Ahad, 31 Oktober 2010

Marcellow...

Geli gelaman,
tetapi mengasyikkan,
Menakutkan,
tetapi tenang,
Bahaya,
tetapi selamat,
Ganas,
tetapi lembut,
Pemarah,
tetapi penyayang,
Sang Penyendiri,
tetapi sang perindu,
Payah dibelai,
tetapi suka dibelai,

TETAPI KASIHAN
sentiasa diburu,
dibunuh,
disiat-siat,
kerana kulit mu.

Senyap dan pantas kelebihan mu,
Manja bila dibelai,
Sisik berkilauan,
Hikmah penciptaan Tuhan,
Tanpa kaki dan tangan,
Mampu membunuh dengan senyap,
Menelan mangsa sebesar badak,
Sekali dibelit,
Sukar dirungkai.

kerana kilauan sisikmu,
corak si batik,
memukau mata memandang,
MARCELLOW
Namamu ku beri.




Selasa, 26 Oktober 2010

Nun Di Sana Cita-cita Kita.

nun di sana cita- cita kita,
yang akhirat namanya,
di dunia ini bukan tempat tinggal,
disini hanya sebentar tidak kekal,
betulkan niat dari sekarang,
tukar sikap kita yang merugikan,
Quran dan sunnah jadikan panduan
agar esok kita tidak kekesalan
biar susah sedikit kerana Tuhan
untuk menghindar kesusahan yang besar
yang tidak sanggup di tanggung badan
ambillah iktibar kalau mahu sedar.
disana tiada taulan yang membela,
amal ibadah itulah pembela kita,
ayuh bersegralah membuat kebajikan
jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan,
pangkat dan harta tidak akan kekal 
bahkan apa yang ada akan ditinggal 
hidup di dunia hanya sementara 
buatlah persiapan untuk ke sana.
ayuh ber segralah menuju Allah
taatilah Dia minta ampun padaNya
mati bila-bila masa boleh tiba,
jangan sampai kita tidak bersedia.

Ahad, 24 Oktober 2010

fikir- fikir, buka dan ubah mentaliti diri, dan masyarakat..belajar dari pengalaman orang lama.

 Seronok duduk- duduk menikmati pemandangan alam landskaping di rumah pakcik awal- awal pagi.. sambil- sambil menikmati keindahan landskap, saya berbual- bual dengan pakcik... cerita kami banyak berkisar kepada landskap sekitar rumahnya. Dia menerangkan idea- idea landskap yang telah dia buat selama 3 tahun ini. Saya berkata dalam hati,'wah,ini satu jangka masa yang panjang'. Cuba anda bayangkan kawasan rumah yang cuma seluas 2 lot ( 1 ekar dibahagi kepada empat lot) memerlukan satu tempoh masa yang penjang untuk membentuk landskap yang amat memuaskan hati sendiri dan juga pengunjung.

 Pada asalnya kawasan rumah sangat kotor dan kawasan semak yang menjadi kawasan pembiakan ular dan binatang berbisa yang lain. Tetapi ianya berubah menjadi satu kawasan yang indah pada tahun ini(2010) sehinggakan ianya layak dijadikan kawasan perlancongan agrotik.
 Seni landskap memerlukan satu sifat kesabaran dan kreativiti yang amat kuat serta berpanjangan kerana ianya mengambil masa yang panjang untuk membentuk satu kawasan landskap yang bermula daripada pembersihan kawasan, penanaman bunga, susun atur hiasan, seni bina, binaan bangunan rumah dan kolam, pembinaan jalan, penempatan kilang memproses gaharu yang tidak mencemarkan alam dan pemuliharaan kawasan hutan semula jadi. Perbelanjaan untuk seni landskap bergantung kepada penggunaan bahan seperti simen, pasir, batu, kayu dan pembelian bunga hiasan. Anggaran perbelanjaan landskap kawasan rumah pakcik saya anggarkan dalam lingkungan RM 50 ribu. Memandangkan kos itu terlalu besar, sudah pasti menjadi suatu kepuasan apabila mendapat satu kawasan landskap yang amat menenangkan dan menyegarkan di kawasan rumah sendiri.
    Sambil mengemas pasu - pasu bunga, pakcik berkongsi beberapa pendapat dan rancangn masa akan datang. Dia mengesyorkan supaya saya membuat satu perkara yang menjadi satu kepuasan dan sebagai satu sumber ekonomi dari rumah, iaitu 'satu rumah, satu industri'. Memandangkan kawasan perumahan di blok kami memiliki satu kawasan landskap semula jadi yang unik, iaitu memiliki kawasan tadahan air semulajadi, berbukit dan masih ada hutan simpan yang penuh dengan flora dan fauna, ianya amat sesuai untuk dijadikan kawasan perlancongan. Mungkin ramai yang berfikir, ianya pasti memerlukan kos yang amat besar, tetapi sebenarnya ia amat murah dan mudah jika dibandingkan dengan pelan perniagaan perkhidmatan yang lain.

 Pakcik menambah lagi, 'kamu mempunyai satu kelebihan lain iaitu penjinak binatang secara semulajadi dan minat kamu lebih kepada pemeliharaan haiwan'. Secara jujur, saya memang meminati bidang penternakan dan pemuliharaan haiwan liar. Ramai kenalan menyuruh saya supaya bekerja sebagai renjer atau pun penjaga haiwan di zoo, tetapi berlainan pula kepada pakcik. Dia menyuruh saya membuat penternakan dan pemuliharaan haiwan liar itu sendiri. Tidak perlu bekerja dengan orang, kerana ianya akan menguntungkan orang lain, tetapi jika kita sendiri yang buat, ianya memuaskan hati dan menjadi satu sumber ekonomi sendiri.

  Cuba kita fikirkan, kehidupan kawasan kampung amat tenang dan kebanyakkan orang yang tinggal di kawasan kampung tidak mempunyai masalah dari segi sumber makanan walaupun tidak memiliki kewangan yang banyak setiap bulan. Bahkan ramai orang kampung membeli kenderaan dan barang rumah secara tunai tanpa berhutang. Hal ini adalah disebabkan mereka mengusahakan sumber makanan sendiri tanpa membeli barang makanan harian kecuali apabila mengadakan kenduri barulah mereka membeli bahan makanan di pekan. Perbelanjaan di kampung sangat rendah berbanding kehidupan di pekan dan bandar dan segala kelengkapan barang rumah di kampung lebih mewah berbanding di bandar. Bayangkan, setiap rumah di kampung memiliki sekurang- kurangnya satu lot tanah, berbanding di bandar yang kebanyakkannya berkongsi satu lot tanah dan bukan memiliki lot tanah.
  Ramai orang di bandar mengatakan orang kampung ini miskin kerana tidak berpendapatan tetap dan kewangan yang sedikit jika dibandingkan di bandar. Pendapatan rendah di bandar adalah sebanyak RM 2,000.00, dan pendapatan rendah di kampung RM 300.00. Sudah pasti angka itu terlalu jauh perbezaannya, tetapi yang peliknya, pendapatan itu adalah sama taraf hidupnya. Di kampung tidak perlu memikirkan soal bayaran bil air setiap bulan kerana memiliki sumber paip air, tetapi di bandar, air menjadi satu beban kepada perbelanjaan rumah. Perbezaan yang ketara dalam kehidupan di bandar dan kampung ialah sifat dan sikap orang. Pembaziran kewangan berlaku di bandar, tetapi tidak di kampung. Bahkan penjimatan menjadi amalan harian orang kampung.

