Assalamualaikum w.b.t
ini adalah perkongsian intipati usrah remaja islam pada camping bru ni di Purakogis Kibbas Ranau.
Islam kian hilang di hati dan kehidupan remaja dan juga ummat islam masakini..
1- kefahaman konsep beragama dalam kehidupan terlalu kurang dan ada yang menganggap agama cuma penghalang kepada kemajuan dan juga sosial masyarakat moden.
2- budaya - budaya @ perintah dan larangan agama telah dilupakan dan diremeh-temehkan oleh ummat islam yang terpengarauh dengan fahaman sekular secara halus seperti zaman Presiden Kamal Artartuk di Turki.
3- hak orang islam telah dipijak dan diketepikan oleh pemimpin islam sendiri yang lupa pada Tuhan dan juga terlalu mengikut budaya barat.
4- terlalu mengikut hawa nafsu disebabkan rasa mahu mencuba keseronokkan sementara,apatah lagi di usia remaja telah terdedah dengan perkara yang tidak senonoh.
5- budaya hidoisme yang melampau sehingga lupa kepada peringatan.
6- ramai manusia berusaha ke neraka, kurang yang berusaha untuk masuk ke syurga- ceramah ust Hainin Abdullah (JHEAINS)
Jihad ada banyak jenis,tetapi ramai yang menganggap fisabilillah cuma mengangkat pedang,yakni berperang. Tetapi maksud sebenar jihad adalah berjuang dalam segala aspek, iaitu melawan hawa nafsu, menuntut ilmu ,membangun ekonomi,mempertahankan agama dari sudut aqidah,maruah,kesucian dan kedaulatan, menyebarkan(dakwah), berkasih sayang sesama makhluk, menunaikan tanggungjawab agama dan pendek kata seluruh kehidupan ini adalah persediaan menuju akhirat dengan niat lillahitaa'la.
Isnin, 29 November 2010
Jumaat, 12 November 2010
Isnin, 8 November 2010
doa buat sahabat-sahabat seperjuanganku(pepias,abim,remaja islam ranau,warisan persahabatan malaysia,belia islam ranau.)
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin..

Ahad, 7 November 2010
ya Allah..cacatkan aku..
Ya Allah,
Butakan mataku,
agar aku tidak melihat susuk giur menggoda,
Pekakkan telingaku,
agar aku tidak mendengar umpatan dan fitnah,
Tempangkan kakiku,
agar aku tidak bisa berjalan ke lubang maksiat,
Kudungkan tanganku,
agar aku tidak bisa mengambil hak saudaraku,
Bisukan aku,
agar tidak berbuat fitnah,mengupat dan beromong kosong.
Hodohkan mukaku
agar aku tidak sombong dengan RahmatMu,
Ujilah aku dengan musibahMu,
agar aku tidak riak dalam amalanku..
Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Suburkan hatiku dengan CintaMu
agar hatiku tidak bisa bercinta dengan makhluk
Hadirkan rinduku pada Mu
agar aku tidak merindu makhluk,
Teguhkan jiwaku dengan iman
agar aku tidak hilang pedoman,
Luruskan jalanku dengan agamaMu,
agar aku terus berjalan kepada Mu,
Ya Allah yang Maha Kaya dan Maha Adil,
miskinkan aku
agar hilang ketamakanku kepada dunia yang fana ini,
Tamakkan aku dengan AkhiratMu,
agar aku berusaha keras beramal ibadah kepadamu,
Ingatkan aku dengan kurniaMu
agar aku bersyukur selalu dalam hatiku,
Lembutkan lidahku menyebut Nama Mu dan membaca Ayat-AyatMu,
agar aku sentiasa mengingatMu dalam tidur dan jagaku,
jadikan alunan nafasku seiringan dengan alunan Zikrullah,
iramakan syahdu kalamMu dalam hidupku,
rajinkan aku mencari Hidayahmu,
agar aku tidak malas dalam beribadah kepadaMu.
Ya Allah Yang Maha Mencinta dan Maha Penyayang,
Terimalah cintaku kepadaMu,
kerana cintaMu sungguh mulia dan tidak menyakitkan,
sudah puas aku bercinta dengan makhluk,
tetapi sekian kalinya aku dikecewakan dan disakiti,
aku yakin dengan cintamu sahaja
yang tidak akan pernah mengecewakan dan tidak pernah menyakitkan,
Engkaulah cinta sejati,
cinta Agung,cinta yang suci,cinta yang kekal abadi...
berilah satu tempat untukku bersama-sama kekasih-kekasihmu di SisiMu,
agar mahligai cintaku tidak hancur berkecai,
Laillahaillallah muhammaddarrasulullah..

Ahad, 31 Oktober 2010
Marcellow...
Geli gelaman,
tetapi mengasyikkan,
Menakutkan,
tetapi tenang,
Bahaya,
tetapi selamat,
Ganas,
tetapi lembut,
Pemarah,
tetapi penyayang,
Sang Penyendiri,
tetapi sang perindu,
Payah dibelai,
tetapi suka dibelai,
TETAPI KASIHAN
sentiasa diburu,
dibunuh,
disiat-siat,
kerana kulit mu.
Senyap dan pantas kelebihan mu,
Manja bila dibelai,
Sisik berkilauan,
Hikmah penciptaan Tuhan,
Tanpa kaki dan tangan,
Mampu membunuh dengan senyap,
Menelan mangsa sebesar badak,
Sekali dibelit,
Sukar dirungkai.
kerana kilauan sisikmu,
corak si batik,
memukau mata memandang,
MARCELLOW
Namamu ku beri.
Selasa, 26 Oktober 2010
Nun Di Sana Cita-cita Kita.
nun di sana cita- cita kita,
yang akhirat namanya,
di dunia ini bukan tempat tinggal,
disini hanya sebentar tidak kekal,
betulkan niat dari sekarang,
tukar sikap kita yang merugikan,
Quran dan sunnah jadikan panduan
agar esok kita tidak kekesalan
biar susah sedikit kerana Tuhan
untuk menghindar kesusahan yang besar
yang tidak sanggup di tanggung badan
ambillah iktibar kalau mahu sedar.
disana tiada taulan yang membela,
amal ibadah itulah pembela kita,
ayuh bersegralah membuat kebajikan
jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan,
pangkat dan harta tidak akan kekal
bahkan apa yang ada akan ditinggal
hidup di dunia hanya sementara
buatlah persiapan untuk ke sana.
ayuh ber segralah menuju Allah
taatilah Dia minta ampun padaNya
mati bila-bila masa boleh tiba,
jangan sampai kita tidak bersedia.
Langgan:
Catatan (Atom)