatnya akibat gangguan graviti dan hentaman bintang-bintang.

“Apabila matahari dilingkari cahayanya. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa.”
(At-Takwir: 1-3)

Boleh jadi ia bersangkutan dengan fenomena Red Giant & Supernova (akan kita bincangkan kemudian). Namun kita ada sedikit gambaran berpandukan ayat berikut:

"(Dia) menjadikan malam MELINGKARI siang dan menjadikan siang MELINGKARI malam..."
(Az-Zumar: 5)

'MELINGKARI' pada ayat ini lebih kepada MENUTUP ataupun MENGALAHKAN. Wallahualam. 

Pada hari itu ada bintang-bintang (termasuklah planet-planet) gugur berselerak dan menimpa bumi menyebabkan gunung-ganang tercabut lalu terpelanting ke angkasa.

Begitulah antara gambaran hari yang amat dahsyat itu menurut al-Quran.

Menurut hadis Rasulullah SAW;

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman
Kini bumi berada dalam keadaan nazak seperti mana yang telah diceritakan Baginda SAW tentang usia Dunia(Bumi) ketika peristiwa israk mikraj.
"Nabi menjumpai seorang perempuan yang sangat tua dan bertongkat. Perempuan itu berkata kepada Nabi, “Aku adalah dunia, lihatlah betapa tuanya aku sekarang. Usiaku akan habis tidak lama lagi”. Ketika itu usia bumi tersangat tua. "
Bayangkan usia dunia(bumi) pada ketika ini yang sudah terlalu nazak berdasarkan gambaran usia dunia pada zaman Baginda SAW yang sudah berlalu 1,432 tahun yang lalu,
Rasanya ramai yang tahu keadaan itu,tetapi perbincangan sebenarnya ialah tanda2 kiamat yang sudah berlaku agar kita lebih bersedia menghadapi kiamat kecil(mati) dan Kiamat besar( kehancuran semesta). 


Tanda besar kiamat itu sudah pun dalam proses untuk terjadi(akan berlaku)
1. Gempa bumi di barat,
2. Gempa bumi di semenanjung arab
3. Gempa bumi di timur


Gempa bumi yang telah berlaku di Jakarta, China dan Jepun membuktikan bahawa petanda gempa bumi yang akan berlaku di Timur sudah pun berlaku.
Manakala gempa bumi yang berlaku di Iran pula seakan menyamai maksud gempa bumi di semenanjung arab,tetapi sebenarnya ia bukan seperti yang disangka kerana kedudukan negara iran dalam peta dunia ialah Timur Tengah ( Iran (atau Persia) (bahasa Persia: ایران) adalah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di Asia Barat Daya. Meski di dalam negeri negara ini telah dikenal sebagai Iran sejak zaman kuno, hingga tahun 1935 Iran masih dipanggil Persia di dunia Barat.
Iran berbatasan dengan Azerbaijan (500 km) dan Armenia (35 km) di barat laut dan Laut Kaspia di utara, Turkmenistan (1000 km) di timur laut, Pakistan(909 km) dan Afganistan (936 km) di timur, Turki (500 km) dan Irak (1.458 km) di barat, dan perairan Teluk Persia dan Teluk Oman di selatan.-sumber wikipedia)  


Maka dengan berlakunya gempa bumi di Timur, tinggal lagi gempa bumi yang akan berlaku di Semenanjung Arab, dan di Barat. Bila akan berlaku? mungkin dalam tempoh terdekat ini juga..kerana hadis nabi itu bukan dusta..beruntunglah kita kerana telah diberitakan AMARAN Tuhan sebelum berlakunya bala Tuhan itu...