salam Ukhwah kepada semua..
Perbahasan demi perbahasan berlaku dalam hukum- hukum syariah islamiah.. pada pendapat semua orang, mazhab itu salah,mazhab aku benar. Aku ja masuk syurga,yang lain masuk neraka.
rata-ratanya berpegang pada hadis ;
....umat islam akan terbahagi kepada 73 golongan, cuma 1 golongan sahaja yang diterima oleh Allah SWT, iaitu Ahlsunnahwaljamaah..
hadis ini amat mempengaruhi umat islam..dalam jemaah ahlsunnahwaljamaah pula terbahagi kepada 4 mazhab, iaitu AS-SYAFIE,MALIKI,HAMBALI,HANAFI..
Maaf kalau tersalah kata atau mengejutkan, rasanya 4 mazhab ini pun tergolong juga sebagai 73 golongan, kerana masing-masing dengan bentuk fahaman dalam hal- hal hukum agama. Tetapi masih mengaku sebagai golongan ahlsunnahwaljamaah. Namun ada satu lagi golongan yang mengelar diri mereka sebagai Wahabi ataupun juga dikenali sebagai Salafi yang juga mengaku sebagai ahlsunnahwaljamaah yang sebenar.
Hujah demi hujah memperkuatkan kebenaran firkah masing-masing dan tak kurang juga menentang fahaman mazhab yang lain. Memperdebatkan kebenaran dalam agama dan juga menentang perkara yang berlaku dalam agama. Yang lagi sadis ialah mengatakan bahawa Imam-Imam besar islam itu tidak benar dan ijtihad mereka itu tidak boleh diikuti kerana percanggahan dengan pendapat-pendapat imam-imam yang lain. Sedangkan perkara yang bersangkut-paut dalam agama dari segi kemaslahatan dan keperluan dalam kehidupan jarang diperdebatkan.
Dalam soal Ibadah sepanjang masa misalnya, ramai tokoh ilmuan islam moden masih belum dapat merungkai hal yang berkaitan dengan ikhlas,takwa,tanggungjawab sebagai khalifah,bagaimana untuk menyebarkah dakwah di zaman moden ini,memperbaiki akhlak umat islam yang rosak akibat fahaman liberal dan sekular,ukhwah umat islam yang kian hancur dek perkara firkah yang melanda umat,dan pelbagai lagi hal yang berkaitan dengan bab hati. Ilmu Allah itu luas,ramai yang tertipu dengan ilmu yang dipelajari akibat tidak dapat berdisiplin dengan ilmu. Tingkat-tingkat ilmu dan iman itu ada. tingkat ilmu yang sedang diperbahaskan oleh tokoh ilmuan islam moden ialah ilmu Syariah, belum lagi mampu untuk memahami ilmu Ghaib,ilmu hakikat,ilmu Makrifat dan juga ilmu Syahadah.
Telah saya selidiki sedikit sebanyak hal yang menjadi masalah firkah umat islam iaitu, taksub tanpa ilmu(bertaklid secara membuta tuli),dan juga memakukan diri dengan firkah yang dianggap benar tanpa menyelidiki sejarah. Bahkan ramai yang berbolak balik dengan firkah kerana bingung dengan penambahan ilmu dalam agama kerana selama ini tidak pernah belajar tentang bab hadis dan juga disiplin ilmu hadis dan Al-Quran.
Titik utama dalam islam ialah sejarah,dalam Hadis juga adalah berdasarkan sejarah,dalam AlQuran juga ada sejarah, dan setiap sejarah ada disiplin. Maka perkara yang perlu kita pelajari selari dengan ilmu Al Quran dan Hadis ialah SEJARAH, kerana perkara utama menguatkan kefahaman adalah melalui sejarah penurunan ayat-ayat Al Quran dan juga sejarah sunnah Nabi Muhammad. Malangnya pengkajian sejarah islam itu terlalu kurang dan ada pun hanya berkaitan dengan sejarah kehidupan nabi,sejarah revolusi islam dan juga sejarah tamadun islam.Terlalu kurang pengkajian mengenai cara hidup Baginda Nabi Muhammad SAW, yang ada cuma hadis-hadis yang menceritakan kehidupan Rasulullah. Pasti anda akan berkata MUSTAHIL kerana jarak tempoh masa terlalu jauh dan tidak ada bukti seperti gambar,dan tulisan-tulisan hadis yang asal.
