Khamis, 31 Mac 2011

makna sebenar syirik

Syirik.

PENGERTIAN SYIRIK

Sebelum kita membahas tentang jenis-jenis syirik,  kita harus memahami dulu tentang pengertian syirik menurut syariat Islamiyah. As Syaikh Al Allamah Hafidh bin Ahmad  Hakami  rahimahullah menerangkan :
Syirik itu ialah bila seseorang hamba Allah menjadikan segala yang selain Allah sebagai sesuatu yang sederajat dengan-Nya, sehingga mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti takut kepada Allah, mengikutinya didalam hal yang tidak diridhoi Allah, mentaatinya padahal dengan perbuatannya itu dia bermaksiat kepada Allah, dan mensejajarkan dengan-Nya dalam hal mendapatkan haq peribadatan.
As-Syaikh  Abdurrahman bin Hasan Ali Syaikh menerangkan:
Yang dinamakan syirik itu ialah menyerupakan makhluk dengan Khaliq Yang Maha Tinggi dan mengkuduskan makhluq dengan sifat-sifat kebesaran sebagai sesembahan, sepetrti memiliki kemampuan untuk memberikan kerugian dan kemanfaatan, mampu memberikan apa yang dibutuhkan makhluq dan menahan segala apa yang dibutuhkan makhluq, mampu memenuhi segala do’Allah, ditakuti dengan sebenar-benarnya takut, dijadikan tempat bergantung  harapan kepadanya dan bertawakal  kepadanya serta mempersembahkan kepadanya segala macam ibadah  yang sesungguhnya semuanya itu hanya boleh ditujukan kepada Allah-lah saja. Maka barangsiapa yang menunjukkan hal-hal tersebut di atas kepada selain Allah, berarti dia telah menyerupakannya dengan Al-Khaliq.

Al Imam Muhammad bin Isma’il Al Amir As Shan’ami Al Yamani, menerangkan:
Barangsiapa  berkeyakinan bahwa pohon, batu, kuburan, malaikat, jin, & orang hidup atau mati, semuanya itu dapat memberikan kemanfaatan dan madhorot  atau menjadi perantara dalam menyampaikan amal ibadah kepada Allah (tanpa seizin-Nya) dan dalam memenuhi keperluan-keperluan dunia, hanya meminta kepada selain Allah itu dan bertawassul dengan selain Allah itu kepada-Nya maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan selain-Nya dan berarti dia telah ber`itikadnya dengan `itikad yang tidak benar sebagaimana `itikadnya kaum musyrikin terhadap berhala-berhalanya.


Dalam bahasa arab syirik disebut 'asyraka' - bermaksud sekutu / kongsi.

Dan apa pula pengertian sebenar syirik menurut pandangan Islam? Syirik adalah perbuatanMENYEKUTUKAN ALLAH ( MENDUAKAN ALLAH / ADA TUHAN LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH / MENGAKU DIRINYA TUHAN ) dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”
Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)
Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”
Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)
Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)



-----------------------------------------------------------------------------

Jenis syirik(v1)



Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)
Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.
Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.
Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)
Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.
Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.
Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.
Beberapa langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia, termasuk pelaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh.
Selain itu diperbanyakkan penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.




Jenis-jenis syirik(v2)

Untuk mengetahui akibat-akibat syirik terhadap keimanana seorang muslim, kita perlu mengenal berbagai macam syirik. Secara garis besarnya, syirik itu dibagi dalam dua jenis yaitu :
  1. Syirikul Akbar (syirik besar) yang akibatnya  dapat membatalkan iman pelakunya. Yang termasuk jenis ini adalah segala bentuk peribadatan yang ditujuakn kepada selain Allah Ta’ala, ka rena meyakini bahwa selain Allah itu adalah dzat  yang berhak  mendapatkan peribadatan tauhid ersebut sebagaimana Allah Ta’ala.
  2. Syirkul Ashghor (syirik kecil) yang akibatnya dapat merusak amal ibadah kita dan tidak membatalkan iman kita. Yang termasuk  jenis ini ialah segala macam peribadatan yang diperuntukkan selain Allah disamping menari ridho Allah. Atau dalam pengagungan kepada Allah dicampuri dengan niat pengagungan kepada selain Allah.
 Dengan demikian pelaku syirkul akbar dianggap sebagai orang yang keluar dari Islam atau murtad dan harus disikapi sebagai orang murtad. Sedangkan pelaku syirkul Ashghor dianggap sebagai seorang muslim yang melakukan kemaksiatan besar. Pelaku syirkul Akbar dianggap tidak  lagi mempunyai amalan sholih disisi Allah Subhanahu  wa Ta’ala, karena Allah telah menegaskan dalam firman-Nya  yang kurang lebih artinya :
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan nabi-nabi sebelummu, kalau engkau berbusat syirik, sungguh-sungguh  kamu akan menjadi golongan yang merugi. (Az Zumar :  65)
Bahkan Allah ta’ala tidak akan menimbang amalan mereka di hari kiamat mereka ini sesungguhnya tidak memiliki amalan sholih disisi Allah, sebagaimana firman-Nya  yang kurang lebih artinya :
Mereka itulah orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat tuhan mereka dan terhadap hari perjympaan dengan-Nya (yakni hari kiamat) sehingga Allah batalkan amalan mereka. Maka Kami tidak akan menegakkan amal timbangan mereka  dihari kiamat. (Al Kahfi : 105)
Demikianlah nasib orang yang mati dalam keadaan belum sempat bertaubat dari perbuatan  syirik akbar. Adapun keadaan orang yang mati dalam keadaan belum bertaubat dari syirkul Ashghor, dia tidak diampuni dosa syiriknya dan akan masuk neraka walaupun tidak kekal didalamnya. Karena seluruh dosa syirik itu yang akbar maupun yang ashghor adalah ternmasuk dalam pernyataan Allah Ta’ala pada firman-Nya  yang kurang lebih artinya :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa orang yang menyekktukan-Nya dengan selain-Nya dan akan mengampuni dosa-dosa selainnya bagi siapa yang dikehendakin-Nya. (An  Nisa : 84)
Yakni bila seseorang mati dalam keadaan membawa dosa syirik mereka tidak akan diampuni Allah, akan tetapi dia  mati dalam keadaan membawa dosa selainnya (selain dosa syirik), maka dia berada dibawah jehendak Allah Subhanahu Was Ta’ala apakah akan mengampuninya atau akan menyiksanya dineraka walaupun tidak kekal didalamnya bila menyangkut syirkul Ashghor.

