Ahad, 17 Oktober 2010

BAJET 2011 bahgian ke 2(perniagaan)

Berikut adalah intipati Bajet 2011 yang berkait dengan perniagaan: 

* Kerajaan semak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelumnya.

* Pendapatan per kapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000.

* Pelaburan swasta berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion. 

* Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion dalam pelaburan dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan. 

* Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai "tipping point" untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta. 

* Beberapa projek perkongsian awam-swasta (PPP) di bawah RMK-10 akan dilaksanakan pada 2011 melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion. 
* Academic Medical Centre, usahasama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons Ireland, merupakan sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti dengan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion. 

* Kerajaan bersedia menimbang pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD). 

* Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) akan mula dilaksanakan mulai 2011 dengan pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion dan siap menjelang 2020. 

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bercampur dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion, yang dijangka siap menjelang 2025. 

* Bagi menyokong dasar liberalisasi kewangan, kerajaan akan mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan ambil langkah berani, terutamanya mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasikan syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing. 

* Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecairan dan halaju dagangan pasaran. 

* Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon. 

* Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan tiga lesen syarikat broker saham baru kepada syarikat tempatan, asing atau usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit. 

* Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing termasuk produk pematuhan syariah. 

* Pengurangan cukai bagi perbelanjaan untuk penerbitan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil berasaskan tawarru’. 

* Sumbangan takaful bagi kredit eksport diberi potongan cukai dua kali. 

* Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan diberi Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah dengan bayaran balik selepas syarikat menjana pendapatan. 

* Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (BPTF) akan lancar Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz bernilai RM1 bilion. 

* Dana Pencen Swasta akan dilancar pada 2011 untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. 

* Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri. Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. 

* Sebanyak RM857 juta akan disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti elektrik dan elektronik bernilai tambah tinggi terutamanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Pulau Pinang. 

* Kerajaan memperuntukkan RM146 juta bagi menyokong industri minyak, gas dan tenaga. Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak di Johor dengan membabitkan pelaburan RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun. 

* Petronas akan laksanakan regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka dan akan beroperasi pada 2012. 

* Status Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015. 

* Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012. 

* Pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada perdagangan sijil Certified Emission Reductions dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2012. 

* Pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus diberi kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Disember 2010 dan bagi terus menggalakkan pemilikan kereta itu, pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011. Galakan diperluaskan kepada kereta elektrik serta motosikal hibrid dan elektrik. 

* Kerajaan akan melaksanakan mekanisme Feed in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik. 

* Kerajaan akan melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012. 

* Sebanyak RM91 juta diperuntukkan bagi pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyenggaraan, baik pulih dan rombak rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aeroangkasa dan aeronautikal serta promosi perkhidmatan penyumberan luar perniagaan. 

* Kerajaan memperuntukkan RM850 juta bagi sokongan infrastruktur untuk pembangunan serantau dan koridor. 

O Iskandar Malaysia (RM339 juta) 
O Wilayah Ekonomi Koridor Utara (RM133 juta) 
O Wilayah Ekonomi Pantai Timur (RM178 juta) 
O Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (RM93 juta) 
O Koridor Pembangunan Sabah (RM110 juta). 

* Sebanyak RM411 juta diperuntukkan untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. 

* Sejumlah RM71 juta diperuntukkan untuk Unit Inovasi Khas (UNIK). 

* Akta Insolvensi baru akan menyatukan Akta Kebangkrapan 1967 dan Bahagian 10 Akta Syarikat 1965, termasuk pengenalan peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan yang membabitkan perubahan had minimum kebangkrapan pada masa ini berjumlah RM30,000. 

* Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. 

* Peruntukan sebanyak RM212 bilion bagi Bajet 2011 di mana RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. 

* Kutipan kerajaan persekutuan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion pada 2011 dan defisitnya susut kepada 5.4 peratus KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010. 

Jumaat, 15 Oktober 2010

BAJET 2011

Pembentangan bajet 2011 oleh PM MALAYSIA,Datuk Sri Najib Razak pada hari ini(Jumaat 15 okt 2010)
Antara intipati bajet 2011 ialah :
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. 

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. 

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015. 

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong. 
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang. 

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan. 