Para imam-imam besar seperti imam As-Syafie,Maliki,Hambali dan Hanafi telah Allah kurniakan kelebihan dalam pengajian Ilmu, satu kelebihan kenabian yang tidak akan diberikan kepada umat islam lain kerana mereka menjaga diri mereka dengan disiplin akhlak,keikhlasan,ketakwaan,kecintaan,jihad fisabilillah yang padu,membuang sifat mazmumah,dan sentiasa takut dengan murka Allah. Di hati mereka cuma ada keikhlasan dalam menyebarkan islam keseluruh dunia tanpa perasaan riak. Bandingkan mereka dengan ilmuan islam yang moden,Ilmuan moden masih gagal dalam bab keikhlasan,kesucian hati,dan juga ketakwaan kepada Allah. Saya tidak mengatakan mereka tidak bertakwa,tidak ikhlas,tidak suci hatinya,tetapi cuma bermaksud mereka masih belum mendapat ciri kenabian,iaitu belum mampu untuk menandingi kesungguhan dan ketakwaan kepada Allah. Sekiranya mereka sudah benar-benar memiliki sifat kenabian itu, mereka tidak akan berani mengkafirkan saudara islam yang lain,tidak mendesak dalam membuat keputusan selain meminta petunjuk kepada Allah,sentiasa menjaga solat sunat tahajjud setiap malam,menjaga kekhusyukkan solat,menepati waktu solat diawal waktu,sentiasa bersolat di masjid secara berjemaah dan tidak pernah solat dalam rumah,sentiasa menangis memikirkan saudara islam yang lain,dan kecintaan mereka kepada Allah dan Nabi melebihi kecintaan kepada perkara lain.
Jihad ada banyak jenis,tetapi ramai yang menganggap fisabilillah cuma mengangkat pedang,yakni berperang. Tetapi maksud sebenar jihad adalah berjuang dalam segala aspek, iaitu melawan hawa nafsu, menuntut ilmu ,membangun ekonomi,mempertahankan agama dari sudut aqidah,maruah,kesucian dan kedaulatan, menyebarkan(dakwah), berkasih sayang sesama makhluk, menunaikan tanggungjawab agama dan pendek kata seluruh kehidupan ini adalah persediaan menuju akhirat dengan niat lillahitaa'la.
Ahad, 9 Januari 2011
Isnin, 27 Disember 2010
Kesatuan Manusia,Kesatuan Bangsa 2- isu syiah
Assalamualaikum w.b.t...
Bermacam ragam reaksi golongan bijak agama dan jabatan agama NEGARA KITA MALAYSIA mengenai isu SYIAH, DAN JUGA AJARAN SESAT. Ada yang merasakan tindakan pihak JAIS(jabatan agama islam selangor) betul, ada yang merasakan tindakan itu salah, dan ada juga yang merasakan tindakan itu biadap, bahkan ada yang merasakan perlu.
Jika difikirkan secara jelas tanpa emosi dan mengikut-ikut cakap2 orang lain, hal ini amat membimbangkan umat islam dari segi penyelewengan akidah dan juga kefahaman agama. Maka dengan itu tindakan Pihak JAIS betul dan wajar untuk mengelakkan ajaran agama islam tidak diselewengkan dan dirosakkan oleh golongan jahiliah.
Tetapi jika difikirkan secara akhlak dan adab, tindakan pegawai- pegawai yang terlibat dalam penyerbuan pusat atau pun markas Jemaah Syiah di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Cave ianya satu tindakan yang biadab kerana tidak menghormati tempat ibadah dan majlis ilmu yang sedang dilangsungkan tanpa menyelidik apa yang sedang jemaah itu lakukan. Buktinya, para pegawai yang terlibat itu masuk ke tempat ibadah jemaah itu dengan memakai kasut,sedangkan apabila menteri- menteri muslim kita masuk ke rumah ibadat orang bukan muslim,mereka membuka kasut untuk menghormati rumah ibadat bukan muslim.
Contohnya, ketika lawatan menteri MELAYU ISLAM ke kuil india, sama seperti ketika kita masuk ke masjid, mesti membuka kasut dahulu sebelum masuk ke dalam masjid. Tindakan biadap pegawai - pegawai agama ketika menyerbu itu jelas mereka langsung tidak menghormati hak beragama seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan yang termaktub dalam perundangan negara.