Demikianlah yang dinyatakan oleh Syaikh Muhammad  bin Sholih Al Utsaimin dalam salah satu fatwanya tenteng syrikul Ashghor. Amalan syirkul ashghor ini hanya membatalkan amalan yang ada padanya syirik jenis ini. Adapun amalan lainnya yag tidak terdapat padanya syirik ini, sangat diharapkan untuk diterima Allah Ta’ala sebagai amalan shalih. Karena pada dasarnya pelaku syirkul ashghor ini masih  tergolong mukmin yang `ashyi (yakni mukmin yang melakukan perbuatan kemaaksiatan).

Adapun macam-macam amalan syirik dari kedua jenis syirik tersebut adalah sebagai berikut :
1. Macam-macam perbuatan syirik yang tergolong jenis syirkul akbar adalah segala jenis ibadah yang ditujukan kepada selain Allah Ta’ala  karena meyakini bahwa selain Allah Ta’ala itu berhak mendapatkan peribadatan tersebut. Sedangkan jenis-jenis ibadah itu banyak sekali, antara lain ialah sebagaimana y ang disebutkan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab  rahimahullah:
Dan macam-macam Ibadah yang Allah perintahkan untuk beramal dengannya ialah seperti Al-islam,  Al-iman, dan Al-ikhsan. Dan termasuk daripada ibadah adalah do’a. Al khauf yakni takut (dengan keterlaluan), Ar raja’  yakni berharap (dengan sangat  kuat) untuk diberi, tawakal menyandarkan hidup dengan sepenuhnya kepada yang di imani), Ar Rahbah (takut dari ancaman siksaan dari yang di imani), Ar Raghbah (mempunyai keinginan rahmat dari yang di imani dengan keinginan yang sangat kuat), Al Khusyu’ (tunduk dan mantap serta tenang terhadap yang di imani), Al Khsyyah (ketakutan untuk tidak mendapatkan rahmat dari yang diimani), Al Inabah (bertaubat dari perbuatan syirik dan kembali kepada Islam), Al Isti’anah (meminta tolong dalam perkara yang makhluk tidak mampu melakukannya), Al Isti’adhah(meminta tolong dari bahaya dalam hal makhluk tidak mampu mengatasinya), Al Istighotsah (meminta tolong dalam hal makhluk tidak mampu menolongnya), bernadzar(berjanji akan melakukan suatu perkara bagi dzat yang dimuliakan dan diagungkan bila mendapatkan ni’mat),dan lain-lainnya yang Allah perintahkan yang kesemuanya itu diperuntukkan bagi Allah semata. Maka barang siapa yang mempersembahkan amalan-amalan tersebut bagi selain Allah maka pelakunya tergolong musyrik dan kafir.

Selanjutnya syaikh Muhammad bin Abdulwahhab menyatakan bahwa:
Syirik Akbar itu ada empat macam yaitu :
a.   Syirkud Dakwah (yakni mempersekukan Allah  dalam berdoa kepada Allah Ta’ala dengan berdoa kepada selain-Nya) hal ini sebagaimnana termaktub  dalam firman Allah dalam surat Al-Ankabut ayat 65.
b.    Syirkun Niyyah wal Iradah wal Qashad (yakni mempersekutukan Allah dalam hal niat keinginan dan tujuan). Yaitu ibadahnya disamping diniatkan kepada Allah juga diniatkan kepada selain-Nya, menginginkan dengan amalannya itu selain ridha Allah  juga keridhaan untuk yang lain-Nya, menujukkan ibadahnya kepada Allah juga kepada selain-Nya. Sebagaimana firman Allah dalam surat Hud ayat 15-16.
c.    Syirkut Ta’ah (yakni mentaati selain Allah dalam hal menyatakan baik dan buruknya sesuatu, halal dan haramnya sesuatu walaupun itu semua diketahui bert entangan dengan syariat Allah. Hal ini dinyatakan dalam firman Allah dalam surat At-taubah:31 (termasuk syirkut ta’ah ialah bila seseorang membikin undang-undang yang melanggar syariat Allah dengan berkeyakinan bahwa undang-undang tersebut lebih baik atau sama baiknya dengan hukum Allah, sehingga mentaati undang-undang yang menyeleweng dengan syariat A llah itu dengan sepenuh-penuh ketaatan. Hal ini dinyatakan dalam surat An Nisa’ 65 dan Al An’am 121).
d.   Syirkul Mahabbah (yakni menyekutukan Allah dengan lain-Nya dalam hal mencintai-Nya. Karena ibadah itu sendiri adalah merendahkan diri dengan serendah-rendahnya disertai cinta yang sepenuh-penuhnya. Menyikapi selain Allah Ta’ala dengan sikap seperti ini berarti telah melakukan syirkul mahabbah) hal ini dinyatakan oleh Allah dalam surat Al Baqarah: 165.
2. Macam-macam perbuatan syirkul ashghor ialah seperti riya’ (yakni melakukan atau meninggalkan sesuatu amal sholih karena Allah tetapi akan lebih semangat amalan tersebut bila dilihat manusia). Hal ini sebagaimana dinyatakan oleh Allah didalam surat Al Kahfi: 110 dan dari hadits Nabi shalallauh alahi wasalam diriwayatkan: dari Jundab radhiyallahu `anhu dia mengatakan: Rasulullah shalallahu `alahi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang beramal untuk didengar orang, Allah akan perdengarkan kepalsuannya si hari kiamat, dan barang siapa yang beramal untuk dilihat orang, maka Allah akan memperlihatkan kepalsuannya di hari kiamat di hadapan segenap makhluk. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Termasuk syirkul asghar ialah bersumpah dengan selain nama Allah, umpamanya bersumpah atas nama nabi seperti menyatakan : Wan Nabi (Demi Nabi), atau dengan Ka’bah, seperti Wal Ka’bah (Demi Ka’bah) atau dengan nama para wali : Wa Syaikh Abdul Qadir Jailani dan selanjutnya. Smua ini adalah perbuatan syirkul asghar bila yang melakukan ini meyakini bahwa zat yang disebut namanya dalam sumpah tersebut mulia akan tetapi tidak semulia Allah Ta’ala. Akan tetapi bila yang bersumpah tersebut meyakini bahwa zat yang disebut itu mempunyai kemuliaan seperti kemuliaan Allah, maka pelakunya telah melakukan syirkul akbar. Demikinlah yang diterangkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin.