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia. 

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. 

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. 

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah. 

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi. 

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. 

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. 

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. 

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar. 

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil. 

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia). 

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia. 

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. 

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan. 

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap. 

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain. 

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. 

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. 

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. 

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010. 

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010. 

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. 

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang. 

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah. 

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap. 

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara. 

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam. 

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. 

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah. 

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris. 

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta. 

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. 

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN. 

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta. 

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak". 

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan. 

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti. 

* Melancarkan Dana Pencen Swasta. 

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat. 

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara. 

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan. 

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta. 

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000. 

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun. 

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak. 

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi. 

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. 

Bahana Pengaruh Filem,Kartun, dan Drama..

  ''aik? mana budak-budak ni?''
  ''hm,senang ja mau panggil,bagi tau ja rancangan ultraman sudah mau mula''..
''Oboi, Utak, Angah, mula sudah tu crita ultraman kamu!!!!''
  ''yahuuu....mula sudah ultraman..''
Mungkin ramai yang fikir tentang cara memanggil dan kontrol anak-anak supaya tidak bermain jauh dari rumah seperti di atas adalah perkara yang  mudah dan senang mengawal mereka. Sedangkan cara itu sebenarnya mengakibatkan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi bahaya, bahasa, dialek, kelakuan dan fikiran.
 Ya...benar,dan tidak salah pun mereka menonton filem,kartun,dan drama asalkan mereka boleh duduk diam dan tidak bising ketika dalam rumah serta mengelakkan mereka keluar dari rumah. Tetapi sedarkah kita dengan tingkah laku mereka sedikit demi sedikit berubah mengikut watak dalam filem,kartun dan drama?

Mari berkongsi bersama pengalaman saya dengan kawan-kawan ketika mengadakan satu program keluarga bahagia di beberapa kampung di sekitar daerah Ranau, Sabah.
  Program yang kami anjurkan itu berupa ceramah, sukaneka, perbincangan keluarga, ibadah dan motivasi. Ketika aktiviti perbincangan keluarga, sukaneka, ibadah dan motivasi, perbualan dan tingkah laku peserta menjadi perhatian kami kerana pelbagai reaksi dan perkara boleh diselami dalam diri individu, kumpulan dan masyarakat. Beberapa dialog antara kami dengan beberapa orang kanak-kanak menunjukkan mereka banyak terpengaruh dengan bahasa luar, dialek luar dan tingkah laku yang meniru gaya watak dalam beberapa filem, drama, dan kartun.
  "Abang,kami tidak 'bisa' bermain dengan orang lain."
  " Kakak, 'emangnya' kamu dari universiti?''
Kata-kata diatas menunjukkan pengaruh bahasa daripada drama indonisia. Apabila kami bertanya kepada mereka(kumpulan kanak-kanak) adakah mereka selalu menonton drama 'Bawang Merah Bawang Putih','Hikmah','Jelita',dan drama - drama indonisia? Mereka menjawab YA.
 Ada seorang budak lelaki yang sedang memanjat dinding balai raya kampung seperti gaya spiderman, aksi budak itu telah menyebabkan seorang fasilitator perempuan menjerit.
   "Turun! Nanti jatuh!"
 "Hehehehe,spiderman bah." budak itu menjawab dengan tersengih- sengih.
   " Kau ingat kau tu spidermankah? Jatuh nanti baru menangis kesakitan!"
 Ni baru aksi di kampung, tetapi lain pula ceritanya di Semenanjung. Si anak terlalu minat kepada watak spiderman sampaikan ibunya membelikan baju ala kostum spiderman. Ketika menunggu komuter di stesen, si anak bermain-main di sekitar stesen dengan melakonkan watak spiderman dalam babak spiderman berlawan di kawasan keretapi. Si ibu yang sedang keberatan barang-barang 'shopping' hanya melihat anaknya bermain tanpa menjangka sesuatu perkara yang buruk. Ketika siren berbunyi menandakan komuter akan melalui rel sekejap lagi, si anak berlari - lari ke sana ke mari berdekatan dengan si ibu.Tiba- tiba si anak berlari ke arah rel dan terjun ke rel dengan menjerit " saya spiderman!"
    BAMM!!! hancur berkecai tubuh si anak dihentam dan dilanyak oleh komuter. Si ibu terkedu,dan terus pengsan melihat kejadian yang berlaku di depan matanya(cerita ini berdasarkan berita di kaca tv dan akhbar).
Lawak juga bila fikir pengaruh kartun turut mempengaruhi orang dewasa yang sudah dikira matang untuk berfikir. Contohnya seperti gambar di atas, kesian si anak membesar dengan nama charakter hero batman. Bahkan ketika animasi Dragon Ball ditayangkan di saluran RTM2(TV2),tepat pukul 9 pagi pada setiap hari sabtu, pejabat dan ladang menjadi lengang gara-gara semua pekerja duduk depan tv menonton animasi Dragon Ball sampaikan perbualan di pejabat dan ladang berkisar tentang animasi tersebut.
Best juga cerita kartun di tv,apatah lagi tv sekarang ada channel khas kartun. Kalau zaman era 90an,tv cuma ada 2 channel sahaja,tetapi sekarang ni era 2000, sudah ada beratus channel. Sekarang ini bukan di tv sahaja boleh tengok tv,drama dan filem,tetapi juga di komputer dan laptop.Lagi hebat dalam telefon bimbit.