 Berbalik kepada ' satu rumah, satu industri', ianya sangat mudah dilakukan di kampung, dan pendapatan industri dalam rumah sangat menguntungkan jika dibandingkan di bandar. Kos industri di kawasan kampung sangat rendah berbanding di bandar kerana sumber bahan mentah amat mudah diperolehi dan kebanyakkannya tidak perlu dibeli kerana ianya sudah tersedia di halaman rumah.
 Ramai orang berfikir bahawa bekerja dengan kerajaan maupun sektor swasta menjamin kehidupan. Benar, kerana mempunyai pendapatan tetap setiap bulan, tetapi ianya belum mampu menampung perbelanjaan masa hadapan. Ramai yang bekerja dengan sektor kerajaan maupun swasta kelihatan hidup dalam kesenangan kewangan, tetapi sebenarnya hidup dalam kesempitan kewangan dan taraf hidup yang statik. Perbelanjaan ketika 'bujang', tidak sama dengan perbelanjaan berkeluarga. Bahkan keperluan harian semakin bertambah setiap masa apatah lagi dengan harga barang mentah yang tidak stabil dan sentiasa melambung tinggi.
 Tetapi jika dibandingkan dengan membuat sumber pendapatan sendiri seperti berniaga, bertani, dan menternak, segalanya bergantung kepada usaha yang lebih dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Bahkan pendapatan hasil daripada perniagaan, pertanian, dan penternakan sentiasa meningkat dan berlipat ganda lebih daripada pendapatan bekerja dengan orang, kerajaan, dan juga sektor swasta.
 Pada awal langkah untuk memulakan usaha mencari sumber pendapatan, graduan dari universiti yang memilih untuk bekerja 'makan gaji' akan bersaing untung mendapatkan pekerjaan dengan graduan- graduan lain dari semua universiti yang ada di Malaysia, dan sudah pasti akan 'menanam anggur' selama setahun. Manakala graduan yang memilih untuk membuat sumber pekerjaan akan terus berhempas pulas membuat pelan pekerjaan dalam tempoh masa setahun. Segalanya memerlukan usaha, kebijaksanaan dan juga kesabaran. Risiko yang dihadapi adalah rezeki yang ditentukan oleh Tuhan. Kepada yang memilih untuk mencari kerja akan menghadapi temuduga pekerjaan sebelum mendapat kerja, manakala yang memilih untuk membuat kerja, akan menghadapi satu proses penapisan semulajadi, iaitu usaha yang berjaya, ataupun gagal. Sekiranya berjaya, dia akan terus maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang, sekiranya dia gagal, dia perlu bermula daripada bawah semula atau pun menyelesaikan punca kegagalan tersebut.
 Pada tempoh masa ketika dalam percubaan awal perkerjaan, yang bekerja dengan sektor kerajaan akan menunggu tempoh tiga bulan dan belum mendapat gaji selama dua bulan, begitu juga dengan sektor swasta, selama 3 bulan mereka cuma mendapat elaun sebanyak RM 400(ikut jenis syarikat) pada bulan pertama, kedua dan ketiga. Tetapi berlainan pula kepada yang membuat kerja sendiri, mereka akan terus menerima hasil titik peluh sekurang- kurangnya dalam RM 3,000 pada bulan pertama selepas melepasi tempoh setahun,bahkan ada yang memperoleh sebanyak RM 10,000.
 Dalam tempoh 5 tahun, hasil titik peluh daripada kerja makan gaji sebanyak RM 3,800( gaji sebulan).Pendapatan sebulan hasil daripada 'kerja sendiri' sebanyak RM 5,000 - RM 30,000.
 Setelah melepasi tempoh 10 tahun, yang bekerja dengan sektor kerajaan dan juga swasta berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat maka gaji mereka turut naik mengikut label pangkat yang mereka dapat dalam lingkungan RM 3,000- RM 10,000. Manakala bagi mereka yang berusaha keras dalam tempoh masa 10 tahun dalam bidang perniagaan akan duduk rehat menguruskan perniagaan kerana sudah berada dalam kedudukan stabil yang mana pendapatan sebulan sebanyak RM 10,000- RM 100,00.

Khamis, 21 Oktober 2010

sudah sunnah orang berjuang


sudah sunnah orang berjuang,
mengembara dan berkelana,
miskin dan papa jadi tradisi,
berenggang dengan anak dan istri,

biasanya para pejuang, 
rumah mereka merata - rata,
rezkinya tidak menentu,
tidur baringya tidak berwaktu,

orang lain membuat harta,
tapi dia membuangnya,
orang lain kawan terbatas,
tapi pejuang kawan merata,
orang lain musuhnya kurang,
pejuang musuh tidak terbilang,

tidak kurang yang sayang kepadanya,
orang  lain mati dilupa,
para pejuang tetap dikenang,
sejarahnya ditulis orang,
makamnya sentiasa diziarahi,
perjuangan tetap diingati.


Sinta(cinta)


Sumandak nopo nga,
     Tondu poginawaan die kusai,
Tanak wagu nopo nga,
     Kusai poginawaan die tondu,

Miupus - upus,
     Milangad - langad.
Misorow - sorow,
     Eling - elingan.

Soira do mijumpa,
     Mindaling - daling.
Soira do kumawin,
    Au pasti.

mihad - ihad pende sokiro do kopiada,
Kande netianan gara-gara do mikawin sebolum minikah
Haro do moi iros (moi giwis)
Ouru do mannasal..

Otopot boros id molohing - lohing;
Kada misinta sekiro do inggaa' tusin do kumawin,
Kada misinta salagi po pinsikul,
          Misinta kow soira do kitusin pemalanja do tanak om sawo,
          Misinta kow soira ajamin noh masa dapan kow;
                - ki kerita,
                - ki walai,
                - ki penubak gisom tapatai.

Irih noh tanganak baino,
Misinta om mikawin,
Oduhan nogi molohing,
Immokinongow.

Ugama po nga mongoduh do misinta sobolom do koponikah,
miagal dit hadish Nabi Muhammad:
" inggaa sinta salain minikah"

insomnia


Siok betul bila dapat tidur malam,
Boring bila tidak dapat tidur malam.

Tidur malam,
Berjaga siang.
  Berjaga malam,
  Tidur siang.

 Ingatkan kelawar ja yang aktif malam,
 Rupa - rupanya manusia pun aktif waktu malam.


Student bangun tengah malam,
 Belajar.
Ulamak bangun tengah malam,
 Solat sunat tahajjud.


Pelik manusia ni,
Berjaga malam,
Ingatkan memang tidak tidur malam,
Rupanya bertugas waktu malam,
Pak Guard.

Inilah penyakit manusia zaman sekarang
Matahari pada waktu malam,
Bulan waktu siang,
Insomnia.....

sepinya malam ni..