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Ubaidah bahwa Ibnu Umar mendengar seorang mengatakan :Tidak, demi Ka’bah. Maka berkatalah Ibnu Umar radhiyallahu anhuma: Janganlah dipakai sumpah-sumpah selain Allah karena aku sungguh pernah mendengar Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa bersumpah dengan selain Allah maka sungguh dia telah kafir atau telah berbuat syirik. (Riwayat Tirmidzi dan Abu Dawud).
At Tirmidzi mengomentari hadits ini demikian :
Ini adalah hadits hasan dan hadits ini ditafsirkan oleh sebagian ulama bahwa pernyataan Rasulullah shalallahu alaihi wasallam : Maka sesungguhnya ia telah kafir atau telah berbuat syirik adalah pernyataan yang maksudnya mengancam pelakunya dengan ancaman yang keras(yakni pelakunya tidaklah kafir keluar dari Islam), pengertian demikian berdalil dengan hadits ibnu Umar bahwa Nabishalallahu alaihi wasallam mendengarkan Umar bin Khattab berkata : Demi ayahku, demi ayahku. Maka Nabi bersabda : Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah melarang kalian bersumpah dengan bapak-bapak kalian. (yakni disini ditunjukkan bahwa Umar tidak dianggap kafir atau keluar dari Islam, sebab Nabi tidak memerintahkan masuk Islam kembali), and juga hadits dari Abu Hurairah radhiyuallahu anhu bahwa Nabi shalallahu alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa bersumpah dalam sumpahnya dengan perkataan : Demi berhala latta dan Uza, maka hendaklah ia mengatakan  Laa ilaha illa Llahu.

BERTAUBAT DARI SYIRIK

Adapun bertaubat dari perbuatan kedua jenis syirik tersebut tentunya disesuaikan dengan jenis syiriknya. Bila bertaubat dari syirik akbar tentunya dengan masuk Islam kembali, karena pada hakekatnya pelakunya telah murtad (keluar dari Islam). Sedangkan bretaubat dari syirik ashghor ialah dengan meminta ampun kepada AllahTa’ala dan menyempurnakan tauhidnya sehingga terjauh dari kedua jenis syirik tersebut. Maka kita harus rajin-rajin mempelajari tauhid dan segala prebuatan syirik yang akan merusakkannya. Dan setiap saat kita harus bertaubat dari perbuatan syirik yang kita ketahui atau yang kita tidak ketahui.

Kesatuan ummah - teguranku kepada mereka yang suka menghukum kafir saudara seagama..

Assalamulaikum wbt,..
hm,isu kafir mengkafir kali ini bukan sahaja bab kes parti tetapi juga kepada tokoh ilmuan...
Ramai ilmuan terutamanya dalam bab akidah(hal yang berkaitan dengan persoalan di mana Allah SWT berada dll) menjadi sasaran mereka untuk menghukum kafir dan sesat kepada saudara seagama..
Hati ini benar- benar sedih dan menangis kerana mengenang keadaan kedua belah pihak yang bertelagah pendapat disebabkan dalil dalam kitab-kitab para ulamak-ulamak besar dalam firkah masing-masing...

Kadang-kadang hairan juga dengan ilmu para tokoh ilmuan ini sehingga sanggup menghukum kafir saudara seagama sendiri..apa lagi sehingga hilang rasa malu dan langsung tidak berakhlak ketika berdebat ataupun berbahas..
mereka kata bukan berbahas dan berdebat,tapi berbincang..berbincang apanya kalau siap maki hamun dalam perbincangan???

Kata Ali Shariati, 'Rausyanfikir berbeza dengan ilmuan. Seorang ilmuan mencari kenyataan, seorang rausyanfikir mencari kebenaran. Ilmuan hanya menampilkan fakta sebagaimana terdapat, rausyanfikir memberi penilaian sebagaimana seharusnya. Ilmuan berbicara dengan bahasa universal, rausyanfikir - seperti para nabi - berbicara dengan bahasa kaumnya. ilmuan bersikap neutral dalam menjalankan pekerjaannya, rausyanfikir harus melibatkan diri pada ideologi.'

Aduhai saudaraku sekalian yang pintar-pintar dan berilmu sangat...
Lupakah kalian dengan ajaran Rasulullah SAW kepada kita?
...' ilmu manusia itu terlalu cetek sekali jika dibandingkan dengan ilmu Allah seumpama setitis air dibandingkan dengan air di lautan '...
kalian taksub dengan ilmu yang setitik itu bahkan sanggup menghukum kafir saudara seagama...
Bahkan kalian sudah jelas belum sempurna iman  sebagaimana hadis Baginda SAW;

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Sabda Rasulullah S.A.W.  yang bermaksud :"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).


Daripada maksud hadis tersebut sudah jelas kalian berada di lembah kerugian kerana tidak memahami makna sebenar ilmu kalian..