 Budak-budak sekolah menengah sekarang ni pun sudah terlalu terpengaruh dengan filem,drama dan kartun.Budaya gaduh gengster dan cinta monyet sudah menjadi perkara lumrah di sekolah- sekolah menengah.
 Ketika mengendalikan program motivasi dan jati diri remaja, banyak perkara yang selama ini terlepas pandang mengenai golongan remaja. Kebiasaannya selepas program,ramai peserta akan rajin bersama kami untuk berprogram dan membuat aktiviti bersama ketika cuti sekolah. Bahkan hampir setiap minggu kami akan bersama dengan peserta melalui program usrah dan aktiviti hujung minggu. Para peserta masing-masing dengan latar belakang yang berlainan dan mempunyai masalah disiplin yang tersendiri. Ada seorang peserta meluahkan masalah yang sedang dihadapi ketika di sekolah dan di luar sekolah.Dia merupakan pelajar paling bermasalah dan ketua kepada kumpulan samseng remaja.Saya bertanya kepadanya, bagaimana dia boleh terpengaruh dengan budaya samseng dan kaki gaduh dalam usia remaja ini. Dia menjawab, terpengaruh dengan satu filem Jepun yang bertajuk 'crows zero'. Filem 'crows zero' menceritakan kehidupan pelajar sekolah tinggi di Jepun beraliran yakuza.Filem itu penuh dengan aksi ganas seperti gaduh, buli dan memberontak.











Rabu, 13 Oktober 2010

Kesatuan Manusia,Kesatuan Bangsa

Terfikir kesatuan ummah apabila melihat satu dokumentari islam di US melalui channel astro Oasis. Saudara- saudara islam di sana terlalu ghairah dan seronok hidup sebagi muslim,bahkan mereka berkempen dan mempromosikan islam dengan penuh semangat dan bangga dengan kempen islam. Ada yang membuat 'airbrush' kalimah "i love islam'',proud to be muslim'',fisabilillah'',dan banyak lagi perkataan yang menunjukkan mereka sangat cintakan islam pada baju T-shirt, ada yang menjual buku-buku agama, tulisan seni khat islam, dan bermacam aneka cara mereka berkempen tentang islam di bumi barat. Melalui satu temubual bersama 2 orang muslim oleh wartawan AstroOasis, mereka menyatakan bahawa mereka sangat cintakan islam dan tidak takut pada ancaman kafir laknattullah di bumi barat kerana mereka sedar akan kebenaran islam. Mereka di sana telah membuat kesatuan ummah bagi menjaga kebajikan saudara seagama dan mereka tidak mengira bulu kerana mereka tahu islam itu universal,islam itu bersaudara tidak kira dia berkulit hitam,putih,kuning,dan sebagainya. Bagi mereka, islam itu merupakan satu keluarga yang besar dan hanya islam dapat meyatukan manusia tanpa mengira bangsa. Betullah seperti mana yang Rasulullah anjurkan dalam islam,islam itu bersaudara.