Sepinya malam ni,
gelap, 
tanpa cahaya bulan dan bintang,
sunyi, senyap, tidak bising ...
hanya kedengaran bunyi cengkerik dan air mengalir,
lenanya tidur bagi yang sedang tidur,
lena diulit mimpi,
mimpi yang mengasyikkan,
seronok, ghairah, bahagia, 
tetapi ada juga yang mengigau,
menangis, marah, tertawa, bercerita,
ragam manusia bila mati semantara,
tapi kaku... 
bila mati buat selamanya....




Isnin, 18 Oktober 2010

Jawapan kepada makalah Welas Eric Samson-17okt 2010(ahad) bahagian ke2

Saya tidak akan menjawab soalan kamu yang simple itu sebab jika ianya terlalu simple, mustahil kamu tidak mampu menjawabnya. Ok, mari kita lihat. Siapa Tuhan sebelum YESUS jadi Tuhan. Mari kita rujuk Bible (dalam terjemahan yang kita fahami). Tapi, soalan kamu salah, dalam Bible, mana ayat yang menyatakan bahawa setelah Yesus lahir, mati dan bangkit semula, Dia telah diisytiharkan menjadi Tuhan?. Give me a citation please. :)

Now, mari kita lihat peristiwa Kelahiran Yesus yang AJAIB. Maria, seorang perawan dipilih oleh ALLAH untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Kita rujuk bible, setelah Maria bertanya bagaimana itu mampu terjadi sebab dia belum berkahwin. Dalam Luke 1: 35a “Jawab Malaikat itu kepadanya : Roh Kudus akan turun atasmu dan Kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau”. Jelas , kelahiran Yesus tidak terjadi kerana persetubuhan diranjang oleh lelaki dan wanita.(ALLAH BAPA = YESUS KRISTUS = ROH KUDUS). Kamu perlu faham akan konsep kesamaan ini sebelum mengatakan siapa Tuhan sebelum Yesus? Sedangkan ternyata yang turun ke dunia adalah Roh Allah Bapa sendiri yang menjelma menjadi manusia. Kenapa Dia menjelma menjadi manusia? Jawapannya ialah untuk menyelamatkan Umat manusia, jika dia menjelma menjadi makhluk yang lain, bagaimana manusia mahu percaya akan itu? Bukan begitu ambalut?Renungkanlah.

Jadi bagaimana? Saya pula mau tanya, Yesus (Isa Almasih) lahir sebelum Muhammad lahir. Nama Isa Almasih juga terdapat dalam al-quran kan? Jadi kamu percaya yang Isa (Jesus) wujud. Siapa yang cipta manusia sebelum itu?Sebelum Muhammad lahir? Jawapan, berdoa, buka buku, tanya akal.PASTI!!! bukan mudah-mudahan, anda pasti menemukan jawapan soalan simple itu. Haleluyah!

Ido, saya sedih kerana ramai yang masih belum faham erti kematian&pengorbanan Yesus untuk manusia yang berdosa seperti saya, seperti kita semua. Ini dilakukan semuanya kerana KASIH. Pernahkah ada sesiapa didalam dunia in yang amat mengasihi kamu sehingga Dia sanggup mati untuk kamu agar kamu bebas daripada kematian(neraka)? Bagaimana kamu begitu pasti akan keselamatan yang bakal kamu terima jika kamu tidak mempunyai Penyelamat? Yesus bukan sekadar memberi” petunjuk dan hidayah” kepada kita disaat kita hampir putus asa.Tapi Dia yang hadir berjalan bersama-sama dengan kita.

Fakta yang jelas dan benar itu sentiasa dituntut oleh mereka yang ragu-ragu akan kebenaran kepercayaan yang mereka ikuti. Jika anda benar-benar yakin akan Islam, maka alquran lah yang akan menjadi landasan sebenar anda, kenapa kita perlu berhempas pulas untuk mengaitkan sains dan teknologi dengan buku yang diwahyukan Tuhan melalui perantaraanNya?
Kenapa saintis guna alquran dalam penyelidikan? Macam mereka guna buku rujukan? Jika itu kamu anggap sebagai kekurangan Bible, bagaimana jika saya kata saya bersyukur saintis tidak menggunakan Bible hanya untuk meneruskan kajian yang bermacam-macam bentuk. Saya risau sekiranya mereka juga mendapat ilham untuk membuat pengklonan setelah mereka merujuk alquran. Sedangkan, itu melanggar hukum suda kan? Harap2 tidak lah. Tapi saya tidak kisah dan lagi saya bersyukur saintis tida guna bible dalam penyelidikan. Nanti jika apa2 jadi sama dunia nanti, harap2 alquran tidak dipersalahkan.Amen. Bible merupakan Firman Tuhan, untuk dijadikan pedoman dan kekuatan bagi manusia.Bukannya buku rujukan ilmiah macam buku sains tingkatan 5. Jauh berbeda. Tapi dalam Amsal, kita banyak dituntut untuk mendapatkan hikmat. Tuhan beri kita akal, tapi tidak ada satupun yang boleh tanding Tuhan. Jadi, mari kita khaskan bible mahupun alquran dalam landasan yang benar. Jangan campur aduk antara rohani dengan duniawi. Dunia sementara sahaja, our good spiritual life give us eternal life. 

Untuk kejadian siang malam, bulan dan matahari? Mari kita belajar bahasa pula.Sememangnya Tuhan itu bijak dari kita, dia tidak menggunakan istilah Bulan dan matahari. Bagaimana siang dan malam dipisahkan?. Dalam kejadian 1:2 (Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita dan menutupi samudera raya.) Kejadian 1:3-5a (Berfirmanlah Allah, “Jadilah terang.” Lalu terang itu jadi.Allah melihat bahawa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam.) Ambalut, terang itu siang, gelap itu malam. Matahari itu bintang yang mengeluarkan cahaya, bulan itu memantulkan cahaya yang didapat drpd matahari. Jadi, kedua2 objek ini mengeluarkan cahaya. Bagaimana juga Tuhan mahu berkata jadilah Matahari. Dan Jadilah juga bulan supaya bila ia muncul itulah malam. Sedangkan bulan boleh dilihat pada waktu siang? Untuk memudahkan manusia agar tidak berfikir panjang2, Tuhan tidak mengatakan bulan merupakan indicator hari sudah malam. But, instead, He says “gelap itu malam”. Mungkin kita keliru, tidak Lapangkan dada untuk membaca dan terburu2 menangkap maksud Allah.

Apa yang kamu anggap silap dalam Bible itu adalah perasaan yang ingin mencari kesilapan berbanding perasaan ikhlas dan jujur untuk mengetahui sesuatu.Jom tanya yang lagi pakar tentang hal ini. Ask Jesus..

Menurut alquran, bagaimana Adam diciptakan? Manusia pertama telah wujud dengan begitu ajaib sekali, bukan melalui pertembungan sperma dan ovum . Kejadian 1:7 ( Ketika itulah Tuhan Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup) Jelas kan, menjadikan, tidak sama dengan memperanakan, lagipun sudah dijelaskan dalam Kejadian 1:7. Apa lagi yang tidak difahami? Bukan bahasa Sanskrit yunani pun. 

Sudah semestinya kereta itu bukan anak anda, sebab kereta itu benda yang mati. Its common knowledge, I know it because it don’t breath like human. Right? Adakah kenyataan ini mahu menyangkal yang Tuhan Allah itu BAPA orang kristian? Kalau Ya, its alright to think like that. Maybe because you don’t have that strong relationship with your God. Hubungan kami yang erat menyebabkan kami memanggilnya juga Bapa. Nanti saya akan jelaskan mengapa, panjang lebar sudah sharing saya ni. Sorry.