Bagaimana mahu berkasih sayang kalau mereka itu bukan satu firkah dengan kita?bahkan mereka mengajarkan pula ilmu yang sesat?
- Saudaraku,
Lupakah anda dengan sunnah Baginda SAW terhadap ummat Baginda?terhadap para sahabat dan juga kepada mereka yang masih kafir?
Sesungguhnya Abu Sa’id Al Khudriy bercerita: “ketika kami bersama Rasululluh Shallallahu’alaihi Wasallam dan beliau membagi-bagi sesuatu, datanglah kepada beliau Dzul Khuwaishiroh seorang berasal dari Bani Tamiim lalu berkata: “Wahai Rasulullah berbuat adillah!”. Lalu beliau menjawab: “celaku kamu, siapakah yang berbuat adil jika aku tidak berbuat adil. Engkau telah rugi dan celaka jika aku tidak adil”. Umar berkata: “Wahai Rasulullah izinkanlah aku memenggal lehernya” beliau menjawab: “Biarkan dia! Sesungguhnya dia memiliki pengikut, salah seorang dari kalian akan meremehkan sholatnya dibanding sholat mereka dan puasanya dibanding puasa mereka. Mereka membaca Al Qur’an tapi hanya ditenggorokan mereka saja. Mereka meninggalkan agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya”. (Mutafaqun alaihi). 


daripada maksud hadist diatas,kita perincikan pula maksudnya mengikut kefahaman kita seiring dengan maksud hadis dan sejarah tersebut;
1-  seorang dari kalian akan meremehkan sholatnya dibanding sholat mereka dan puasanya dibanding puasa mereka; - 
meremahkan solat orang lain dan membandingkan dengan solat kita(riak dalam Amalan)-menunjukkan dia lebih baik daripada si polan,iaitu merasakan diri dia lebih baik daripada orang lain.


saudaraku, 
berkasih sayang dalam islam terlalu luas maksudnya,..kita hanya perlu menunjukkan kasih sayang kita bermula daripada hati dan perbuatan..kita menyayangi saudara kita yang tersesat dengan ilmunya itu dengan mendoakan agar dia diberi petunjuk kebenaran oleh Allah SWT disamping kita menunjukkan kebenaran-kebenaran itu dengan dalil aqli dan naqli. Kita berakhlak pun sudah menunjukkan bahawa kita menjaga hak hablumminannas sesama manusia, iaitu tidak menguris perasaan saudara kita dalam apa jua keadaan agar tidak ada dendam (selumbar iblis) yang tertanam dalam hati agar dia mudah menerima teguran kesilapan itu dengan hati yang redha.  


Kisah  Rasulullah SAW menghalang malaikat yang mahu memusnahkan penduduk Taif .Ketika Baginda SAW pergi berdakwah kepada penduduk Taif, Baginda dicaci,dimaki,dihina dan dibaling dengan batu sehingga darah mengalir sampai di telapak kaki Baginda SAW..bahkan Baginda berdoa kepada Allah SWT supaya penduduk Taif itu diberi hidayah nur iman kerana mereka jahil tidak mengenali Tuhan Yang Maha Agung. Jelas bahawa kita seharusnya mendokan agar saudara kita itu mendapat petunjuk kebenaran Tauhid kepada mereka kerana telah Allah SWT mentakdirkan ilmu yang mereka pelajari itu  


Janganlah kita merasakan diri kita lebih baik daripada orang lain kerana belum tentu kita lebih baik daripada mereka dalam perkara yang lain. Dan sebagaimana kisah Nabi Musa ketika ditanyakan oleh kaumnya adakah Nabi Musa adalah orang yang sangat berilmu, maka Nabi Musa pun berkata, Ya, sayalah manusia yang berilmu dan memahami ilmu Tuhan,.maka dengan kata-kata itu Allah SWT menyuruh Nabi Musa AS bertemu dengan Nabi Khidir.
(kisah penuh-