     "Tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu tidak mengasihani(mencintai) saudara kamu seperti mana kamu mengasihani(mencintai) diri kamu sendiri",
    " Apabila paha kanan dicubit,seluruh badan merasan sakit"...
Hadis nabi dan pepatah di atas menunjukkan betapa hebatnya dan tinggi nilainya, sebuah ukhwah muslimun yang mesti kita fahami dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Tetapi lain pula keadaanya di negara Islam, perpecahan ummah dan kaum berleluasa tanpa mengira soal adab dan nilai agama yang dianuti. Masyarakat arab dengan sikap assabiah pada kaum,pada khafilah dan fahaman. begitu juga yang berlaku di Malaysia dan Indonisia.
   Masalah fahaman ataupun masalah khilafian menjadi sebab paling utama berlakunya perpecahan ummah. Sikap "saya berada dipihak yang benar" tanpa merujuk kembali kepada kesilapan diri dari segi akhlak hablumminallah dan hablumminannas menyebabkan isu mengkafirkan saudara seagama dengan mudah tanpa sebarang sekatan dan kesedaran. Inilah yang berlaku dalam Islam masakini. Di Timur Tengah,masyarakat Arab terbahagi kepada 73 golongan, puak Sunnah,Syiah,Badariah,Qadariah,Jabariah,Khawarrij,dan bermacam lagi puak(rujuk kepada hadis dan sejarah islam). Masing- masing dengan fahaman mereka, dan masalah khilafiah ini bukan sahaja berlaku di negara Timur Tengah,tetapi juga berlaku di Malaysia dan Indonisia. Cetekkah ilmu islam didada masyarakat islam di negara islam berbanding mereka yang tinggal di negara kafir? Inilah para ilmuan akhir zaman,membolehkan perkara yang dilarang,mengharamkan dan menghalang perkara yang wajib dan mesti dilaksanakan dalam agama. Tuntutan agama menjadi permainan, senario merosakkan agama menjadi pegangan.

  Kasihan masyarakat islam di negara islam kerana islam yang ada pada mereka bukan islam sejati.Kenapa bukan islam yang sejati? sebab mereka belum merasa nikmat islam bersaudara. Bukan semua,tetapi mejoritinya islam liberal,islam nafsi-nafsi.hanya sebahagian kecil sahaja golongan yang merasa nikmat islam sejati, iaitu mereka yang hidup sebagai pejuang agama,dakwah menjadi tanggungjawab sampai mati.
  Lihatlah masyarakat islam sekarang,hidup berjiran seumpama hidup seorang kerana sikap tidak menjaga tepi kain orang dan tidak peduli pada kehidupan orang lain menjadi bentuk amalan hidup berjiran. Rumah hanya bersebelahan dinding, tetapi tidak dengar esak tagisan si kecil yang kelaparan.

  Kebanyakan golongan bijak pandai agama hanya duduk di bandar, jarang dan bahkan tidak pernah sekali memijak tanah lumpur dan hanya memijak tanah simen untuk berdakwah dan yang lebih parah lagi, golongan bijak pandai agama di kampung-kampung seperti tok imam dan qariah  hanya melaksanakan tugas agama apabila dibayar, dan diupah. Tiada langsung rasa dakwah fisabilillah dan tanggungjawab agama pada ilmu yang dipelajari. Alasan pada segalanya memerlukan duit dan kerja untuk duit.Bahkan ada diantara golongn pandai agama ini(tok imam) tidak mahu menguruskan jenazah saudara islam dan sanggup melihat jenazah tersebut ditanam seperti bangkai kerana keluarga si mati tidak mampu untuk membayar tok imam tersebut.
  Fikirkanlah dan lihatlah sekeliling kita, hidup mati saudara seagama pun langsung tidak dipedulikan apatah lagi  kebajikan saudara seagama.Tnya pada diri sendiri:
Adakah kita ini(islam)yang tergolong sebagai ahli syurga?
Adakah kita ini layak masuk syurga?
Adakah kita ini benar-benar ISLAM?
  Kalau jawapan anda YA,:
Adakan anda melaksanakan sepenuhnya ajaran islam?
Adakah anda menjaga hablumminallah dan hablumminannas sepenuhnya?