Yup, betul tu, manusia diberi akal fikiran, hikmat untuk menilai kebenaran, tapi kebenaran yang dicari itu tidak pernah akan salah. Manusia yang bakal melakukan kesilapan sewaktu proses penilaian kebenaran itu. Saya harap anda tidak tersilap. Mari kita guna peluang ini sebaik yang mungkin. Pray in Jesus Name!! Be blessed!! Love of God be with you always!!



JAWAPAN DAN HURAIAN PERSOALAN DAN DAKWAAN Welas Eric Samson DI ATAS:

Pada kenyataan kamu pada perenggan pertama:
Saya tidak akan menjawab soalan kamu yang simple itu sebab jika ianya terlalu simple, mustahil kamu tidak mampu menjawabnya. Ok, mari kita lihat. Siapa Tuhan sebelum YESUS jadi Tuhan. Mari kita rujuk Bible (dalam terjemahan yang kita fahami). Tapi, soalan kamu salah, dalam Bible, mana ayat yang menyatakan bahawa setelah Yesus lahir, mati dan bangkit semula, Dia telah diisytiharkan menjadi Tuhan?. Give me a citation please. :)
Apa soalan saya yang salah?
Soalan saya yang simple mengenai ;
1- siapa sebenarnya TUHAN YESUS?
2- siapa sebenarnya Allah?
3- siapa sebenarnya Isa al-masih?
 Sebenarnya soalan itu mahu menguji anda tahap kefahaman kamu kepada Tuhan kamu dan mahu tahu apa yang kamu faham apakan perbezaan antara ke 3 nya.
Tetapi kenyataan kamu pada konsep persamaan Yesus dengan Allah pada kenyataan kamu di perenggan ke-2 di atas menunjukkan tidak ada beza antara Tuhan, Allah dan Yesus.
Dan mengenai kenyataan kamu mengenai Tuhan sendiri turun untuk menyampaikan ajarannya kepada manusia tanpa mengutus perantara : rujuk kembali kenyataan di makalah pertama- Dan sikap memberi perumpamaan itu juga diteladani daripada Tuhan Yesus sendiri. Daripada melantik manusia menjadi pesuruh, Dia sendiri turun untuk memberitakan kebenaran dan diteruskan ialah murid2Nya@pengikut2Nya. 
Menjelaskan lagi bahawa kefahaman kamu terhadap TUHAN,ALLAH dan Yesus adalah satu.
Ok,saya akan menjawab persoalan bagi perbezaan konsep Tuhan, Allah, dan Yesus mengikut ajaran islam.
Tuhan= Perkataan ini merujuk kepada pangkat Pencipta Alam dan seluruh isinya.
Allah= Nama kepada Tuhan Yang menciptakan Alam dan seluruh isinya.
Yesus = Nama yang dipanggil oleh pengikut Yesus kepada Nabi isa.

 Bukti pada Bible sendiri kepada status Yesus ialah pesuruh Tuhan yang diutuskan kepada umat manusia sebelum lahirnya nabi selepas Nabi Isa ialah:
-  Agar Tuhan mendatangkan waktu kelegaan, dan mengutus Yesus, yang dari semula diuntukkan bagimu sebagai Kristus.- kisah para rasul 3:20 
- Tetapi dengan jalan demikian Allah telah menggenapi apa yang telah difirmankan-Nya dahulu dengan perantaraan nabi-nabi-Nya, yaitu bahwa Mesias yang diutus-Nya harus menderita.- kisah para rasul 3:18
- Kristus itu harus tinggal di sorga sampai waktu pemulihan segala sesuatu, seperti yang difirmankan Allah dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang kudus di zaman dahulu.-kisah para rasul -3:21
- Bukankah telah dikatakan Musa: Tuhan Allah akan membangkitkan bagimu(Yesus) seorang nabi dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku(musa): Dengarkanlah dia dalam segala sesuatu yang akan dikatakannya kepadamu.- kisah para rasul 3:22
-Jawab Yesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."-matius 15:24

Kelahiran Yesus(Isa) memang ajaib iaitu Maria(Mariam) mengandung tanpa persetubuhan dengan lelaki dan melahirkan seorang bayi tanpa mempunyai seorang bapa.
Tetapi Kejadian Adam dan Hawa lagi hebat kerana Adam hidup(terjadi) tanpa dilahirkan serta tidak mempunyai ibu bapa sebagaimana Isa dilahirkan oleh seorang wanita.
Hawa pun tidak dilahirkan malah dia wujud dengan hanya tulang rusuk kiri Nabi Adam.

Sekiranya difikirkan hal kesamaan Tuhan dengan Yesus adalah satu, ternyata Adam adalah Tuhan kerana dia adalah bapa kepada semua umat manusia kerana manusia yang ada di dunia ini adalah hasil daripada benih Adam kedalam rahim Hawa. Bahkan, Ibu kepada Yesus, Maria(Mariam) adalah hasil keturunan Nabi Adam.
-Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. Kejadian 1:27
-Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi." Kejadian 1:27
- belum ada semak apapun di bumi, belum timbul tumbuh-tumbuhan apapun di padang, sebab TUHAN Allah belum menurunkan hujan ke bumi, dan belum ada orang untuk mengusahakan tanah itu;- Kejadian 2:5
- tetapi ada kabut naik ke atas dari bumi dan membasahi seluruh permukaan bumi itu,. ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup. ;- Kejadian 2:6-7.
-Manusia itu memberi nama kepada segala ternak, kepada burung-burung di udara dan kepada segala binatang hutan, tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia.-kejadian 2:20
-Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging.-kejadian 2:21
-Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.-kejadian 2:22

Perhatikan perkataan yang saya garis diatas,
menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya : perkataan ini merujuk kepada Tuhan menghembuskan roh(nafas hidup) ke dalam hidung Adam.
Mungkin anda akan mengatakan tidak dinyatakan pun nama Adam dalam ayat diatas, tetapi kenyataan pada ayat  belum ada orang  menunjukkan bahawa manusia yang diciptakan itu adalah Adam kerana semua agama mengakui Adam ialah manusia pertama diciptakan dan dia sebagai bapa seluruh umat manusia.
 Jelaslah kejadian Adam lagi hebat daripada Yesus dan cara Tuhan menghidupkan Adam dan juga Yesus adalah sama iaitu Roh (roh kudus). Bahkan, roh yang ada pada Adam adalah roh yang dihembuskan sendiri oleh Tuhan kepada Adam bukan seperti Roh Kudus yang diberikan kepada kelahiran Yesus iaitu Roh Kudus yang dibawa oleh malaikat daripada Tuhan. Tetapi kenapa Adam juga bukan Tuhan sedangkan kejadian Adam lebih hebat ?
Dan mengenai hal Elia, dalam bible ada menceritakan bahawa Elia juga berjalan mendahului Tuhan :
-         dan dia akan berjalan mendahului Tuhan dalam roh dan kuasa Elia untuk membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati orang-orang durhaka kepada pikiran orang-orang benar dan dengan demikian menyiapkan bagi Tuhan suatu umat yang layak bagi-Nya." Lukas 1:17
Hal ini boleh mengatakan bahawa Elia lagi hebat dari Tuhan kerana dia berjalan mendahului Tuhan dalam Roh dan mempunyai kuasa untuk membalikkan hati manusia. Tetapi Elia juga bukan Tuhan walaupun dia lebih hebat daripada Tuhan;
- Yang lain mengatakan: "Dia itu Elia!" Yang lain lagi mengatakan: "Dia itu seorang nabi sama seperti nabi-nabi yang dahulu."-markus 6:15

Pelik bukan? Persamaan Adam, Yesus dan Elia amat jelas sekali memiliki sesuatu yang hebat milik Tuhan. Tetapi kenapa Yesus sahaja menjadi Tuhan?kenapa Tidak sahaja Adam dan Elia sendiri menjadi Tuhan?