 Laki-laki ini bertanya kepada Nabi Musa As., "Apakah di bumi ini terdapat orang yang lebih alim darimu?" Nabi Musa As. menjawab, "Tidak."
Nabi Musa As. adalah salah seorang Rasul yang mulia. Dia termasuk dari lima Rasul yang digelari Ulul Azmi. Nabi Musa As. menempati urutan ketiga diantara para Nabi dan Rasul yang mendapat gelar Ulul Azmi. Nabi Ibrahim As. berada di urutan kedua dan Nabi Muhammad Saw. di urutan pertama. Nabi Musa As. adalah Kalimullah (Nabi yang berbincang dengan Allah). Allah Swt. memberinya kitab Taurat yang berisikan cahaya dan petunjuk. Allah Swt. mengajarkannya banyak ilmu. Akan tetapi, seberapapun tingginya ilmu seorang hamba, dia haruslah tetap bertawadhu kepada Tuhannya. Jika dia ditanya dengan pertanyaan seperti itu, semestinya dia menjawab, "Wallahu a'lam." Seberapa pun ilmu yang dimiliki oleh seseorang tetaplah tidak ada bandingannya dibandingkan dengan ilmunya Allah Swt.
Allah Swt. mencela Nabi Musa As. yang tidak mengembalikan ilmu kepada-Nya. Allah Swt. mewahyukan kepadanya, "Ada, ada yang lebih alim darimu. Aku mempunyai seorang hamba di tempat bertemunya dua laut. Dia memiliki ilmu yang tidak kamu miliki." Manakala Nabi Musa As. menyimak hal itu, dia pun bertekad ingin menemui hamba shalih tersebut untuk menimba ilmu darinya. Nabi Musa memohon kepada Allah Swt. agar menunjukkan tempat keberadaannya. Allah Swt. memberitahu bahwa dia berada di tempat bertemunya dua laut. Allah Swt. memerintahkan Nabi Musa As. supaya membawa serta ikan yang telah mati. Musa akan menemukan hamba shalih itu di tempat di mana Allah Swt. menghidupkan ikan itu. Nabi Musa As. berjalan dengan seorang pemuda temannya menuju tempat bertemunya dua laut.
Dia meminta kepada si pemuda agar memberitahu jika ikan itu hidup. Keduanya sampai di sebuah batu di pantai. Nabi Musa As. berbaring di balik batu untuk beristirahat karena perjalanan panjang yang membuatnya letih. Di tempat itulah ikan itu bergerak- gerak di dalam keranjang. Dengan kodrat Allah Swt. ia hidup, melompat ke laut, membuat jalan yang terlihat jelas. Maka airnya berbentuk seperti pusaran, dan Allah Swt. menahan laju air dari ikan tersebut.
Si pemuda melihat ikan yang hidup itu, tetapi dia tidak menyampaikannya kepada Nabi Musa As. karena dia sedang tidur. Setelah terbangun, dia lupa menyampaikan perkara ikan tersebut kepada Nabi Musa As. Pemuda itu belum teringat kecuali setelah keduanya pergi dari tempat itu. Pada hari itu dan pada malam itu keduanya terus berjalan.
Pada hari berikutnya, ketika waktu makan siang telah tiba, Nabi Musa As. meminta pemuda itu untuk menghidangkan makan siang mereka berdua. Makanan mengingatkan pemuda itu kepada ikan, maka dia pun menyampaikan perkara ikan tersebut kepada Nabi Musa As. Ikan itu telah lompat pada saat keduanya beristirahat di batu kemarin. Perjalanan keduanya cukup mudah. Keduanya melewati tempat yang ditentukan, hingga kelelahan. Nabi Musa As. dan temannya berjalan berbalik menyusuri jejak semula yang telah mereka lalui, demi menuju ke batu tempat mereka beristirahat. Laki-laki yang dicari oleh Nabi Musa As. berada di sana di tempat di mana ikan itu lepas. Sampailah keduanya di batu itu. Keduanya mendapati seorang hamba shalih sedang berbaring di atas tanah yang hijau tertutup oleh kain, ujungnya di bawah kakinya dan ujung lainnya di bawah kepalanya.
Nabi Musa As. langsung memberi salam, "Assalamu'alaikum." Sepertinya daerah itu adalah daerah kafir. Oleh karenanya, hamba shalih tersebut merasa sangat aneh mendengar salam di daerah itu. Dia menjawab, "Dari mana salam di bumiku." Kemudian hamba shalih itu bertanya siapa Musa. Nabi Musa As. memperkenalkan diri sekaligus menyampaikan maksud kedatangannya. Dia datang untuk menyertainya dan belajar ilmu yang berguna darinya.
Hamba shalih itu berkata mengingkari perjalanan Nabi Musa As. kepada dirinya, "Apa kamu tidak merasa cukup dengan apa yang ada dalam kitab Taurat dan kamu diberi wahyu?" Kemudian hamba shalih itu menyampaikan bahwa ilmu mereka berdua berbeda, walaupun sumber keduanya adalah satu. Hanya saja, masing-masing mempunyai ilmu yang berbeda yang Allah Swt. khususkan untuknya. "Wahai Musa, sesungguhnya aku memiliki ilmu yang Allah ajarkan kepadaku yang tidak kamu ketahui. Kamu juga mempunyai ilmu yang Allah ajarkan kepadamu yang tidak Allah ajarkan kepadaku."
Nabi Musa As. meminta agar diizinkan untuk menyertainya dan mengikutinya. Dia menjawab, "Kamu tidak akan bisa bersabar bersamaku." Nabi Musa As. pun berjanji akan sabar dengan izin dan kehendak Allah Swt. Hamba shalih itu mensyaratkan atas Nabi Musa As. agar tidak bertanya tentang sesuatu sampai dia sendiri yang nanti akan menjelaskan dan menerangkannya.
Nabi Musa As. dan Nabi Khidhir As. berjalan di pantai. Keduanya hendak menyeberang ke pantai yang lain, dan mendapatkan perahu kecil yang akan menyeberangkan para penumpang di antara kedua pantai. Orang-orang sudah mengenal hamba shalih itu, maka mereka menyeberangkannya bersama dengan Nabi Musa As. ke pantai seberang secara gratis.
Nabi Musa As. dan Nabi Khidhir As. melihat seekor burung yang hinggap di pinggir perahu. Burung itu mematok air dari laut sekali, maka hamba shalih berkata kepada Nabi Musa As., "Demi Allah, ilmumu dan ilmuku dibandingkan dengan ilmu Allah hanyalah seperti yang dipatokkan burung itu dengan paruhnya dari air laut."
Ketika keduanya berada di atas perahu, Nabi Musa As. dikejutkan oleh Nabi Khidhir yang mencopot sebuah papan kayu dari perahu itu dan menancapkan patok padanya. Nabi Musa As. lupa akan janjinya, dengan cepat dia mengingkari.
Pengrusakan di bumi adalah kejahatan, yang lebih jahat jika dilakukan kepada orang yang memiliki jasa kepadanya, "Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat suatu kesalahan besar." (QS. Al-Kahfi: 71). Di sini hamba shalih itu mengingatkan Musa akan janjinya, "Bukankah aku telah berkata, 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama denganku." (QS. Al-Kahfi: 72). Pertanyaan Nabi Musa As. yang pertama ini dikarenakan dia lupa, sebagaimana hal itu dijelaskan oleh Rasulullah Saw.
Nabi Musa As. dan Nabi Khidhir terus berjalan. Nabi Musa As. dikejutkan oleh Nabi Khidhir yang menangkap anak kecil yang sehat dan lincah. Nabi Khidhir menidurkan dan menyembelihnya, memenggal kepalanya. Di sini Nabi Musa As. tidak sanggup untuk bersabar terhadap apa yang dilihatnya. Dengan tangkas dia mengingkari, sementara dia menyadari janji yang diputuskannya. "Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang munkar." (QS. Al-Kahfi: 74)
Pengingkaran Nabi Musa As. dijawab oleh hamba shalih itu dengan pengingkaran, "Bukankah sudah aku katakan bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat bersabar bersamaku?" (QS. Al-Kahfi: 75)
Di sini Nabi Musa berhadapan dengan kenyataan yang sebenarnya, bahwa dia tidak mampu berjalan menyertai laki-laki ini lebih lama lagi. Nabi Musa tidak kuasa melihat perbuatan seperti ini dan diam. Hal ini kembali kepada dua perkara. Pertama, tabiat Nabi Musa. Nabi Musa dengan jiwa kepemimpinan yang dimilikinya sudah terbiasa menimbang segala sesuatu yang dilihatnya. Dia tidak terbiasa diam jika menyaksikan sesuatu yang tidak diridhainya.
Dan kedua, dalam syariat Nabi Musa, pembunuhan seorang anak adalah sesuatu kejahatan. Bagaimana mungkin Nabi Musa tidak mengingkarinya, siapa pun pelakunya. Dalam hal ini Musa mengakui kepada hamba shalih tersebut. Musa memohon kesempatan yang ketiga dan yang terakhir. Jika sesudahnya Nabi Musa bertanya, maka dia berhak untuk meninggalkannya.
Keduanya lantas berjalan, hingga tibalah di sebuah desa yang penduduknya pelit. Nabi Musa dan Nabi Khidhir meminta kepada mereka hak bertamu. Namun mereka berdua hanya mendapatkan penolakan dari mereka. Walaupun demikian, Nabi Khidhir memperbaiki tembok di desa itu yang miring dan hampir roboh. Ini perkara yang aneh. Mereka menolak menerima keduanya sebagai tamu, tapi hamba shalih ini memperbaiki tembok mereka dengan gratis.
Di sini Nabi Musa As. memilih berpisah. Hal ini ditunjukkan oleh pertanyaan Nabi Musa As. kepada hamba shalih tentang alasan dia memperbaiki tembok secara gratis, padahal tembok itu dimiliki oleh kaum yang menolak mereka.
Seandainya Nabi Musa As. bersabar menyertai hamba shalih ini, niscaya kita bisa mengetahui banyak keajaiban dan keunikan yang terjadi padanya. Akan tetapi Nabi Musa As. memilih berpisah setelah hamba shalih ini menerangkan tafsir dari perbuatannya dan rahasia yang terkandung dari perilaku yang dilakukannya. Dan perkara ini tercantum dalam surat Al-Kahfi.
Adapun tiga hikmah yang ada dibalik tiga kejadian yang 'diajarkan' oleh Nabi Khidir kepada Nabi Musa adalah :
Kejadian pertama adalah ketika Nabi Khidir menghancurkan perahu yang mereka tumpangi karena perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu miliki rakyatnya. Ini sesuai dengan firman Allah Swt. "Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera." (QS Al-Kahfi: 79)
Kejadian yang kedua adalah ketika Nabi Khidir menjelaskan bahwa beliau membunuh seorang anak karena kedua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong bapak dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian anak ini digantikan dengan anak yang shalih dan lebih mengasihi kedua bapak-ibunya hingga ke anak cucunya. Ini sesuai dengan firman Allah Swt. "Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya)." (QS Al-Kahfi: 80-81)
Kejadian yang ketiga (terakhir) adalah dimana Nabi Khidir menjelaskan bahwa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua orang kakak beradik yatim yang tinggal di kota tersebut. Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah kedua kakak beradik telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang shalih. Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka bisa dipastikan bahwa harta yang tersimpan tersebut akan ditemukan oleh orang-orang di kota itu yang sebagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua kakak beradik tersebut masih cukup kecil untuk dapat mengelola peninggalan harta ayahnya. Ini sesuai dengan firman Allah Swt. "Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya". (QS Al-Kahfi: 82)
Akhirnya Nabi Musa As. sadar hikmah dari setiap perbuatan yang telah dikerjakan Nabi Khidir. Akhirnya mengerti pula Nabi Musa dan merasa amat bersyukur karena telah dipertemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang shalih yang dapat mengajarkan kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau dipelajari yaitu ilmu laduni. Ilmu ini diberikan oleh Allah SWT kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang bertindak sebagai seorang guru banyak memberikan nasihat dan menyampaikan ilmu seperti yang diminta oleh Nabi Musa as. dan Nabi Musa menerima nasihat tersebut dengan penuh rasa gembira.)