Walaupun AhlusSunnahWaljamaah mengatakan ajaran ataupun fahaman Syiah ini menyimpang daripada ajaran daripada Baginda Nabi Muhammad SAW, mereka tetap sebahagian daripada islam.
Bahkan ketika persidangan OIC dan juga keahlian dalam OIC, negara yang ditakluki fahaman Syiah ini juga diiktiraf sebagai negara Islam. Jadi mengapa JAIS melakukan tindakan yang biadap untuk menangani jemaah Syiah di Malaysia? Tetapi JAIS tidak pernah mengambil tindakan drastik untuk menangani masalah sosial melayu islam yang kian busuk dan bernanah di Malaysia?
Malunya kita sebagai umat islam kerana GAGAL untuk bersatu padu menentang fahaman KAFIR LAKNATTULLAH yang bukan Islam. Ketika ini mereka(orang kafir) tersenyum dan tergelak kerana berjaya melaga - lagakan umat islam supaya umat islam lemah dan tidak mampu menentang mereka(orang kafir) yang jelas musuh islam.
Betapa baikya kalau semua umat islam bersatu padu tanpa memikirkan masalah fahaman dan firkah. Lihatlah sendiri kesatuan Kristian di dunia ini, mereka tidak berlaga sesama sendiri bahkan bersatu padu menyebarkan dakyah agama mereka. Bahkan dana untuk mendakyah ke negara- negara islam disalurkan ke gereja- gereja dan membantu mereka yang miskin. Tetapi berlainan halnya dengan kita umat islam, pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku hanya disebabkan fahaman dan firkah masing -masing tanpa memikirkan akibat serangan psikologi dan juga keadaan kehidupan.
Lihat sendiri negara yang bermazhab syiah (Iran) lantang menentang Barat dari semua sudut,bahkan pemimpin Iran sendiri bukan bersifat berlebih - lebihan seperti pemimpin - pemimpin islam di Malaysia. Beliau melaksanakan sepenuhnya perintah Allah SWT sebagai khalifah dari semua sudut kehidupan sebagai umat islam dan sebagai hamba Tuhan. Sedangkan kita,pemimpin kita yang beragama islam,dengan mudah mengikut telunjuk musuh islam sehinggakan tidak sedar ditunjuk untuk menghancurkan agama sendiri.
Bangunlah,fikirkanlah,dan lihat dengan jelas apa yang telah berlaku akibat sikap kita yang mengkafirkan saudara islam kita sendiri. umpama 2 ekor kerbau berlaga kepala sehingga mati sambil diperhatikan oleh sang Harimau yang duduk tersenyum menanti kedua - duanya tumbang tanpa berpenat lelah menerkam mangsa yang masih kuat dan sihat kerana lauk sudah tersedia di depan mata.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dalam page beliau http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=15 ;
Jelaslah bahawa,yang paling penting dalam Islam ialah kesatuan Ummah Islamiah,selagi mereka beragama islam dan tidak mengancam keselamatan negara,bahkan menentang musuh- musuh islam, kita mesti bersatu padu menegakkan syiar islam dan menjaga ukhwah islamiah walaupun berlainan mazhab dan juga fahaman. Biarlah mereka dengan fahaman mereka,kita dengan fahaman kita,asalkan kita bersatu padu untuk mengembalikan kegemilangan islam dan menyebarkan syiar islam.
Ingatlah, musuh sebenar islam ada pada diri kita dan juga orang kafir yang jelas menentang ajaran islam. Mereka(orang kafir) sudah bersiap sedia untuk menghapuskan islam dalam pelbagai sudut,bermula daripada memecah belahkan orang islam,fahaman,budaya,pakaian,keseronokkan,kemajuan,keperluan dan bermacam lagi untuk menghancurkan islam

........Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.
Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang sebenarnya.
Jelaslah bahawa,yang paling penting dalam Islam ialah kesatuan Ummah Islamiah,selagi mereka beragama islam dan tidak mengancam keselamatan negara,bahkan menentang musuh- musuh islam, kita mesti bersatu padu menegakkan syiar islam dan menjaga ukhwah islamiah walaupun berlainan mazhab dan juga fahaman. Biarlah mereka dengan fahaman mereka,kita dengan fahaman kita,asalkan kita bersatu padu untuk mengembalikan kegemilangan islam dan menyebarkan syiar islam.