Mengenai istilan PENYELAMAT, semua nabi-nabi dan rasul yang diutuskan oleh Tuhan kepada manusia adalah penyelamat manusia. Baca dan fahami maksud ayat berikut :
- Musa ini, yang telah mereka tolak, dengan mengatakan: Siapakah yang mengangkat engkau menjadi pemimpin dan hakim? --Musa ini juga telah diutus oleh Allah sebagai pemimpin dan penyelamat oleh malaikat, yang telah menampakkan diri kepadanya di semak duri itu. Kisah para rasul 7:35
-Jawab Yesus: "Memang Elia akan datang dan memulihkan segala sesuatu- matius 17:11
- Tetapi orang-orang lain berkata: "Jangan, baiklah kita lihat, apakah Elia datang untuk menyelamatkan Dia."- matius 27:49
- Yang lain mengatakan: "Dia itu Elia!" Yang lain lagi mengatakan: "Dia itu seorang nabi sama seperti nabi-nabi yang dahulu."-markus 6:15

Mengenai Penjelmaan Tuhan kepada bentuk manusia, tolong tujukkan saya ayat mana yang Tuhan sendiri berkata bahawa dia telah menjelma kepada bentuk manusia kerana saya tidak menjumpai sebarang perkataan dalam Bible mengenai penjelmaan Tuhan kepada manusia.
Sedangkan Yesus itu lahir daripada rahim Ibunya,Maria. Bukannya dia menjelma daripada Tuhan. Tetapi dilahirkan. Bagaimana anda mendakwa bahawa Tuhan menjelma? Fahamkah anda dengan perkataan menjelma? Menjelma ialah perubahan daripada satu bentuk fizikal kepada bentuk yang lain, dan penjelmaan itu bermaksud suatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar muncul di depan mata secara tiba-tiba.
 Jelaslah pendustaan dalam ajaran kristian kerana mendakwa Tuhan itu menjelma sebagai Yesus,sebagai manusia. Sedangkan sebagai Tuhan,  Dia tidak perlu untuk menjelma kepada manusia kerana ia kekal sebagai Tuhan dan bukan sebagai manusia. Sekiranya Dia berubah menjadi manusia,Dia bukan lagi Tuhan kerana Tuhan bukan manusia.

Dalam islam, Isa(Yesus) hanyalah seorang nabi Utusan Allah kepada bangsa Yahudi,dan semua nabi-nabi yang lahir dan diutuskan sebagai rasul berbangsa yahudi kecuali Nabi Muhammad yang lahir daripada bangsa Arab. Kami sebagai penganut ajaran Islam wajib percaya kepada semua nabi-nabi dan rasul serta kitab-kitab ajaran Tuhan iaitu kitab Taurat,kitab Zabur,kitab Injil dan Al Quran kerana jika kami tidak percaya,maka iman kami tidak sempurna. Kami berpegang kepada semua kitab itu kerana ianya terhimpun dalam Al Quran iaitu kitab terakhir yang di turunkan oleh Allah melalui malaikat Jibrail(Gabriel) kepada Nabi terakhir,Muhammad untuk diajarkan dan disampaikan kepada umat manusia.  
Dan keaslian Al Quran tidak pernah berubah sejak penurunan kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad berbanding dengan 3 buah kitab iaitu Taurat,Zabur dan Injil yang telah diubah isi kandungan dari segi ayat, maksud, serta susunannya. Bahkan Al Quran itu mesti mengunakan bahasa asal, iaitu bahasa arab dan dibaca menggunakan bahasa Arab. Mesti anda akan berkata dan bertanya; macam mana kamu mau faham erti dan maksud yang terkandung dalam Al Quran jika ianya bahasa arab,bukan bahasa melayu dan bahasa lain? Sebenarnya penguasaan bahasa arab adalah perlu dan mesti dipelajari oleh orang islam, dan memahami maksudnya melalui terjemahan bahasa arab kepada semua bahasa yang ada di dunia.
Setiap huruf, baris,bacaan,dan ayat mesti dihafal sepenuhnya oleh penghafal-penghafal Al Quran yang dipanggil sebagai Hafiz. Mereka ini perlu melalui ujian daripada Hafiz-Hafiz yang terdahulu dengan membaca Al Quran tanpa melihat Al Quran. Para Hafiz-Hafiz terdahulu ataupun dipangil sebagai Tuan Guru akan mendengar secara teliti bacaan hafiz yang sedang diuji, dan merujuk sekali Kitab Al Quran untuk mengelakkan kesilapan bacaan dari segi sebutan ayat,huruf dan baris. Sekiranya Hafiz ini gagal untuk menghafal Al Quran dengan betul,maka dia tidak layak untuk menjadi Hafiz.
Begitulah Al Quran dijaga keasliannya tanpa diubah oleh manusia. Sekiranya terdapat sedikit perubahan walaupun satu huruf,maka orang yang mengubah itu akan dihukum bunuh ataupun dipenjara seumur hidup sehinggalah dia bertaubat.

Soalan anda pada perenggan ketiga itu sudah saya jawab awal-awal lagi iaitu Allah adalah Tuhan yang menciptakan manusia, alam semesta ini, dan seluruh hidupan alam. Rujuk pada kisah penciptaan manusia dalam bible sendiri;
- tetapi ada kabut naik ke atas dari bumi dan membasahi seluruh permukaan bumi itu,. ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup. ;- Kejadian 2:6-7.
-Manusia itu memberi nama kepada segala ternak, kepada burung-burung di udara dan kepada segala binatang hutan, tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia.-kejadian 2:20
-Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging.-kejadian 2:21
-Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.-kejadian 2:22
 Tetapi soalan anda itu seperti tidak tahu siapa yang mencipakan Adam dan Hawa. Seolah-oalah yang menciptakan Adam dan Hawa itu bukan Allah. Rujuk kembali soalan anda ;
Jadi bagaimana? Saya pula mau tanya, Yesus (Isa Almasih) lahir sebelum Muhammad lahir. Nama Isa Almasih juga terdapat dalam al-quran kan? Jadi kamu percaya yang Isa (Jesus) wujud. Siapa yang cipta manusia sebelum itu?Sebelum Muhammad lahir? Jawapan, berdoa, buka buku, tanya akal.PASTI!!! bukan mudah-mudahan, anda pasti menemukan jawapan soalan simple itu. Haleluyah!