Rasanya Kalian sudah masuk perangkap Iblis ketika mempelajari ilmu yang kalian belajar itu..mungkin juga kalian terperangkap disebabkan belajar suatu ilmu itu tanpa disiplin ilmu itu(iaitu tidak mempelajari suatu ilmu tanpa seorang guru,tetapi hanya belajar melalui kitab) dan juga disebabkan mengkaji suatu kitab tanpa memahami maksud disiplin ilmu ketika mengkaji kitab tersebut..inilah budaya mencedok ilmu,belajar tidak habis terhadap satu bidang ilmu tetapi berhujah dan berdebat dalam bidang ilmu tersebut..
Kalian bukan Ulamak, tetapi seolah-olah kalian mahu menjadi ulamak sedangkan kalian bukan mendalami bidang dengan disiplin. Berhati-hatilah kalian,kerana ilmu itu bisa menjadikan kalian menyesal kerana kalian tidak menghormati ilmu tersebut..Seorang guru saya pernah berkata,'belajar satu bidang ilmu itu hendaklah dengan seorang guru, kerana belajar tanpa seorang guru itu anda akan belajar dengan syaitan(emosi untuk mentafsir satu bidang ilmu),jangan mentafsir kitab-kitab jika belum menguasai ilmu nahu dan nasorob,ilmu hadist dan Al Quran kerana mentafsir satu kitab asal(dalam bahasa arab) memerlukan pemahaman penuh dalam ilmu bahasa,dan jangan sesekali mempertikai ijtihad para ulamak-ulamak silam kerana mereka itu lebih hampir zamannya dengan para sahabat dan belum terputus nasab ilmu tersebut daripada Rasulullah SAW berbanding kita umat akhir zaman. Tegakkan perkara yang Makruf dengan segala kemampuan diri mengikut perintah Tuhan, dan cegahlah kemungkaran itu dengan kekuatan iman kamu.'