Ingatlah, musuh sebenar islam ada pada diri kita dan juga orang kafir yang jelas menentang ajaran islam. Mereka(orang kafir) sudah bersiap sedia untuk menghapuskan islam dalam pelbagai sudut,bermula daripada memecah belahkan orang islam,fahaman,budaya,pakaian,keseronokkan,kemajuan,keperluan dan bermacam lagi untuk menghancurkan islam
Isnin, 29 November 2010
intipati camping usrah remaja islam ranau
Assalamualaikum w.b.t
ini adalah perkongsian intipati usrah remaja islam pada camping bru ni di Purakogis Kibbas Ranau.
Islam kian hilang di hati dan kehidupan remaja dan juga ummat islam masakini..
1- kefahaman konsep beragama dalam kehidupan terlalu kurang dan ada yang menganggap agama cuma penghalang kepada kemajuan dan juga sosial masyarakat moden.
2- budaya - budaya @ perintah dan larangan agama telah dilupakan dan diremeh-temehkan oleh ummat islam yang terpengarauh dengan fahaman sekular secara halus seperti zaman Presiden Kamal Artartuk di Turki.
3- hak orang islam telah dipijak dan diketepikan oleh pemimpin islam sendiri yang lupa pada Tuhan dan juga terlalu mengikut budaya barat.
4- terlalu mengikut hawa nafsu disebabkan rasa mahu mencuba keseronokkan sementara,apatah lagi di usia remaja telah terdedah dengan perkara yang tidak senonoh.
5- budaya hidoisme yang melampau sehingga lupa kepada peringatan.
6- ramai manusia berusaha ke neraka, kurang yang berusaha untuk masuk ke syurga- ceramah ust Hainin Abdullah (JHEAINS)

Jumaat, 12 November 2010
Isnin, 8 November 2010
doa buat sahabat-sahabat seperjuanganku(pepias,abim,remaja islam ranau,warisan persahabatan malaysia,belia islam ranau.)
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin..

Ahad, 7 November 2010
ya Allah..cacatkan aku..
Ya Allah,
Butakan mataku,
agar aku tidak melihat susuk giur menggoda,
Pekakkan telingaku,
agar aku tidak mendengar umpatan dan fitnah,
Tempangkan kakiku,
agar aku tidak bisa berjalan ke lubang maksiat,
Kudungkan tanganku,
agar aku tidak bisa mengambil hak saudaraku,
Bisukan aku,
agar tidak berbuat fitnah,mengupat dan beromong kosong.
Hodohkan mukaku
agar aku tidak sombong dengan RahmatMu,
Ujilah aku dengan musibahMu,
agar aku tidak riak dalam amalanku..
Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Suburkan hatiku dengan CintaMu
agar hatiku tidak bisa bercinta dengan makhluk
Hadirkan rinduku pada Mu
agar aku tidak merindu makhluk,
Teguhkan jiwaku dengan iman
agar aku tidak hilang pedoman,
Luruskan jalanku dengan agamaMu,
agar aku terus berjalan kepada Mu,
Ya Allah yang Maha Kaya dan Maha Adil,
miskinkan aku
agar hilang ketamakanku kepada dunia yang fana ini,
Tamakkan aku dengan AkhiratMu,
agar aku berusaha keras beramal ibadah kepadamu,
Ingatkan aku dengan kurniaMu
agar aku bersyukur selalu dalam hatiku,
Lembutkan lidahku menyebut Nama Mu dan membaca Ayat-AyatMu,
agar aku sentiasa mengingatMu dalam tidur dan jagaku,
jadikan alunan nafasku seiringan dengan alunan Zikrullah,
iramakan syahdu kalamMu dalam hidupku,
rajinkan aku mencari Hidayahmu,
agar aku tidak malas dalam beribadah kepadaMu.
Ya Allah Yang Maha Mencinta dan Maha Penyayang,
Terimalah cintaku kepadaMu,
kerana cintaMu sungguh mulia dan tidak menyakitkan,
sudah puas aku bercinta dengan makhluk,
tetapi sekian kalinya aku dikecewakan dan disakiti,
aku yakin dengan cintamu sahaja
yang tidak akan pernah mengecewakan dan tidak pernah menyakitkan,
Engkaulah cinta sejati,
cinta Agung,cinta yang suci,cinta yang kekal abadi...
berilah satu tempat untukku bersama-sama kekasih-kekasihmu di SisiMu,
agar mahligai cintaku tidak hancur berkecai,
Laillahaillallah muhammaddarrasulullah..

Langgan:
Catatan (Atom)