Erti kematian dan pengorbanan Yesus itu sebenarnya sama sahaja dengan kematian dan pengorbanan para nabi dan rasul kepada umat yang terdahulu, kerana mereka menyebarkan agama Tuhan dengan penuh kepayahan dan kesengsaraan kerana mendapat tentangan daripada kaum mereka sendiri. Bahkan semua nabi dan rasul itu mahu dibunuh oleh manusia yang jahil dan manusia yang menentang kebenaran ajaran agama Tuhan.
Ramai nabi yang telah dibunuh kerana menyampaikan ajaran Tuhan selain Yesus. Bahkan penderitaan yang dialami oleh nabi terdahulu sebelum Yesus lebih teruk dan sengsara jika dibandingkan kepada Yesus seperti nabi Musa, Ibrahim(Abraham), Ayub(), Nuh(Noah), dan ramai lagi. :
- Setiap kali, apabila hari-hari pesta telah berlalu, Ayub memanggil mereka, dan menguduskan mereka; keesokan harinya, pagi-pagi, bangunlah Ayub, lalu mempersembahkan korban bakaran sebanyak jumlah mereka sekalian, sebab pikirnya: "Mungkin anak-anakku sudah berbuat dosa dan telah mengutuki Allah di dalam hati." Demikianlah dilakukan Ayub senantiasa.-Ayub 1:5
- Maka berdirilah Ayub, lalu mengoyak jubahnya, dan mencukur kepalanya, kemudian sujudlah ia dan menyembah,- Ayub 1:20
- Firman TUHAN kepada Iblis: "Apakah engkau memperhatikan hamba-Ku Ayub? Sebab tiada seorangpun di bumi seperti dia, yang demikian saleh dan jujur, yang takut akan Allah dan menjauhi kejahatan. Ia tetap tekun dalam kesalehannya, meskipun engkau telah membujuk Aku melawan dia untuk mencelakakannya tanpa alasan."- Ayub 2:3
- Kemudian Iblis pergi dari hadapan TUHAN, lalu ditimpanya Ayub dengan barah yang busuk dari telapak kakinya sampai ke batu kepalanya.- Ayub 2:7
- dan biarpun Nuh, Daniel dan Ayub berada di tengah-tengahnya, demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, mereka tidak akan menyelamatkan baik anak laki-laki maupun anak perempuan, melainkan mereka akan menyelamatkan hanya nyawanya sendiri karena kebenaran mereka.-Yehezkiel 14:20
Bahkan diceritakan dalam sejarah nabi- nabi, Nabi Ayub merupakan nabi yang diuji oleh iblis dengan ujian yang amat dahsyat sekali sehinggakan seluruh manusia pada ketika itu langsung tidak mahu membantu kecuali seorang wanita yang baik hatinya(hati yang kudus) sanggup menjaga Ayub dikala Ayub menderita penyakit barah yang dahsyat sekali.

KASIH dan sayang adalah perkara yang mesti ada pada setiap makhluk. Tetapi berbeza dengan Kasih Sayang Tuhan kepada hamba-hambanya.
Setiap nabi adalah penyelamat kepada umatnya ataupun kaumnya sendiri.
Penyelamat kepada umat islam ialah Nabi Muhammad kerana dialah yang membawa kami keluar daripada kejahilan manusia kepada kegemilangan kehidupan manusia dengan penuh nilai kehidupan yang baik sebagai seorang manusia.

Sekiranya saya membuka lembaran sejarah kisah kehidupan Nabi Muhammad, semestinya anda terpeseona dengan peribadi dan akhlak nabi Muhammad lebih daripada pesona Yusuf. Kasih sayang Nabi Muhammad terlalu hebat kepada umat-umatnya(umat islam) sehinggakan dikala malaikat maut mencabut nyawanya,dia menyebut-nyebut “ummatti,ummatti,ummatti” yang bermaksud, ummatku(penggikutku),ummatku(pengikutku),ummatku(pengikutku).
Berlainan pula kepada Yesus dikala dia disalib, dia menyebut “ ele ele sabakhtani” yang bermaksud ; Tuhanku, Tuhanku, mengapa tinggalkan aku? Itukah yang dikatakan dia kasih kepada umatnya dikala maut menjemput?

Dalam Islam,kasih sayang Allah lebih daripada kasih sayangnya seorang ibu kepada seorang anak, kerana sekiranya Allah tidak sayang kepada manusia,nescaya Allah akan matikan manusia yang melakukan penyelewengan,kerosakan, kemungkaran dengan serta merta. Tetapi Allah tidak melakukan seperti itu kerana Dia masih memberi peluang kepada manusia itu untuk bertaubat. 

Dalam islam, ibadah,doa,dan mengingati Tuhan adalah perkara yang mesti dilakukan pada mana ketika susah maupun senang kerana dengan ibadah, ia akan meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani, minda dan fizikal. Doa ialah pergantungan harapan manusia kepada Tuhan,ketika berdoalah manusia merintih dan memohon bantuan daripada Tuhan secara terus, dan insyaallah segala kesulitan dalam kehidupan pasti selesai. Berzikir(mengingati Tuhan)  adalah perkara yang mesti dilakukan untuk beringat bahawa Tuhan sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui segala perbuatan baik dan jahat manusia walaupun tidak dilihat oleh orang lain. Tiga perkara inilah yang membuatkan umat islam tidak berputus asa dikala menghadapi ujian yang berat. Namun kejayaan untuk menghadapi ujian kehidupan yang berat adalah bergantung kepada iman masing-masing dan saya pasti anda juga bersetuju dengan iman.