Selama saya belajar ilmu syariah berkaitan dengan hukum sesat dan murtad, kita dilarang sama sekali menghukum saudara yang lain dengan murtad selagi mana dia masih menunaikan tuntutan ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji kerana jelas mereka masih mengakui sebagai seorang muslim apatah lagi dia masih mengatakan diri dia sebagai seorang islam berpegang dengan syahadah..
Kesesatan yang jelas boleh dipertikaikan adalah berkaitan dengan akidah(syahadah), iaitu  mensyirikkan Allah secara jelas dan mengatakan ada nabi/rasul selepas nabi Muhammad SAW ataupun mengaku sebagai nabi, itu barulah boleh dikatakan kafir secara total.
Tetapi sekiranya dia masih mengaku sebagai orang islam tetapi terpengaruh dengan firkah selain daripada Ahlulsunnahwaljamaah(ASWJ) maka kita dilarang sekali menghukum kafir.Kerana firkah itu masih sebahagian daripada cabang islam sebagaimana hadist;
...islam itu akan terbahagi kepada 73 firkah,cuma satu sahaja yang diterima oleh Allah SWT,iaitu Ahlulsunnahwaljamaah(ASWJ)...
Tidak dinyatakan langsung selain ASWJ itu kafir..
Sedarlah saudaraku yang yang berilmu sekalian, perpecahan umat islam yang utama sekali sejak zaman para sahabat ialah fitnah dan menghukum kafir kepada firkah yang lain sedangkan Allah SWT sendiri sudah mengakui bahawa mereka itu masih islam..bukanya kafir sebagaimana yang kalian dakwa..sesat itu pula bergantung kepada keadaan penggunaan ilmu tersebut,kerana hanya Allah SWT sahaja yang layak menghukum dan berhak ke atas setiap hamba-hambanya yang hidup di muka bumi ini.  
















Selasa, 29 Mac 2011

MENCARI YANG HILANG - Farah Leia Az-Zahra

YA ALLAH
YA RAHMAN
YA RAHIM

Di jalanan ini
Apakah yang ku cari
Dunia segala yang ada
Kesepian mencengkam dada

Mereka sedang bersuka
Menikmati kemanisan dunia
Mengapa sunyi ku rasa lalu mencari sesuatu kekal
Yang telah lama hilang
Ditelan cinta dunia

Mencari yang hilang
Ku kembali kepada Yang Maha Esa
Dia dari Dia Yang Hakiki kekal abadi

Isnin, 28 Mac 2011

Wa sama lu, Lu sama Wa,..hakikat jiwa inginkan kasih Tuhan..


Aku Dah Dewasa - Biarkan Aku Berpesta Buih!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, December 10, 2010 | Category: , |






[Harap Maaf , Artikel ini mengandungi ayat-ayat pasar , ayat-ayat slanga dan ayat-ayat yang tidak sesuai untuk dijadikan surat rasmi , karangan atau tesis rasmi - Terima Kasih

Assalamualaikum W.B.T

Apa korang , penulis U-jam , aku ada belek2 blog ni..mmg banyak la artikel2 agama yang ada , ada jugak artikel2 pasal perjuangan islam , pastu ada jugak artikel kupasan isu semasa ikut kacamata korang.Kalau diikutkan hati aku yang brutal ni pun boleh cair dengan tulisan korang.Tapi aku kesian, tak semua manusia nak baca artikel korang , sebab bila tengok tajuk pun dah naik bulu roma...tambah2 orang macam aku yang tak suka benor dengan cara skema korang,

Woi budak2 u-jam,memang aku dah cair dengan korang,kau kena ingat aku ni spesis yang mudah cair dengan ceramah ke , motivasi ke..tapi aku kene mengaku ada sekali tu air mata aku otomatik mengalir bila ada aku baca artikel dalam blog korunk!- apa yang korang buat kat aku ha...tak penah2 aku yang brutal pesta ni nak cair gini Waaaaaaaaaaaaaa!

Aku ni ikut perkembangan..lifestyle kene pro beb..aku geli dengan cara skema , sopan santun tak tentu arah korang..kalau pakai kene ikut fesyen beb...life pun kene ikut fesyen..kalo tak kapel skunk musti korang kene gelak beb!

Aku cari korang malam minggu ,korang dengan muka tembok edar2 risalah anit-maksiat la..apa la...patah nafsu aku malam tu! aku dgn budak2 aku main motor beb..banyak cite yang korunk tak tahu pasal kitaorang ni...heppy beb..awek2 skunk yang spesis pesta cam aku la..dorang cukup respek budak2 aku..berani jiwa beb!..hidup mesti berani baru boleh jadi senang!

Aku tak kisah apa nak jadi dengan dunia ni..apa nak jadi dengan malaysia ni...aku heran apasal korang terhegeh2 buat demonstrasi ke...pilihanraya ke..pergi mampus dengan politik! tapi aku respek budak2 baju merah masa demo..dorang cool beb! , sempoi ! berani giler ..kene pijak dengan polis pun steady beb! kalau aku mampus kene bayar pun aku tak pegi! - tapi bila aku tanya budak2 baju merah cakap dia datang pun naik komuter duit sendiri...aku..aku...aku jiwa beb! air mata aku ni mahal bro!

Aku dengan budak2 aku join je mana2 bro..ada geng putera datang ajak kitaorang konvo..baju free beb, minyak free, dapat duit rokok lagi...awek2 tengok macho bro!lepas program pegi jahanam la korang! hahahaha janji kitaorang seronok!

Aku ni tak pandai mengarang bro, sori la ayat aku lintang pukang , tapi aku nak tanya satu yang aku tak puas hati , sebab lu tak kenal lagi gua siapa , bawah gua ada ramai budak2 bro! , sekali gua petik dorang datang back-up aku..aku nak tanya kenapa air mata aku boleh menitikkkk! , bila baca artikel korunkkk!, aku tak puas hati!

Bro, gua x kenal lu siapa...tapi bro gua nak kenal lu..gua nak tengok muka lu..lu ni siapa???, kenapa lu dengan budak2 lu yang skema tak terliur nak berpesta??? , life is short bro..ni masa kita nak pesta , masa muda bro..nanti lu dah tua nak mati baru lu nak terhegeh2 pesta?..awek pun lari bro tengok muka lu yang tua kerepot..hahahaha!

Gua nak pesan bro...gua tak kira lu siapa..tapi gua respek dengan hormat lu, lu x pernah melenting bro, lu tak pernah maki budak2 gua, lu tak melawan nak cari gaduh dengan budak2 gua , kenapa bro?.. lu x ada jiwa ke?

Gua ni bro..rasa tak padan dengan budak2 lu...bro, gua ada peluang lagi ke bro?..dengan serabai gua ni , dengan dosa gua bertimbun2 , bro lu biar betul! , gua tikar sejadah lama tak cecah bro!boleh ke bro?..lu jangan ingat gua tak ada jiwa bro...memang kalau gua gaduh gua tak ingat mati..tapi gua ni ada hati jugak bro..lu jangan ingat gua ni macam dajjal!

Bro...lu ingat senang ke orang macam gua nak berubah?...mana gua nak campak awek gua keliling pinggang ni? nanti dorang booo gua bro!, tapi bro gua dalam dilema sekarang ...kadang2 masa gua tgk mak gua sembahyang...gua rasa sayu bro...kesan artikel bro..kesan mak gua sembahyang...gua nangis bro...gua nagisssss!

Gua penah pujuk diri gua , bodoh nangis , kalau budak2 gua tau mampus kene gelak!, tapi tak boleh bro...gua geram bro!..tu yang gua hantar mesej ni kat lu!

Bro...gua kalau nak berubah macam magic tu tak ada la bro...kadang2 gua bosan bro tu yang gua pesta..budak2 lu tak bosan ke bro?

Gua letih bro....masa gua hanta mesej ni setitik dua air mata menitis bro...gua x tipu bro!!! , kalau lu kenal budak2 gua lu mesti tak sangka!

Bro...kali ni gua jujur dengan lu...gua nak pesan lu jaga adik2 lu , tak kira la laki ke pompuan ke...tambah2 adik2 pompuan lu , pompuan ni dia memberontak bro ..sekarang kalau lu tengok bersepah budak pompuan seksi2 bro...dorang memberontak bro! , dorang nak cari hero macam budak2 gua! tapi gua nak pesan...gua respek dengan budak2 lu , gua rasa adik2 didik lu..pakai tudung labuh tengah panas bro...gua nak pesan..lu pesan kat adik2 lu yang pompuan..jangan suka2 taip atau cakap perkataan "party" tak kira la dalam buku sekolah ke..dalam komen fb ke dalam sms ke ..mana2 lah bro yang orang boleh baca sebab tu kod rahsia budak2 gua..party ni maknanya bebas bro!..bukan parti politik tu bro..ni parti pesta!, takut adik2 lu terjebak bro..pompuan ni senang bro...sekarang lagi senang!. budak2 gua x kira bro..semua dorang sapu!

Kadang2 budak2 gua gelak bro...tak payah keluar modal banyak..senang giler dapat..budak2 pompuan skunk lak terhegeh2 posing sana posing sini..pakai tudung baju sendat , kalau pakai baju kurung pun boleh nampak shape la bro!..tu semua budak2 pompuan wat gitu untuk siapa bro?..untuk budak2 gua lah!...budak2 pompuan ni saja nak tarik perhatian budak2 gua...gua tak jamin bro!

Gua nak jujur dengan lu..sebab gua respek hormat lu...jangan bro..bagitau kat budak2 lu jangan nak terjebak dengan budak2 gua... gua tak jamin bro..jangan dorang nak rasa bebas macam budak2 gua..jangan dorang ada niat nak jadi macam budak2 gua..budak2 pompuan..jangan dorang ingat bila budak2 gua angkut korang..korang rasa bangga dah ada balak! pergi mampus!

berapa ramai budak2 pompuan skunk yang merana bro!, budak pompuan ni bodoh! main ikut je ..konon memberontak la..konon EMO la...konon party la...konon underground rebel lah…!, disko ni dah macam rumah kitaorang bro…sebut je mana tempat..club mana gua x cecah?..emporium..Chinoz..silent disco..?

Bro gua jujur dengan lu...gua pling brutal gua x layan bro awek2 ni..ringan2 ada la bro..tapi gua x penah buncitkan anak dara orang...orang lain gua tak tau!

Sebab apa bro?..sebab apa gua hantar mesej ni...sebab gua nak jumpa lu.. lu kontek gua kat nombor ni 01x xxxxxx ataupun email gua xxxxxx@gmail.com ..skang gua tinggal kat tmn xxxxx

Bro...Gua nak cuci tangan! tolong jumpa gua bro!

u-jamv3.0 - "Gua" dalam mesej ini adalah seorang sahabat yang kini bersama-sama untuk mengislahkan diri , alhamdulillah...beliau membenarkan mesej ini dijadikan artikel dalam blog ini.kini beliau telah berhijrah..meninggalkan tempat asalnya dan bekerja di negeri lain dan berjanji akan pulang semula untuk ke rumahnya berjumpa ibunya pada Aidilfitri 2011

Semoga artikel ini menjadi pengajaran kepada diri saya sendiri dan untuk dikongsi bersama-sama sahabat...

Wallahu'alam...