Saya pasti, anda juga perlukan fakta yang jelas dan benar untuk membuat keyakinan terhadap kepercayaan anda sendiri, kerana jika anda tidak mempunyai fakta yang anda yakini untuk berpegang nescaya anda pun goyah dalam kepercayaan anda sendiri. Setiap agama menuntut manusia mencari kebenaran dalam hidup, dan sudah menjadi fitrah manusia untuk mencari kebenaran hidup. Itulah konsep dalam beragama,KEBENARAN ( the truth). Memang Al Quran menjadi panduan kepada umat islam sebagaimana umat kristian berpandukan Injil(Bible). Bahkan kami beruntung kerana segala kebenaran ada dalam Al Quran meliputi seluruh kehidupan manusia dari segi kebenaran Tuhan,nabi2 dan rasul, perkara yang berlaku sebelum dan selepas penciptaan alam, sebelum kiamat,keadaan kiamat,selepas kiamat, seluruh perkara mengenai kekuatan hidup beragama, semua jenis ilmu yang sedang manusia pelajari seperti sains,bahasa,budaya,sejarah,cara hidup dan sebagainya, ada tertulis dalam AL-QURAN. Untuk memahami isi kandungan Al Quran, kami merujuk kepada sunnah(cara hidup) nabi Muhammad dan Hadist(kesaksian para sahabat nabi Muhammad yang melihat, mendengar, menghafal dan memahami segala perbuatan, ucapan,dan ajaran nabi Muhammad).
Mengapa kami berhempas pulas mengaitkan sains dan teknologi dengan Al Quran adalah kerana kami mencari ilmu yang terkandung dalam Al Quran untuk melihat sendiri mukjizat yang Nabi Muhammad tinggalkan kepada kami sebagai bukti kebenaran ajaran agama yang dibawanya  sesudah Baginda Wafat(meninggal dunia) dan juga sebagai hadiah kasih sayang Tuhan kepada kami untuk melihat sendiri mukjizat Nabi Muhammad walaupun dia sudah meninggalkan dunia ini untuk berada di sisi Tuhan Yang Maha Esa.
Mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan Injil juga adalah buku rujukan, kerana seluruh ummat kristian membaca dan belajar memahami ajaran kristian. Tetapi kasihan kepada ummat kristian kerana terpaksa memahami dan mempelajari ajaran agama yang diseleweng oleh para Gospel dan Pope pada zaman selepas Yesus mati disalib. Rujuk kembali sejarah kristian selepas penyaliban dan kematian Yesus.( http://renung2fikir2.blogspot.com).
Mungkin anda keliru dengan saintis yang membuat penyelidikkan sains menggunakan Al Quran sebagai rujukan dan saintis yang mahu menabur fitnah mengenai Islam dan Al Quran. Baiklah,saya akan membongkar siapa saintis yang mengkaji Al Quran dengan tujuan mencari kebenaran dalam ajaran Islam dengan saintis yang menggunakan Al Quran untuk menabur fitnah keatas ajaran islam dan agama Kristian.
Mari kita selidiki siapa yang   bertanggungjawab dalam kes pengklonan dan teori evolusi. Saintis yang bertanggungjawab dalam teori evolusi ialah CHARLES DARWIN. Teori manusia yang berevolusi daripada bentuk beruk (monyet) kepada bentuk manusia. Dalam Bible dan Al Quran sendiri tidak ada bukti manusia berevolusi melainkan manusia ciptaan Tuhan yang berasal daripada tanah. Rujuk kembali bukti penciptaan dalam bible. Kini saya akan menggunakan bukti daripada Al Quran :
- Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18
- Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” -Surah Thaha (20): 55
- ...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,-Surah al-Hajj (22):

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( سلالة من طين )

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Firman Allah:

“ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia. 

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (
طين لازب )

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:
“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”
Surah As-Shaffat (37): 11
Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (
حماء مسنون)

Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille
حماء مسنون diertikan juga sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku. 

nota: Dr. Maurice Bucaille ialah seorang sarjana berbangsa Perancis yang telah menghabiskan sebahagian besar masanya membuat kajian perbandingan kitab suci al-Quran, Injil dan Taurat sebagai sumber ramalan ilmu sains dan ilmu pengetahuan moden lain.
Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu
كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”
Surah Ar-Rahman (55): 14
Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (
الحمد لله ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Sebagaimana pepatah Melayu:
“ Belum duduk sudah nak melunjur”. 

Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21): 37

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi
. 

Saya sudah meceritakan proses kejadian manusia secara penjang lebar kepada anda menerusi bukti Al Quran.
Berbalik kepada teori evolusi Charles Darwin,
Sebenarnya teori itu berasal daripada kisah kemurkaan Tuhan kepada pengikut nabi Musa,bani Israel kerana mereka pergi menangkap ikan pada hari sabtu dimana pada hari sabtu merupakan hari untuk beribadah.
Allah swt berfirman
Artinya : “Dan Sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina"." (QS. Al Baqoroh : 65)

Charles Darwin merasakan kisah itu memalukan kaum Yahudi kerana disumpah menjadi kera@ monyet@ beruk akibat daripada sifat orang Yahudi yang ingkar dan degil. Maka dengan itu beliau mencari satu alasan supaya bangsa yahudi tidak dimalukan kerana pernah disumpah menjadi monyet.
 Siapa sebenarnya Charles Darwin?
Charles Darwin dilahirkan di Shrewsbury, Shropshire, Inggris, di rumah keluarganya, the Mount House. Ia adalah anak kelima dari enam bersaudara dari seorang doktor yang kaya, Robert Darwin dan Susannah Wedgwood. Kakaknya, Erasmus Darwin dari pihak ayah dan Josiah Wedgwood dari pihak ibunya. Keduanya berasal dari keluarga Inggeris terkemuka, keluarga Darwin — Wedgwood yang mendukung gereja Unitarian.
Jelas sekali bahawa orang yang mula-mula mempengaruhi manusia keluar daripada fitrah sebagai manusia adalah Darwin kerana dia yang mengasas kepada teori evolusi. Sekiranya dia tidak mengemukakan teori evolusi, semestinya tidak akan ada saintis yang gila untuk membuat klon dan bermacam lagi perkara yang melawan hukum alam, hukum Tuhan. Selepas teori evolusi darwin mendapat sambutan hangat dunia sains, bidang kajian geologi dan ginetik menjadi terlalu obses dalam pengkajian melawan hukum Tuhan sampailah ke hari ini.
Dalam sejarah sains dan manusia, belum ada orang islam, sarjana islam yang membuat kajian sehingga melawan hukum alam, hukum Tuhan kerana dalam ajaran islam, Allah melarang sebarang perkara yang mengubah sesuatu kejadian yang asal kepada bentuk yang lain. Sila anda selidiki siapa sebenarnya yang bertanggungjawab membuat penyelidikan sains untuk mengubah ciptaan Tuhan pasti anda akan menemukan orang Eropah yang beragama kristian. Dakwaan anda bahawa orang islam yang bertanggungjawab membuat penyelidikan sains menentang hukum Tuhan adalah salah sama sekali. Al Quran dijadikan rujukan oleh pakar-pakar sains disebabkan mereka mengagumi kebenaran dalam Al Quran, kerana ia kitab yang tidak pernah diubah sampai kiamat, bahkan  ia merupakan mukjizat yang tidak akan lupus dan boleh dilihat serta dialami oleh manusia sehingga kiamat.
Baiklah saya ingin bertanya kepada anda, adakah agama anda (kristian) mengajar bahawa ajaran agama hanya untuk rohani sahaja? Adakah setiap perbuatan, perkerjaan, komunikasi antara makhluk, kejujuran dalam tugas harian,akhlak dan sahsiah diri tidak terlibat sekali dalam urusan agama? Kalau anda mengatakan rohani dan duniawi tidak boleh bercampur aduk,jelas anda tidak faham konsep beragama dalam kehidupan. Ajaran agama mengajar kita supaya lebih menjadi manusia sejati,menjadi pemimpin dunia untuk kesejahteraan kehidupan di dunia, menjaga keharmonian hidup, menjadikan manusia jujur dalam etika kerja dan kehidupan bermasyarakat, mencari ilmu untuk memperbaiki kesilapan diri,keluarga,masyarakat dan seluruh umat manusia. Sekiranya itu semua tidak diajar oleh agama kristian, rugi sahaja menganut agama kristian kerana agama hanya untuk rohani,tetapi bukan untuk kelansungan kehidupan di dunia. Kami bersyukur sebagai umat islam kerana kami memahami ajaran islam itu bukan sahaja rohani,tetapi ianya meliputi seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Bahkan ajaran islam itu mengajar manusia seluruh kehidupan bermula daripada persenyawaan antara 2 jantina sehingga manusia mati. Setiap saat adalah kehidupan beragama kerana nafas yang diberi oleh Tuhan adalah satu anugerah yang bernilai membuatkan manusia hidup sehinggalah nyawa(roh) itu dicabut dari jasad.
Benar seperti anda katakan bahawa Tuhan memberi kita akal untuk berfikir, tetapi tidak ada satu pun yang boleh menandingi Tuhan. Dalam ajaran islam, ilmu yang manusia pelajari di dunia diumpamakan setitik air laut yang menitik dibandingkan ilmu Tuhan yang seluas lautan. Berapa dengkallah akal manusia jika dibandingkan dengan Tuhan.
Akal yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia adalah untuk mencari kebenaran dalam kehidupan, bukan melawan Tuhan dan mencemari perintah dengan menyeleweng ajaran agama seperti mana yang berlaku kepada kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Mungkin anda yang perlu memahami, dan belajar tentang bahasa, kerana Tuhan mengajar manusia secara jelas dan tidak berkias - kias. Semua saintis dunia yang mengkaji astronomi pun menggunakan istilah matahari itu sebagai ‘sun’ (matahari) bukannya ‘star’(bintang), sekiranya Tuhan berkata bintang yang mengeluarkan cahaya menerangi bumi, mesti semua manusia bingung kerana bintang yang berkelip hanya boleh dilihat pada waktu malam, dan tidak mampu menerangi kegelapan. Alangkah baiknya jika benar anda memahami maksud Tuhan dan memahami penggunaan bahasa dalam Bible dan Al Quran. Bahasa Al Quran merupakan bahasa yang terlalu indah dan mempersonakan bahkan sesiapa sahaja yang belajar mengenai keindahan bahasa,nescaya kan berkata, bahasa Al Quran terlalu indah dan tidak mampu ditandingi oleh manusia yang hebat berbahasa. Buktinya, ayat- ayat yang terkandung dalam Al Quran tidak mampu diubah dan terpelihara keasliannya daripada diubah oleh manusia walaupun Nabi Muhammad sendiri. Nabi Muhammad hanya menghafal terus daripada Jibrail yang mengajar ilmu wahyu daripada Allah, dan baginda sendiri menyampaikan kepada para sahabatnya dan diwarisi oleh para sahabatnya untuk disebarkan keseluruh alam. Berlainan pula dengan bahasa Bible yang mudah diubah dan diseleweng oleh paderi-paderi dan gospel-gospel mengikut citarasa mereka sendiri. Bahkan penyelewengan itu berlaku adalah untuk menyembunyikan satu kebenaran dalam ajaran kristian bahawa akan lahir seorang nabi selepas kematian Yesus.
Melalui kenyataan anda ;
Apa yang kamu anggap silap dalam Bible itu adalah perasaan yang ingin mencari kesilapan berbanding perasaan ikhlas dan jujur untuk mengetahui sesuatu.Jom tanya yang lagi pakar tentang hal ini. Ask Jesus..
 mencari kebenaran dalam agama adalah perlu dan kita mesti menyedari ada kesilapan yang berlaku seperti penyelewengan dalam ajaran kristian, akibat ketidak jujuran Pope and Gospel dalam penyebaran ajaran kristian. Kalau anda juga jujur dan ikhlas untuk mengetahui sesuatu kebenaran dalam agama,pasti anda akan mengkaji kebenaran dalam islam dan tidak akan menemui sebarang kesilapan dalam Al Quran.
Sekali lagi anda membuka kesilapan dalam ajaran kristian, iaitu ‘ask Jesus”. Secara logiknya, adakah anda mampu berbual dengan Jesus secara jelas seperti berbual dengan teman hidup anda?berbual seperti 2 orang manusia hidup? Berbual seperti anak dan ayah?anak dengan ibu?berbual dengan berhadapan seseorang yang hidup? Semestinya anda sendiri pun akan berkata, gila! Kerana Yesus itu sudah lama mati dan mustahil berbual dengan orang mati kecuali berbual dengan hantu. Saya pasti anda akan berkata Yesus bersama kami sepanjang masa, berjalan dengan kami, hidup didalam hati kami. Tetapi soalan saya ini pasti akan membuatkan anda berfikir, benarkah Yesus dapat membantu kamu ketika dalam saat yang genting? Benarkah Yesus akan menjawab soalan- soalan agama yang kamu tidak faham secara jelas? Adakah kamu mendengar suara Yesus? Fikirlah secara logik. Semuanya adalah perkara yang mustahil kepada diri anda sendiri dan Paderi sendiri.
Mengenai hal Allah itu bapa orang kristian, sudah semestinya menjadi satu persoalan yang paling besar kerana secara logiknya Allah itu adalah sebagai Tuhan dan bukan seorang bapa kepada manusia. Sedangkan Adam adalah manusia pertama dan dia adalah bapa kepada seluruh umat manusia. Hasil daripada benih Adam ke dalam rahim Hawa(Eve) maka lahirlah manusia di muka bumi ini ;
- Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging.-kejadian 2:21
-Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.-kejadian 2:22
- Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi." Kejadian 1:27
Kenapa orang kristian tidak menganggap Adam sebagai bapa manusia? Kenapa Allah pula sebagai Tuhan menjadi bapa? Sedangkan Tuhan itu tidak beranak manusia pun,kerana Dialah yang menjadikan manusia. Jelas ajaran kristian membinggungkan manusia kerana mengajar manusia sesuatu perkara yang tidak logik sama sekali dan sebagi fitrah manusia hidup yang ada rasa berTuhan dalam diri.
Hubungan erat manusia dengan Penciptanya(Tuhan) adalah satu hubungan teguh bahawa mengakui Allah Itu sebagai Tuhan dan bukannya sebagai seorang bapa. Apabila manusia itu sedar akan perbezaan dirinya dengan Tuhan, sudah pasti manusia itu tunduk dan malu kerana manusia adalah makhluk ciptaan,bukanya seorang anak Tuhan.
Dan sekiranya orang kristian faham konsep Kasih sayang Tuhan dan mengasihi Tuhan,nescaya Yesus tidak akan disalib kerana perbuatan menyalib Yesus adalah perkara yang menyakiti Yesus dan pastinya tiada siapa yang sanggup melihat Yesus disalib. Tetapi aneh, patung Yesus disalib dan ada dijadikan rantai leher penganut kristian menjadi pameran dan membawanya bersama-sama sepenuh masa seolah-olah mereka suka melihat kesengsaraan Yesus disalib.

Kepada anda Welas Eric Samson, sharing anda cumalah pendek sahaja kerana perbincangan hal agama bukan hanya boleh ditulis dan dikongsi dengan sehelai kertas sahaja, tetapi memerlukan berhelai-helai kertas kerana ianya memerlukan bukti daripada ayat-ayat dalam Bible dan Al Quran.
Mencari kebenaran adalah memerlukan pengkajian dan bukti bukan hanya menggunakan pemikiran akal sahaja. Nasihat saya kepada anda, jujurlah pada suara hati sendiri untuk mencari kebenaran dan jengan menafikan kesalahan yang jelas pada agama dari sudut logik, bahasa, cerita dan juga bukti dalam kitab agama. Insyaallah, hidayah Tuhan pasti bersama kamu kerana mahu mencari kebenaran dalam agama. Baca, dan kaji kebenaran dalam Bible, pasti anda akan jelas akan kejujuran dalam bible yang telah di seleweng. Baca, dan kaji kebenaran dalam Al Quran dan Hadist, pasti anda akan mengetahui kebenaran yang disembunyikan oleh Bible Old testament dan New testament.